RSS

my new baby born

Alhamdullilah 27.12.13 jam 5.24pm aku telah selamat melahirkan seorang bby boy.

Inilah pemberian daripada allah yg tak terhingga kepada kami.. aku bersyukur sangat ya allah atas kurniaan Mu.

Semoga kelahiran bby ini menjadi pengikat kasih sayang kami buat selamanya...



Amin...




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hargai apa yg sudah di miliki

Sudah bhgia dgn insan yg ada disisi kita.. jnglah buka hati lg kpd hati yg lain.

Krna mninggalkan kbahgiaan yg sudah dimiliki krna mmbnarkn hati yg lain mngetuk pintu hati bukn sja merugikan diri  diri sndiri, tp mmberi kelukaan yg hebat pd dia yg sudah mmberi kita kbahgiaan ..

pd akhirnya yg mnyesal tk sudah adalah diri sendiri

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menghintung Hari


Dah tak lama dah , kejap je dah 36 weeks.. Dub.. dab dub dak dah xlama lagi nk delivery... Ya Allah debaran semakin terasa.... Apa pun amatlah aku harapkan agar Allah mempermudahkan segalanya...

keadaan kesihatan di akhir2 ini pulak tak berapa baik... terpaksa ulang ke Klinik.. namun alhamdullilah baby dlm kandungan sihat.. kedudukan pun ok . Cuma mama ja tak berapa cukup kuat... huhu

Perkembangan Bayi di usia 36 Minggu

Bayi anda masih menambah berat badannya - lebih kurang 28 gram sehari. Beratnya hampir 2.7kg dan panjangnya 45sm dari kepala ke jari kaki. 

Anda mula merasakan tekanan di bahagian bawah abdomen anda dan juga sedar yang bayi anda sudah mula menurun. Ini diberi nama lightening iaitu peringanan, atau engagement iaitu penurunan kepala bayi; dengan ini paru-paru dan perut anda terasa lebih lapang - bernafas dan bermakan-makan akan menjadi lebih selesa. Namun begitu, perjalanan anda semakin kurang selesa - sebilangan wanita melaporkan yang mereka merasakan seakan-akan bayi hendak terkeluar. Juga, anda akan terasa seakan-akan sentiasa hendak ke tandas
Berita baik ialah bahawa menjelang akhir minggu ini, kehamilan anda sudah cukup bulan dan anda akan melahirkan bila-bila masa. (Bayi antara 37 minggu dan 42 minggu dianggap cukup bulan - bayi yang dilahirkan sebelum 37 minggu ialah pramatang dan selepas 42 minggu ialah lewat waktu atau post-term.) 
Semasa temujanji pranantal mingguan anda, doktor akan memeriksa anda untuk melihat samada anda sudahpun mendilitasi (apabila serviks membuka) dan mengembang (apabila serviks menjadi nipis). Doktor juga akan memeriksa apakah posisi bayi untuk menentukan sejauh mana bayi sudah jatuh ke dalam pelvis. Informasi ini akan dimasukkan ke dalam nota materniti anda supaya doktor anda maklum akan posisi bayi apabila tiba masa untuk melahirkan. 

  • ASI rembes Mungkin ibu terkejut karena ada cairan yang keluar dari payudara ibu. Jangan khawatir, cairan ini adalah ASI yang sudah mulai keluar. Rembesan ASI juga dipengaruhi oleh hormon oksitosin yang juga bertugas merangsang terjadinya kontraksi pada rahim ibu menjelang persalinan.
  • Janin turunJanin ibu di usia kehamilan lebih dari 36 minggu ini kepalanya sudah mulai masuk ke panggul. Ketika janin sudah turun, biasanya ibu akan merasakan lega dan tidak sesak karena rongga perut dan paru-paru sekarang punya banyak ruang.
  • Braxton hiks Braxton hiks atau kontraksi palsu sering terasa di kehamilan minggu-minggu terakhir ini. Tak jarang, pada kehamilan pertama ibu sering mengiranya sebagai tanda persalinan sehingga langsung cepat-cepat pergi ke rumah sakit.
  • Sering buang air kecil Ketika usia kehamilan ibu semakin mendekati waktu persalinan, yakni di minggu-minggu terakhir kehamilan, ibu akan sering buang air kecil. Bahkan, bisa semalam lebih dari 5 kali. Kehamilan yang kian membersar membuat rahim kian menekan kandung kemih sehingga ibu sering ingin buang air kecil.
  • Mengikuti saran dokter dalam beraktivitas sehari-hari Ibu perlu mengikuti saran dokter, supaya kehamilan ibu sehat dan persalinan nanti lancar. Di minggu-minggu terakhir ini biasanya disarankan untuk melakukan olahraga ringan, seperti jalan-jalan rutin pagi dan sore, tidak stres, istirahat yang cukup, dan tetap mengikuti kelas senam hamil.
  • Memperhatikan dan mencatat kontraksi yang tengah terjadi Ibu harus mulai memperhatikan saat terjadi kontraksi. Siapkan pula catatan untuk mencatat jeda kontraksi. Jika kontraksi terjadi dalam waktu lama, jaraknya dekat, dan teratur, segera ke bidan atau RS terdekat. Kontraksi permulaan dimulai 10 menit sekali, 5 menit, dan jedanya semakin pendek dan sering.
  • Memperhatikan gerakan janin Sebaiknya ibu juga memperhatikan gerakan janin. Segara periksa ke dokter apabila gerakan janin lemah dan tak seperti biasanya. Dalam satu jam biasanya akan terjadi kira-kira 5-6 gerakan, baik menendang, cegukan, dan lainnya.
  • Mencari info sebanyak-banyaknya mengenai tanda-tanda persalinanInformasi mengenai tanda-tanda persalinan harus diketahui oleh ibu hamil. Hal ini penting, supaya bisa segera ke rumah sakit jika menemukan tanda persalinan dan bisa memahami perbedaan mana tanda persalinan dan mana yang bukan. Ibu bisa mencari informasi di buku atau internet, dan mengikuti berbagai grup kehamilan di berbagai jejaring sosial.
  • Beg  yang akan dibawa ke rumah sakit sudah siap. Beg  yang berisi barang bawaan ke rumah sakit sudah siap dan tinggal dibawa. Hal ini dilakukan supaya sewaktu-waktu ketika ibu mengalami tanda persalinan bisa cepat-cepat pergi ke rumah sakit dan tak lagi disibukkan dengan berkemas barang bawaan. Masukkan ke dalam tas sejak jauh-jauh hari beberapa setel baju bayi dan pernel, pakaian ibu, kosmetik wajib, alat mandi, dan pembalut maternity.
  • Sudah menentukan rumah sakit pilihan Pada minggu-minggu akhir kehamilan, ibu sebaiknya sudah menentukan di mana akan melahirkan. Selain membuat pikiran ibu tenang, saat mau bersalin nanti suami dan keluarga tak kebingungan harus membawa ibu ke mana. Lebih bagus lagi, ibu sudah menanyakan informasi mengenai proses persalinan yang akan dipilih berikut biayanya, normal, waterbirth, caesar, dan lain-lain. Memang, kita bisa saja berharap melahirkan normal, namun Tuhan yang menentukan, tak ada salahnya mencari informasi dan berjaga-jaga mengenai biayanya.


