RSS

Kesal

Ya Allah...engkau bantulah aku yg semakin tak berdaya lagi untuk melaluinya...

Sesungguhnya hati ini terguris apabila acapkali menerima apa yang dikatanya.. Kdgkala apa yg dikatakan itu seolah aku tidak tahu apa yg perlu aku lakukan.. Seolah aku lah punca segalanya permasalahan itu berlaku.... seolah apa yg sedang berlaku itu adalah sebuah rancangan yang sememangnya sudah direncanakan...

dulu..... sebelum perasaan itu hadir kenapa perlu memberi seseorang harapan jika hati betul2 tidak sanggup untuk menerimanya... kenapa berbicara sola hati yg ikhlas dan jujur dalam melakukan segalnya.. kenapa perlu smpai mnyatakan janji bukan hnya kpd manusia namun juga berjanji dia melakukan nya kerana Allah swt. kenapa perlu beria-ia menyakinkan sebuah hati yg pernah kecewa... memberinya sebuah harapan... dan kini dimusnahkan... tidak tahu kah ia bertapa hati itu kini kecewa dan terluka dgn apa yg telah berlaku...

atas semua itu yang mengukuhkan aku dan meyakinkan aku yang kita mmng ditakdirkan bersama... setelah aku mula mengaturkan langkah untuk berjalan sebaliknya pulak yang berlaku.... hati aku diguris lagi rupanya...

sukarnya ku rasakan... kesal nya dengan apa yg berlaku...
sudahlah penuh dengan pelbagai kesukaran yg harus di tempuhinya dlm kehidupan seharian ku....

kini dugaan demi dugaan yg dtg kadangkala membuatkan aku sekaan tidak tertanggung untuk melaluinya dan mampu membuat aku rebah...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cinta ~ ada apa dengan Cinta ~

Cinta akan datang kpd org yg msih mmpunyai harapan

walupun mereka telah dikecewakan,


Kpd mreka yg msih prcaya

walaupun mreka telah dikhianati.

Kpd mereka yg msih ingin mncintai

walupun mreka telah dikhianati,


kpd mereka yg telah sakit sblumnya
&
kpd mereka yg mmpunyai kebranian
&
keyakinan unt membngunkan kmbali kpercayaan...

Cinta itu adalah segugus kepercayaan yg abadi .. dan cinta sejati itu bererti melepaskan org yg disayangi terbang bebas kedunia nya..
kalau betul kau miliku pasti kau akan kembali menghangatkan cinta kita


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sedihnya Hati

Mahasuci Allah yang telah memperlihatkan segala yang indah dan menyembunyikan yang buruk…

Saat bahagia, seorang Mukmin akan memperlihatkan kebahagiaannya melalui wajahnya… Sehingga setiap orang yang melihatnya akan mendapatkan sedekah dan kebaikan darinya…

Dan pada saat bersedih, ia akan simpan kesedihannya hanya dalam hatinya, dan tidak ia nampakkan pada wajahnya… Wajahnya selalu bersedekah kepada siapa pun, sekalipun hatinya mungkin sedang bersedih sebenarnya…

berat mata yang memandang berat lagi bahu yang sedang memikul nya...

Ya Allah….
Seandainya telah engkau catatkan…
Dia milikku dan tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagian antara kami….
agar kemesraan itu abadi…
Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi…
Seiringkanlah kami melayari hidup
ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…

Tetapi ya Allah…
Seandainya telah engkau takdirkan….
dia bukan milikku…
Bawalah ia jauh dari pandanganku….
Luputkanlah ia dari ingatanku…
Dan peliharalah aku dari
kekecewaan….

