RSS

Wanita didalam bekas kaca

on9 pagi ni terbaca status seorang kawan di FB berbunyi begini..

"Jadikan lah Anda seorang wanita berada di dalam bekas Kaca.................."

lalu aku bertnya ;
" tp jika kaca itu tidak dijaga dengan baik dan mnyebabkan nya pecah.. apakah yg akan terjadi kepada wanita didalm bekas itu ye???


dan dia menjawab;
Wanita itu bernasib baik krn dia pandai menjaga dirinyer dgn sempurna, tetapi malang pd lelaki2 yg cuba menceroboh balang kaca itu, lalu luka berdarah lah dia...kesian2....

owhh mcm tu rupanya. apa yg aku faham td bila terbaca ayat itu; berkenaan hati dan perasaan seorang wanita.. jika disakiti, dan mnyebabkan ia pecah .. jika dicntumkan semula pun tetap tidak akan cantik seperti balang kaca seprti asal dia berada.. tetap mnmpakkan kesannya..

ermm satu info yg menarik dan aku mula la mengerakan jari jemari ku di papan keyboard ini untuk "search" maklumat mengenai perumpamaan seprti itu lalu aku berjumpa dengan satu petikan ini,,,

Berlemah lembutlah!
Rasulullah saw menyifatkan kaum wanita sebagai botol-botol kaca. Ia adalah sifat paling indah dan paling cantik daripada Rasulullah saw yang bijaksana. Mereka adalah botol-botol yang mudah pecah. Oleh itu, suami wajib bersifat lemah lembut dan penuh kesabaran menghadapi kerenah mereka agar bahtera kehidupan dapat belayar dengan tenang.
........................................
Pada suatu hari, Rasulullah saw berada bersama-sama dengan para sahabat baginda di rumah Aisyah. Baginda meminta para isteri baginda membawa makanan keluar. Salah seorang isteri baginda membawa makanan keluar lebih cepat daripada Aisyah. Lalu para sahabat terus menjamah makanan tersebut. Kemudian barulah Aisyah datang membawa makanan. Melihatkan makanan telah sedia ada, Aisyah memecahkan bekas makanan yang dibawanya sehingga terpecah dua. Melihatkan apa yang berlaku, Rasulullah saw tersenyum sambil berkata kepada para sahabat: “Ibu kamu cemburu nampaknya.” Lalu baginda mengutip bekas makanan yang pecah dan kembali meletakkan makanan di atasnya serta memberinya makan kepada para sahabat. Kemudian baginda memberikan bekas yang pecah kepada Aisyah dan bekas yang tidak pecah kepada isterinya yang seorang lagi.
Jika situasi ini berlaku kepada anda, apakah agaknya sikap dan pendirian anda
ketika berhadapan dengan kawan-kawan anda?
FIRMAN ALLAH swt (surah al-ahzab ayat 21 ) yg bermaksud ;
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik."


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 Aksi anda:



Cinta itu Ujian


♥ .. Perasaan cinta yang lahir terhadap seseorang bukanlah tanda kita akan memilikinya. Namun kekadang ia muncul sebagai ujian dariNya buat kita,kerana DIA ingin melihat bagaimana kita memelihara, mengawal dan mengurusnya. Perasaan cinta itu amanah, dan amanah pasti akan dihisab oleh Allah.. sama2 menjagalah hati, insyaAllah♥ .. (✿◠‿◠)



Popular Posts

My Followers