Tanda minggu-minggu terakhir kehamilan, yakni ketika usia kehamilan ibu sudah lebih dari 36 minggu, beberapa hal di bawah ini akan terjadi.
Ibu hamil di minggu-minggu terakhir kehamilan, sebaiknya juga melakukan beberapa hal seperti berikut itu. 

Semoga Allah Mempermudahkan Semuanya.... Amin. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

NeuroGain Supplement tambahan untuk Ibu Mengandung



Arini nak share supplement tambahan yang aku  makan semasa preggy ni. Actually aku pun baru tahu ja. Start ambik Neurogain ni pun masa 20 minggu dah…

Neurogain ni completekan keperluan DHA kita n sesuai utk ibu-ibu yg kurang mkn ikan dan susu. NeuroGain ni mcm sejenis minyak ikan la. NeuroGain ni baik utk perkembangan otak baby dalam perut kita ni :)
  
Doktor pon cakap melalui kajian yg di buat, NeuroGain ni mmg memberi kesan yg positif pada perkembangan otak bayi tp doctor pon ckp ni semua subjektif.
Kita berikthiar, ALLAH yg tentukan semua :)  .. mudah2an insyallah….

sepanjang mengambil NeuroGain ni hb aku mmng ok. biasa dlm 12 @ 12.** cm tu.. Ubat Iron yg doc bg mmng aku xleh nk telan sbb bila telan ja terkeluar balik…  aku Cuma ambik  vitamin yg lain2 yg doc bekalkan.. Yg pling penting Folid Asid mmng xpernah aku tinggal…  Alhamdullilah ia mmng bnyk membantu…


***************************************

SAINTIFIK DIFORMULAKAN UNTUK WANITA MENGANDUNG & PENYUSUAN BAYI
Mengandung - dalam tempoh tiga bulan terakhir kehamilan, adalah penting bahawa bakal mummy mempunyai bekalan asid lemak omega-3. Kira-kira 70 peratus daripada semua sel-sel yang membentuk otak dewasa terbentuk dalam tempoh ini. Omega-3 DHA penting kepada proses ini mencapai janin daripada ibu melalui plasenta.

Jika ada DHA tidak mencukupi untuk bayi, perkembangan janin boleh terjejas menyebabkan IQ yang lebih rendah dan penglihatan yang lemah

APAKAH NEUROGAIN ® PB VEGICAPS ® *?
Neurogain PB ® adalah semula jadi, khas, standard, ditapis disucikan, rumusan berkualiti tinggi bersyarat Asid lemak untuk wanita hamil dan penyusuan bayi.Neurogain PB ® adalah DHA yang tinggi, EPA rendah dengan AA dan OA untuk membantu wanita hamil dan payudara-makan memenuhi pra penting dan peri bersalin keperluan pemakanan asid lemak penting. Neurogain ® PB  selaras dengan cadangan antarabangsa bagi asid lemak tambahan pada awal kehidupan bayi.

SIAPA YANG MEMERLUKAN NEUROGAIN ® PB?Wanita hamil dan penyusuan bayi
Wanita hamil yang mempunyai sejarah yang rendah bayi berat lahir, kelahiran pra-matangKerap, kehamilan bergandaWanita hamil alah kepada ikan dan telurPemakanan ibu yang tidak seimbang

MASA YANG TERBAIK PENGAMBILAN NEUROGAIN ® PB?

Selepas makan untuk penyerapan yang lebih baik dan pematuhan. Apabila makan, lemak di makan akan meningkatkan penyerapan Neurogain PB ® asid lemak seperti DHA dalam badan.