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti….
Berikanlah aku kekuatan…
Melontar bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja nan merah..
agarku bisa bahagia…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Dan ya Allah yang tercinta…
Gantilah yang telah hilang….
Tumbuhkanlah kembali yang telah
patah…
Walaupun tidak sama dengan dirinya…

Ya Allah ya tuhanku…
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu…
Sesungguhnya apa yang telah engkau
takdirkan…
Adalah yang terbaik buat ku….
kerana engkau maha mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba Mu
ini…

Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja
yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan di akhirat…
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang
daif ini…


Jangan engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan
kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang
pasangan yang beriman…
Supaya aku dan dia sama2 dapat membina
Kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
dan kurniakanlah padaku keturunan yang
soleh….

Amin.. Ya Rabbal A’lamin. .


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Haruskah Aku Pergi??



Mahu terus ada disini, atau terus melangkah jauh dan pergi.
bukan mudah untuk kita menjadi seorang insan yang sempurna...
bukan mudah juga untuk kita jadikan MUHAMAD itu sebagai c0ntoh kita...dan bukan mudah untuk kita pastikan ALLAH sentiasa meredhai kehidupan kita...

kita hanya lah manusia biasa yang hanya menumpang kasih di dunia ini..tiada apa yang menjanjikan kebahagiaan di akhirat kelak melainkan amalan2 yang berterusan.. sebagai hamba ALLAH yang hina ini juga,
kita tidak mampu untuk menolak takdir yang telah tertulis untuk kita,
hendak tak hendak segala yang berlaku harus kita tempui juga…

Malam ini aku menangis kerana aku tak tahu apa lagi yg harus aku fikirkan ,
harus bagaimana lagi caranya untuk aku mengharugi dugaan yg dtg ini…
ampunilah dosaku YA ALLAH.
Sesungguhnya apa yang berlaku ini juga bukanlah kehendakku..
HARUSKAH AKU PERGI ???

Aku tak minta semua ini berlaku kepada ku…
Ya Allah mungkin kerana iman ku yang lemah maka aku telah mengambil jalan in..
Jalan yg ku kira sudah terbaik buatku
untuk mencari kehidupan ku di dunia yang membolehkan membawa ku ke akhirat kelak…
dan mungkin juga kerana aku terpedaya dengan hasutan kata hati ku….
Ya Allah…. Aku x berdaya lagi Ya Allah…
Aku bukan lah yg terbaik yg dpt memberi org lain kebahagian…
Imanku juga tidak sekuat mana…
aku sendiri msaih dalam pencarian..

YA ALLAH..peliharalah aku dan anak ku…
peliharalah kami dari sebarang pekara yang memudaratkan,
peliharalah kami agar kami berjaya mencari keberatan darimu…
Engkau jauhilah kami dari segala kejahatan yang ada…. Kau ringankan lah beban yang tak tertanggun oleh kami….
aku bermohon padamu YA ALLAH... amin.. amin… ya rabal alamin..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pernahkah Kamu???

jalan2 kat blog adifstory... ternampk satu artikel PERNAHKAH KAMU???

Pernahkah perasaan cinta itu hadir tanpa kamu dapat menolaknya?
Soalan ini ialah untuk kita membaca akan mengapa terjadi, bila, dan bolehkan kita terus memilikinya ia supaya menjadi kenyataan yang hakiki?

Bila kita tahu kita mencintai seseorang?
Merasai dan menjiwai akan suatu rasa yang amat-amat tersendiri.

Pernahkah dalam diri manusia sering kita mahu tahu akan hadir cinta itu?
Kadang kala cinta itu hadir tanpa kita tahu akan bila ianya hadir, kita samada telah terlewat untuknya atau kita hanya mampu meratap akan hilangnya.

Pernahkah kita merasakan, dalam kejauhan kita sebenarnya amat-amat menyintai seseorang insan?
Pernah rasa mahu dunia tahu kita amat-amat menyintainya dalam irama ombak yang sangat halus dan dalam. Tetapi kita tidak mampu untuk bersuara, tidak mampu meluahkan dan rasa diri amat tersisih bagaikan melukut di tepi gantang?