ADAKAH IA SELAMAT GUNAKAN NEUROGAIN ® PB?Ya, NeuroGain ® PB adalah makanan tambahan DHA semulajadi EFA. Tahap EPA adalah rendah selaras dengan WHO dan cadangan ISSFAL untuk DHA tambahan pada peringkat awal kehidupan.NeuroGain ® PB tidak dadah.


CARA PENYIMPANAN NEUROGAING ® PB?Simpan pada suhu bilik di tempat yang sejuk dan kering. Kapsul sayur-sayuran memberi perlindungan yang sangat baik untuk sensitif asid penting oksigen lemak.

Boleh didapati di klinik bidan dan farmasi

***************************************

Moga anak mama  dan ayah akan menjadi anak yang baik, cergas, lagi bijak pandai. Amin…

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Alhamdullilah... 7 bulan sudah


Alhamdullilah sedar tak sedar dah 27 minggu sekarang... 
Cute kan perut bila seorang mama mengandung... hehe.. Comel bangat...

Info : Perkembangan Janin Minggu ke-27

Matanya sudah terbuka dan melihat sekelilingnya untuk pertama kalinya. Janin terlihat seperti bernafas tetapi sebenarnya janin mengambil air bukan udara. Ini merupakan latihan yang baik untuk paru-parunya. Janin kini beratnya melebihi 1000 gram. Panjang totalnya mencapai 34 cm dengan panjang bokong ke puncak kepala sekitar 24 cm. Di minggu ini kelopak mata mulai membuka. Sementara rentina yang berada di bagian belakang mata, membentuk lapisan-lapisan yang berfungsi menerima cahaya dan informasi mengenai pencahayaan itu sekaligus meneruskannya ke otak. 

Cerita Aku :
Walaupun sepanjang mengandung berat aku dah kehilangan 3 kg namun alhamdullilah berat baby still diparas normal dan mengikut carta yg betul... anyway anak mama dah mula bergerak aktif dlm perut ni... Ada nya dia dpt dirasakan dengan jelas sekali...

xterbayang perasaan tu kan... anyway Anak mama "Jangan nakal2 n jadi anak yg baik , soleh /solehah (aku pun xtau g sbb jantina nya masih belum diketahui.. pndai lak dia main sorok2 ng mama , sewaktu mama g scan ye..

anyway mama and ayah akan terima dengan gembiranya.. tak kira lah baby yg bakal lahir ni lelaki ke perempuan... Mama dan Ayah bersyukur sngt2.. We so Happy Together .. 

Jom tengok apa anak mama buat  dlm perut ni.. hehe 





Mama dan ayah dah nk star beli brg untuk baby.. so disebabkan belum terima gaji mama ng ayah just beli yg simple n wajib dulu ye... awal bulan ni mama ng ayah akan shopping lg untuk baby dlm perut mama ni... eeiii xsbar mama nk shopping brg baby.. so excited.. :) 





Apa pun semoga semuanya akan dipermudahkan.... Insyallah mama dan baby sihat2 ja.. Amin




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rahsia Perkahwinan

Rahsia Perkahwinan 

Allah hdiakan kpd wanita yg bergelar ISTERI itu naluri yg trlalu halus dan kuat. Jk lelaki yg dia cintai nya lakukan sesuatu yg tidak baik, dia dpt rasakan. Wlupun lelaki itu smbunyikn di dlm hatinya apa yg dia lakukan.

Kdg wanita itu tahu tp dia buat tk tahu dsbbkan kasih dan syg, dia rela telan dan pendam semuanya drpd brgduh jika dia brsuara. Hnya pd allah tmpt dia meminta meluah sgala yg trbuku d dada dan stiap air matanya yg gugur.

Smoga ada kbaikan atas ksbran isteri2 yg sbgini. ♡ 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Suami Isteri Itu umpama bayang-bayang... Sentiasa bersama ketika terang atau gelap...

Suami & Isteri 
itu umpama bayang-bayang... Sentiasa bersama ketika terang atau gelap... 



Semua orang mempunyai hak untuk memilih. Memilih yang terbaik buat diri sendiri. Tapi bila mana seorang perempuan yang bergelar isteri berlaku curang pada sang suami, Mcm mna tu??  Sesetengah org masih boleh terima if perempuan yang mempunyai hubungan dengan si suami tu mmng sah2 single -  anak dara ke, janda ke, andartu ke, girlfriend orang ke, janji single kan... 

Cuba kita fikirkan sejenak la, bagaimana kehidupan perempuan tersebut yang sanggup berpura-pura mencintai, mampu hidup bersama sebumbung, tidur bersama sekatil atau walau dua katil sekalipun dan menipu suaminya sedangkan hatinya mengingati dan mencintai orang lain. 

Tempat seorang isteri itu adalah disisi suami. Tugas seorang isteri adalah menjaga maruah, harta dan nama baik seorang suami bukannya menduakan dia. Berdosa besar hukumnya seorang isteri yang menduakan suaminya kerana seorang perempuan yang bersuami haram untuk menikahi mahupun mengingati seorang lelaki lain.  

Kadangkala perkara yg terjadi didalam rumahtangga kita tak mengetahuinya.. Ada yg Serba serbi dari luaran langsung tak nampak dimana kurangnya. Sang suami sudah cukup memberikan kebahagiaan, keselesaan dan kemewahan. Tapi mungkin secara batinnya bagaimana tidak kita ketahui. 

kadangkala ada pulak yang serba serbi kekurangan  yang terserlah kelihatan yang si Isteri yang terpaksa menanggung tugas seorang suami, mengambil beban suami, menderita dan bersedih hati diatas kehidupan yang terpaksa sang isteri lalui... Ada pulak yang terpaksa menerima tamparan dan tangan si suami....  

Namun seharusnya jika terdpt masalah didalam rumahtangga sebagai seorang wanita yang bergelar isteri, sebolehnya, seeloknya mencari penyelesaian untuk masalah yang mereka hadapi bukanya dengan memberi peluang kepada diri sendiri untuk mencintai atau menyanyangi orang lain apatah lagi yang dicintai itu mempunyai kehidupan rumahtangga nya sendiri.. tak terpikirkan kita sebagai seorang wanita apa kah perasaan kita (wanita/isteri) yang terpksa menanggung bila sesuatu hal yang tak menyenangkan berlaku dalam rumahtangga mereka disebabkan oleh kita (wanita/isteri). 

Ada pulak yg terdapat isteri yang mengucapkan kata2 sebegini... 
"Dalam perkahwinan, akan timbul satu masa bila kau mula bosan dengan pasangan!" 

mmng terkejut la kaum wanita yg bergelar isteri puin ada yg boleh berfikir mcm ni... perlukan ada isu bosan dlm rumahtangga?? Agaknya dia sama kan hal perkahwinan dgn hal-hal duniawi yang lain seperti pekerjaan? Hari ni suka, esok dah benci. 

Bukankah satu masa dulu, akad nikah yang kau aminkan doanya merupakan simbol bahawa kau menerima dia sehingga ke akhir hayat kau wahai isteri? Kenapa perlu berpaling tadah dengan si suami ? 

"Sekiranya mana-mana wanita meminta cerai daripada suaminya tanpa sebab yang kukuh, maka terhalanglah dia daripada mencium haruman syurga." Riwayat Abu Daud

Pada aku, selagi seorang wanita bernama isteri, selagi si suami menjalankan tanggungjawab nafkahnya zahir dan batin, tidak pernah mencederakan kamu, menjadi imam hidupmu,  teruslah taat dan setia kepada dia.

Seandainya terdapat apa kekurangan sama-sama lah memperbaiki dan cuba mencari jalan penyelesaian nya... Sehingga ketemu jalan keluar bagi permasalahan yang timbul bukan dengan  melepaskan diri dan melepaskan tekanan dengan melakukan pekara2 lain yg tak sepatunya dilakukan oleh seorang yang bergelar  isteri.  Syukurlah jodoh kau dengan dia.

Redhalah dengan kekurangannya dan jadilah isteri yang melengkapi bukan isteri yang menyakitkan hati. Sesungguhnya, imam terbaik kau berada di depan mata. Bukan insan yang cuba menghancurkan rumah tangga kau itu! 



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hadiah Hari Ibu



Alhamdullilah Hadiah Hari Ibu hari ini - 

Pemberian daripada Allah swt setelah bermacam-macam dugaan yang ditempuhi.. 

 RESULT : POSITIVE 


Situasi I:

AKU : Apa yg tak kena dgn perut n tekak ayg ni tak tau. rsa xselesa sngt. Lain mcm ja. 

HUBBY :  G Check la 

AKU : Ok abg, Nanti ayg balik ayg gi la..

Situasi II :

AKU : Ayg nak kuar balik dah ni.

HUBBY : Ok ayg, nnti check la psl apa

Situasi III : 

AKU : Klinik tutup la, esok je la ayg gi..

HUBBY : ermm.. klau blh than g esok je la, rehat la. 

AKU : ok kot, g beli asam sikit n mkn bg ilang loya.

Situasi IV: 

AKU :  Doc , saya lemah sngt skrng, badan rsa tak sihat sejak seminggu ini..
DOC :  Result puan POSITIF , 

Tercengang2 aku.. Doc pun terkejut tngok aku yg dah blur.. 

DOC :  kenapa u tak nak ke...
AKU :  bukan mcm tu saya benar2 terkejut , sbb sblm ni saya mempunyai masalah hormon untuk period yg tak normal.. so mcm tak percaya.. 

Doc tersenyum2 melihat aku... apa pun alhamdullilah.. Syukur dengan pemberian dari Nya. 

Situasi V. 

HUBBY : G check dah , doc ckp apa

AKU :  ermmm.. Doc ckp ada baby la..

HUBBY : Alhamdullilah , baru je dok terfikir kalau la ada baby... bla..bla..bla....

tersenyum simpul cik hubby aku... huhu.. rupa-rupanya dia dah agak awal lagi yg aku ni mngandung.. kuat tul insting dia.. aku sndiri pun tak jangka aku ngandung.. bila call bg tau mak mertua pun mak mertua ckp abg ada tel sblm tu dah sebut2  kata perut mama (aku) ada baby .. 

apa pun kami happy sngt.. semoga bertambah sinar kebahgaian kami bersama.

INFO - UNTUK DIRI SENDIRI


Minggu 1

Bayi Anda
Lapan hari selepas persenyawaan, blastosis akan merembeskan mukus untuk menyatakan kehadirannya di dalam rahim.

Minggu 2

Bayi Anda
Blastosis mula mengelembung dan membahagi dua kali dalam tempoh sehari. Pada hari ke-12, jumlahnya akan menjadi beribu-ribu. Setelah itu, blastosis ditanam dengan kukuh pada endometrium.