Kadang kala sebagai manusia kita sering merasakan betapa diri kita amat miskin akan cinta. Mengapa orang lain amat disayangi dan boleh dimiliki tetapi tidak akan kita? Pernahkah kamu merasakan itu?

Kadang kala...kita hanya memandang dari jauh dan berkata-kata dalam diri: Alangkah indahnya hidup sekiranya anugerah ini kamu dapat aku miliki.
Dalam samar malam menjelang apabila kita mendengar irama suara gemersik perlahan sambil menyanyikan lagu hampa dan tidak kesampaian... kita akan menangis dan jiwa terbuai akan rendahnya darjat cinta kita dalam kehidupan. Rasa ingin di dakap pada suatu pengakhiran rindu dan dahi dikucup dan dibisikkan akan syukur yang satu. Pernahkah kamu merasakan itu?


Pernahkan kamu apabila memandang wajah sayu cinta bisu kamu, membaca catatan diari penuh ranjau dan duri, melihat akan bulan terang disuluh mentari, membaca akan semua karya pemilik sajak dan puisi, memandang akan luasnya akan huluran lukisan seni... kamu mahu berkata padanya, dialah pemilik semua mimpi.

Kalau benar ianya debarkan kamu, kamu harus akur pada suara yang satu... sebenarnya dalam diam kamu amat cinta akan jasad itu.

Kamu akan menangis, tangisan dalam hati. Kerana kamu tidak mahu siapa tahu apa dalam hatimu, kerana sesungguhnya kamu pernah rasa akan kehadiran cinta itu.

huhuhuhu.... aku juga pernah meraskan itu - aini yusoff

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mudah Nya berkata TIDAK

Ketika kita senang, mudah sahaja kita berkata "tidak".
Tapi, bila kesusahan itu melanda diri kita, disitu baru lah kita mahu berkata "tolonglah".

INGATLAH, Allah itu Maha Adil kepada kita semua.


Yakinlah bahawa Allah itu sangat menyayangi kita semua. Setiap doa kita semuanya pasti didengari olehNya.

Dia Tuhan kita, kepadaNya kita kembali. KepadaNya tempat kita bergantung.

Setiap kesusahan insan pasti ada kesenangan disampingnya.

Cuba kita fikir sejenak, kalau kita terkena kesusahan sekarang, kita yakin ke pada masa hadapan kita terus dalam kesusahan?

Kadang-kadang kita yang lebih BERLAGAK dihadapan Tuhan.

Sebaliknya, Allah menyuruh kita supaya terus dan menerus BERDOA kepadaNya segala hajat kita.

Walau kita menyembunyikan perasaan kita di hadapan orang, tapi Allah tahu apa yang ada dihati kita. Walau kita menangis bersendirian tanpa orang disisi, tapi Allah sentiasa bersama mu.

Tiada siapapun yang mampu tahu keperitan kita di hati selain Allah. Tiada siapapun yang mampu memberikan kasih sayang yang paling sempurna selain Allah.

Sesungguhnya, Allah lebih mengerti apa yang hatimu mahukan.

Segalanya, pasti amat bererti di hati kita jika kita sedar bahawa semua yang kita perolehi sekarang ialah datang dari kasih sayang Allah.

Renung untuk diriku juga.... kita yang lemah sebenarnya..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sapa Nk awek Muda .. Jom Cuba Amalkan Ini...

Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun tidur. so.. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah.

Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali.

Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.

Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

56:35
56:36
56:37
56:38

Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.

Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan.

Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat

Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.

Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air.

Minumlah setelah setengah jam selepas makan.

Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

Amalkan solat tahajud.

Sentiasa tenang dan bersikap positif.

Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

Maafkan semua orang sebelum tidur.

p/s : spa nk awek muda amalkan lah selalu...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lelaki itu bertuah???

iye ke insan yg bernama lelaki itu bertuah... ?? mcm betul ke mcm tak betul n???