Minggu 3

Bayi Anda
Selepas tiga minggu persenyawaan, saiz embrio ialah sepanjang 2 mm. Gen janin mula membentuk tiga lapisan sel daripada organ badan yang akan bergabung.

Minggu 4

Bayi Anda
Bentuk asas seorang manusia mula bergabung. Panjang embrio lebih kurang 6 mm. Pada minggu ini, akan kelihatanlah bentuk awal otak dan tulang belakang fetus. Jantungnya mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang mengalirkan darah daripada jantung).

Minggu 5

Bayi Anda
Walaupun anggota tubuh badan embrio yang jelas kelihatan hanyalah matanya, namun otaknya kini dalam proses perkembangan. Begitu juga dengan saluran darah yang tidak lama lagi akan bertukar menjadi jantung. Saiz embrio sudah mencecah 4 mm.

Tubuh anda
Haid anda tidak datang. Minggu ini merupakan minggu paling sesuai untuk anda menjalani ujian air kencing yang boleh menentukan sama ada anda hamil ataupun sebaliknya.

Minggu 6

Bayi Anda
Jantungnya kini sudah terbentuk dan mula berdenyut. Di akhir minggu ini, saluran yang menghubungkan embrio dengan plasenta mula membesar menjadi tali pusat. Selain itu, saluran darah juga terbentuk. Saiz embrio kini sebesar jari kelengkeng dan pergerakannya hanya dapat dilihat melalui ujian imbasan.

Tubuh anda
Jika anda menderita morning sickness, bau-bau tertentu akan membuatkan anda jadi lebih teruk lagi. Kulit anda juga berubah menjadi lebih gelap sehingga menjadi bertompok-tompok dan mengelupas.

Minggu 7

Bayi Anda
Fetus kini berukuran 1.3 sm. Lubang hidung, bibir, lidah dan giginya dalam proses pembentukan. Manakala kaki dan lengannya kian berkembang. Dalam pada itu, tulang belakang, usus dan otak hampir terbentuk sepenuhnya.

Tubuh anda
Anda mungkin berasa pening ataupun pengsan jika anda berdiri terlalu lama. Selain itu, jika anda berada dalam keadaan sesak, anda juga mungkin berkeadaan sebegini. Anda juga turut mudah berasa letih. Jadi pastikan anda mendapat rehat secukupnya.

Minggu 8

Bayi Anda
Fetus kini berukuran 1.3 sm. Lubang hidung, bibir, lidah dan giginya dalam proses pembentukan. Manakala kaki dan lengannya kian berkembang. Dalam pada itu, tulang belakang, usus dan otak hampir terbentuk sepenuhnya.

Tubuh anda
Anda mungkin berasa pening ataupun pengsan jika anda berdiri terlalu lama. Selain itu, jika anda berada dalam keadaan sesak, anda juga mungkin berkeadaan sebegini. Anda juga turut mudah berasa letih. Jadi pastikan anda mendapat rehat secukupnya.

Minggu 9

Bayi Anda
Bentuk muka fetus mula berkembang, malah mulut dan hidungnya jelas kelihatan. Begitu juga dengan kaki dan tangannya. Fetus kini berukuran kira-kira 3 sm.

Tubuh anda
Berat anda mula bertambah. Anda digalakkan untuk merekodkan setiap pertambahan berat badan yang dialami. Ketika ini, gusi anda menjadi lebih lembut dan nipis disebabkan oleh perubahan hormon. Jadi, beri perhatian khusus kepada kebersihan gigi.

Minggu 10

Bayi Anda
Telinga luaran fetus mula jelas kelihatan. Tubuhnya kini mula memanjang di mana ibu jari dan jari-jari yang lain jelas terlihat tetapi bentuknya belum sempurna seperti jari normal manusia. Pada tahap ini, saiz fetus ialah 4.5 sm dan beratnya pula 5 g.

Tubuh anda
Jumlah darah yang mengalir di dalam tubuh kian meningkat. Ini akan membuatkan anda berasa lebih panas daripada biasa. Saiz rahim anda kini sebesar buah oren. Perubahan fizikal memaksa anda memakai pakaian yang lebih selesa sesuai dengan saiz baru anda.

Minggu 11

Bayi Anda
Di minggu ini, majoriti organ kandungan anda sudah terbentuk. Jadi, sesetengah kesakitan yang dialami akan berakhir pada penghujung minggu ini. Kini, fetus berada dalam zon selamat daripada sebarang ketidaknormalan pada janin dan jangkitan tertentu. Berat fetus pada minggu ini sepatutnya mencecah antara 10 gm dan panjangnya pula 5.5 sm.

Tubuh anda
Sebarang perubahan (kesakitan) yang dialami akan membuatkan anda mudah berasa letih. Jadi, anda perlu mengambil peluang merehatkan diri jika ada kesempatan. Selain itu, jika berasa khuatir dengan perubahan-perubahan yang berlaku, segeralah bertemu dengan doktor agar kemusykilan anda dapat dileraikan.

Minggu 12

Bayi Anda
Jantung fetus berdegup antara 110 hingga 160 kali seminit. Pada minggu ini dadanya turun naik kerana dia sudah mula bernafas. Bentuk tubuhnya sudah mula kelihatan. Ibu jari dan jari-jari lainnya sudah lengkap terbentuk. Begitu juga dengan kukunya. Fetus sudah mampu menghisap ibu jarinya dan menelan cecair amniotik seterusnya menukarkannya menjadi urin. Cecair amniotik akan diganti setiap 24 jam. Panjang fetus kini ialah 6.5 sm manakala beratnya pula 20 gm.

Tubuh anda
Berat badan anda akan bertambah kira-kira satu perempat daripada berat badan normal di antara minggu ini hingga minggu 20. Ketika minggu ini anda akan berasa lebih bertenaga berbanding minggu-minggu sebelumnya. Teliti gaya hidup dan pemakanan anda dan pastikan diet anda mengandungi himpunan makanan yang baik dan seimbang untuk anda dan kandungan.

Minggu 13

Bayi Anda
Saiz fetus kini 7.5 sm dan beratnya pula 30 gm. Tulangnya mula berkembang, begitu juga dengan gigi. Pada tahap ini, fetus sentiasa menggerakkan bibirnya sebagai persediaan untuk merangsang otot bibirnya supaya daya hisapannya dapat berfungsi dengan baik setelah dia lahir nanti.

Tubuh anda
Perubahan saiz rahim yang kian membesar akan membuatkan anda menyedari bahawa perasan perut anda “buncit”. Dalam pada itu, perubahan warna puting turut berlaku. Warna bahagian tersebut berubah menjadi lebih gelap dan urat biru pada payu dara anda mula jelas kelihatan.

Minggu 14

Bayi Anda
Pada trimester kedua, organ-organ bayi dalam kandungan sudah mulai matang. Dagu, dahi dan hidung kini semakin menyerlah. Bayi anda juga berupaya untuk mengerak-gerakkan kepalanya dan ada kalanya dia boleh mengerutkan kening. Bayi anda kini berukuran 9 sm dengan berat sebanyak 60 gm.

Tubuh anda
Kuantiti darah yang mengalir dalam badan semakin banyak. Dalam masa yang sama bayi juga perlukan oksigen. Oleh yang demikian, jantung perlu bekerja kuat. Jadi, tidak hairanlah jika ketika ini jantung anda kelihatan sedikit besar. Semua itu adalah untuk memastikannya mampu menjalankan tugas sebaiknya. Hasil daripada pertambahan kuantiti darah dalam badan, anda kini jadi lebih bertenaga berbanding sebelumnya. Dalam erti kata lain, inilah waktu yang paling sesuai untuk anda dan keluarga pergi bercuti sebelum melahirkan.

Minggu 15

Bayi Anda
Tulang rangka bayi anda sedang giat berkembang. Kini kakinya lebih panjang daripada tangan. Rambut pada kepala juga semakin menebal. Begitu juga dengan kening dan bulu matanya. Semua makin jelas kelihatan. Bayi anda pada ketika ini sudah boleh mendengar. Antara yang paling jelas didengarnya ialah suara anda selain daripada degupan jantung dan bunyi perut anda. Bayi anda sekarang sudah sepanjang 12 sm dan beratnya kira-kira 100 gm.

Minggu 16

Bayi Anda
Bayi semakin kerap bergerak. Tubuh mereka juga pada ketika ini mula diselaputi lanugo iaitu rerambut halus. Tujuannya ialah untuk mengekalkan keseimbangan suhu badan. Jantina bayi anda juga sudah boleh diketahui semasa ultrasound dilakukan. Bayi anda kini berukuran 16 sm panjang dengan beratnya 135 gm.

Tubuh anda
Pada saat ini anda sepatutnya rasa lebih segar, seronok dan gembira. Selera makan juga semakin bertambah. Anda mungkin dapat merasa pergerakan pertama bayi dalam kandungan. Akan tetapi pergerakan bayi anda tidaklah terlalu ketara. Pada masa yang sama, garis halus berwarna gelap di bawah abdomen yang dikenali sebagai linea nigra semakin menyerlah. Dan garis ini kembali pudar selepas anda melahirkan.

Minggu 17

Bayi Anda
Anggota badan bayi dalam kandungan anda kini terbentuk dengan sempurna. Deria rasanya juga sudah mula dibina. Bayi anda sekarang sudah mempunyai cap jarinya sendiri. Dan kini, dia berukuran 18 sm dengan berat sekitar 185 gm.

Tubuh anda
Pinggang ramping anda kini sudah menghilangkan dirinya. Yang tinggal hanyalah perut yang semakin membesar di samping kehadiran sedikit tanda rekahan pada bahagian tersebut. Selain perut, gusi juga mengalami sedikit gangguan. Gusi berdarah ialah antara masalah yang biasa dialami wanita hamil. Jangan risau. Pergilah bertemu doktor gigi untuk rawatan.

Minggu 18

Bayi Anda
Kulit bayi anda ketika ini masih lagi berkedut kerana mereka belum pun mengumpul lemak. Dia juga sangat aktif bergerak. Bayi anda juga mula peka terhadap bunyi-bunyian daripada luar. Oleh yang demikian, janganlah terperanjat jika tiba-tiba bayi anda menendang setelah terdengar bunyi kuat yang tidak anda duga. Bayi anda kini berukuran kira-kira 21 sm dengan beratnya 235 gm.

Tubuh anda
Ketika ini anda sudah semakin dapat rasa pergerakan anak. Dalam masa yang sama, ibu hamil juga mungkin mengalami masalah untuk bernafas. Hal ini terjadi kerana semasa hamil, membran dalam hidung akan membengkak seterusnya mengganggu peredaran udara masuk ke dalamnya. Selain itu, lelehan faraj juga semakin bertambah. Sepanjang trimester kedua ini, anda akan dapat mengesan beberapa perubahan sampingan yang ketara pada tubuh selain daripada pertambahan berat badan.