1. Wanita Bnyak Menitiskan air mata hanya kerana lelaki... kdgkala tak kira tempat dan masa.. Bila rindu pun air mata dia boleh mengalir tnpa dipinta.. telah2 la jika sedih... mmng meraung terus...

2. Takkala lelaki mendiamkan diri tnpa sebab, air mata wanita juga boleh mngalir.. ini kerana dia terfikir... apa lak pulak kesalahan yg aku buat smpai diam je tak cakap apa ni.. langsung tak pedulikan aku...

3. Saat lelaki melamar wanita , air mata nya mengalir lagi... tanda dia sngt gembira... ada insan yg sudi melamar aku .. terharunya...

4. Saat kata perpisahan diucapkan oleh lelaki , air mata wanita itu mengalir lagi...

ermmm nampaknya air mata wanita ni lebih banyak mengalir untuk lelaki jika dibandingkan untuk keluarganya sendiri...

NAMUN PERNAHKAH LELAKI2 MENYEDARI SEMUA INI??????

PERNAHKAH SETIAP AIR MATA WANITA YG MENGALIR ITU DIHARGAI????

DAN ADA JUGA YG SANGGUP BUNUH DIRI KERANA LELAKI

( YG NI UNTUK YG LEMAH IMAN NYE LA... MEMBUNUH DIRI ITU KAN BERDOSA BESAR.. JANGAN LA ADA KAUM, WANITA YG MEMBUAT MACAM NI... )

tapi kenapa ya?????

ada juga lelaki yang masih tak menghargai insan bernama WANITA????

(Sy tulis ada juga ye... sy tak ckp semua lelaki mcm n... hope apa yg ditulis tak disalah erti la no!!!!)

hnya ada satu masa di mana lelaki menghargai wanita....

iaitu di saat wanita tak lagi bernyawa dan bila wanita dah tak lagi menitisakn air mata untuk nya... ENGKAU BUKAN LA LAGI INSAN YG BERTUAH......

kesimpulan nya :

hargailah apa yg ada dihadapan mata .... bukan nya menghargai apa yang sudah tiada.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Waiting For A Girl Like You

So long.... I’ve been looking too hard, I’ve waiting too long ,
Sometimes I don’t know what I will find..
I only know it’s a matter of time...
When you love someone...
When you love someone...
It feels so right, so warm and true....
I need to know if you feel it too...
Maybe I’m wrong... Won’t you tell me if I’m coming on too strong?
This heart of mine has been hurt before This time I wanna be sure

I’ve been waiting for a girl like you.... To come into my life.....
I’ve been waiting for a girl like you.... A love that will survive....
I’ve been waiting for someone new... To make me feel alive....
Yeah, waiting for a girl like you... To come into my life....

You’re so good...
When we make love it’s understood....
It’s more than a touch or a word we say...
Only in dreams could it be this way...
When you love someone Yeah, really love someone....

Now, I know it’s right...From the moment I wake up till deep in the night
There’s no where on earth that I’d rather beThan holding you, tenderly
I’ve been waiting for a girl like you.... To come into my life
I’ve been waiting for a girl like you.... And a love that will survive
I’ve been waiting for someone new... To make me feel alive
Yeah, waiting for a girl like you.... To come into my life

I’ve been waiting,
waiting for you, oohOoh, I’ve been waiting
I’ve been waiting, yeah
I’ve been waiting for a girl like you
I’ve been waiting...

Won’t you come into my life? My life?



p/s : ermmmm.... lagu yg menyentuh hati juga ni...




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS


Cinta itu Ujian


♥ .. Perasaan cinta yang lahir terhadap seseorang bukanlah tanda kita akan memilikinya. Namun kekadang ia muncul sebagai ujian dariNya buat kita,kerana DIA ingin melihat bagaimana kita memelihara, mengawal dan mengurusnya. Perasaan cinta itu amanah, dan amanah pasti akan dihisab oleh Allah.. sama2 menjagalah hati, insyaAllah♥ .. (✿◠‿◠)



Popular Posts

My Followers