Minggu 19

Bayi Anda
Sama seperti anda, janin dalam kandungan juga semakin membesar. Ketika ini gigi susu mereka mulai terbentuk dalam gusi. Dalam masa yang sama, tunas untuk pembentukan gigi kekal juga muncul. Janin anda sudah menjangkau 23 sm dengan beratnya kira-kira 285 gm.

Tubuh anda
Saat ini berat badan anda semakin bertambah. Punggung, paha dan bahagian abdomen adalah antara kawasan yang paling ketara pertambahan beratnya. Urat-urat halus juga mula kelihatan pada muka anda. Jangan risau, semua itu akan kembali seperti sedia kala setelah anda melahirkan.

Minggu 20

Bayi Anda
Vernis merupakan sejenis bahan putih berminyak mula menyelaputi kulit bayi untuk melindunginya daripada cecair amniotik semasa berada dalam kandungan. Bayi anda kini berukuran 25.5 sm dengan berat 340 gm.

Tubuh Anda
Rahim semakin cepat membesar  dan anda kini telah kelihatan sama seperti ibu hamil lain. Akibat pembesaran perut yang begitu cepat, pusat hampir tidak kelihatan. Tetapi, ada sesetengah ibu hamil pusatnya tidak menjadi rata sebaliknya tertonjol keluar. Ketika ini masalah pedih ulu hati bukan suatu yang asing.

Minggu 21

Bayi Anda
Bayi anda kini sangat aktif. Hampir setiap saat anda akan dapat rasa pergerakannya. Jadi, tidak hairanlah kalau setiap malam tidur anda diganggu. Jika hal ini terjadi kepada anda, usap perlahan perut sambil berkata-kata kepada anak. Dipercayai dengan cara iniakan dapat menenangkan bayi. Kini, bayi sudah semakin besar dan beratnya kira-kira 390 gm dan dianggarkan 28 sm panjang.

Tubuh Anda
Pada masa ini anda berpeluang untuk melihat perut bergelombang hasil daripada pergerakan bayi dalam kandungan. Anda juga mungkin ada masalah untuk bernafas kerana paru-paru semakin terhimpit akibat ditekan rusuk yang semakin mengembang. Pada masa ini anda juga kelihatan lebih bertenaga dan mungkin inilah masa yang sesuai untuk membuat persediaan menerima kehadiran cahaya mata.

Minggu 22

Bayi Anda
Bayi dalam kandungan anda terus membesar akibatnya ruang untuk mereka bergerak semakin kurang. Bayi anda kini mungkin berhubungan dengan anda melalui tendangan ataupun gerakan yang dilakukannya. Sistem pernafasan mereka masih dalam proses pembinaan dan paru-paru belum lagi berfungsi untuk menyalurkan oksigen ke salur darah. Bayi anda kini berukuran 29 sm dengan berat kira-kira 410 gm.

Tubuh anda
Tulang rusuk bahagian bawah anda mula rasa sakit akibat ditolak keluar oleh rahim yang semakin membesar. Untuk kurangkan rasa tidak selesa, cuba duduk setegak mana yang anda mampu atau anda boleh mengangkat tangan dengan lurus melepasi kepala. Selain itu, jika anda ada cara lain yang lebih menyelesakan, amalkanlah kerana inilah waktu terbaik untuk anda cuba apa sahaja cara asalkan kesakitan yang dialami tidak berlarutan.

Minggu 23

Bayi Anda
Bayi anda kini sudah semakin sempurna pembentukannya. Jika dia lelaki, skrotumnya sudah terbentuk sempurna dan jika dia perempuan, dalam ovarinya kini sudah pun terkandung beberapa juta telur. Jumlah telur ini akan berkurangan ke sekitar dua juta ketika dilahirkan dan jumlahnya semakin berkurangan apabila usia anak semakin meningkat. Bayi anda kini berukuran kira-kira 31 sm dengan berat sebanyak 440 gm.

Tubuh anda
Anda mula dapat rasakan kehadiran bayi dalam perut. Anda akan rasa tegang pada bahagian tersebut. Kadangkala anda akan rasa sakit seperti mencucuk-cucuk pada bawah perut kerana otot uterine sedang meregang. Rasa sakit ini akan hilang apabila anda berehat.

Minggu 24

Bayi Anda
Bayi anda semakin lasak bergerak. Anda juga semakin mahir membaca pergerakannya. Degupan jantung bayi anda sudah boleh didengar walaupun hanya menggunakan stetoskop biasa. Bayi anda juga sudah boleh mendengar kata-kata anda dengan jelas. Kini berat bayi anda sudah menjangkau 500 gm dengan panjangnya 33 sm.

Tubuh anda
Tubuh anda kini mula menambah beratnya sebanyak setengah kilo seminggu. Dalam masa yang sama, kaki anda akan mula rasa tegang akibat berat badan yang bertambah dengan banyak. Untuk mengelakkan rasa tidak selesa, pastikan kasut yang sesuai.

Minggu 25

Bayi Anda
Sel-sel otak pada bayi terus berkembang dan menjadi semakin kompleks. Tulang-temulang juga semakin keras. Kini, bayi anda semakin aktif belajar bernafas, menyedut dan keluarkan kembali cecair amniotik yang wujud di sekitar mereka. Dan ketika ini jika bayi anda tertelan terlalu banyak cecair tersebut, dia boleh sedu. Bayi dalam kandungan anda sekarang berukuran 34 sm dengan berat sekitar 600 gm.

Tubuh anda
Anda kini kelihatan lebih berseri-seri. Muka semakin bercahaya. Semuanya kerana meningkatnya peredaran darah di bawah kulit. Tekanan pada punci kencing juga adalah punca mengapa anda sering ke tandas. Kekejangan, sakit belakang dan pedih ulu hati semakin kerap berlaku.

Minggu 26

Bayi Anda
Walaupun bayi anda kelihatan kurus kering, mereka sebenarnya sudah mula membentuk lemak-lemak di bawah kulit. Lemak-lemak ini kemudiannya akan membantu mengekalkan suhu badan sehinggalah selepas dilahirkan. Bayi anda kini sepanjang 35 sm dengan berat 700 gm.

Tubuh anda
Dengan perut yang semakin membesar, tidur anda kini sering tidak nyenyak. Selain daripada rasa tidak selesa semasa berbaring, anda juga semakin kerap ke bilik air. Ketika ini cara tidur yang betul penting untuk memastikan anda berpeluang untuk berehat secukupnya. Agar anda rasa selesa ketika berbaring, alaskan perut dan kaki dengan bantal.

Minggu 27

Bayi Anda
Bayi anda kini sudah boleh membuka matanya. Jadi, dia kini boleh melihat cahaya luar menerusi bahagian abdomen anda. Ketika ini juga bayi mula belajar menghisap dan mereka mungkin berupaya menghisap ibu jari atau pun genggaman tangan. Bayi anda kini berukuran 36 sm dengan berat lebih kurang 800 gm.

Tubuh anda
Anda semakin hari semakin besar dan tentunya berat semakin bertambah. Antara bahagian yang paling ketara pertambahan beratnya ialah di sekitar dada terutamanya pada bahagian payu dara. Oleh yang demikian, pemakaian baju dalam yang sesuai sangat penting. Elakkan berbaring secara menelentang kerana cara ini akan membuatkan anda rasa tidak selesa dan dalam masa yang sama salur darah anda akan ditekan oleh rahim anda yang semakin membesar.


Minggu 28

Bayi Anda
Pada usia ini, bayi sudah cukup sifatnya dan boleh lahir pada bila-bila masa. Jika bayi lahir pada usia ini, dia dikategorikan sebagai bayi pramatang. Jantungnya kini berdegup sebanyak 150 degupan seminit. Berat badannya kini mencecah 900 gm.

Tubuh anda
Payu dara anda mungkin sudah mengeluarkan kolostrum iaitu sejenis cecair likat. Jika anda berasa tidak selesa dengan pengeluaran kolostrum tersebut, cuba pakai pad pada coli bagi mengelakkan rasa melekit. Pada usia kandungan ini, darah anda akan diuji buat kali kedua untuk melihat tahap anemia dalam badan. Sekiranya anda didapati anemia positif, bekalan zat besi berbentuk pil akan diberikan.

Minggu 29

Bayi Anda
Bayi semakin membesar dan memenuhi ke seluruh ruang dalam perut. Kepalanya mula sepadan dengan badan. Kening dan bulu mata tumbuh sepenuhnya. Bulu pada badannya terus tumbuh. Matanya, boleh membuka dan ditutup dan mula fokus. Berat bayi kini dalam 1 kg dan ukuran badan mencecah 38 sm.

Tubuh anda
Anda akan berasa dengan kerap pergerakan bayi dalam kandungan. Bayi juga akan mula mengeras badan. Oleh yang demikian, banyakkanlah berehat sama ada dengan duduk atau berbaring.

Minggu 30

Bayi Anda
Bayi kini sudah pandai menyesuaikan keadaan mengikut keselesaan. Berat badannya kini boleh mencecah 1.1 kg dan panjangnya lebih kurang 39 sm.

Tubuh anda
Anda akan cepat rasa letih kerana perut semakin membesar. Jika berjalan terlalu laju anda akan cepat lelah. Jadi adalah penting untuk anda menjaga posisi. Tidur pada waktu malam juga mungkin akan terganggu.

Minggu 31

Bayi Anda
Fizikal bayi lengkap sepenuhnya kecuali sebahagian kecil paru-parunya. Begitu juga pada bahagian otaknya. Otak dikatakan masih dalam proses perkembangan tetapi semakin laju dan bayi sekarang boleh mendapat dan memproses maklumat dengan cepat. Bayi juga mula berasa sakit jika kedudukannya tidak betul. Dia akan bertukar posisi kepada lebih selesa. Berat kini menjangkau 1.4 kg dan tingginya pula 40 sm.

Tubuh anda
Sesak nafas atau termengah-mengah akan mudah berlaku sekiranya anda tidak berhenti bergerak. Jadi banyakkan berehat. Jika waktu malam anda rasa kurang selesa untuk bernafas, pastikan pakaian anda tidak terlalu ketat dan panas.

Minggu 32

Bayi Anda
Bayi semakin aktif bergerak. Dia akan memusingkan badan, menendang dan membuat lebih banyak lagi aksi berbanding sebelum ini. Walau bagaimanapun, kedudukan kepala bayi tetap berada di permukaan serviks untuk keluar pada bila-bila masa. Berat badannya kini 1.6 kg. Manakala ukurannya mencapai 40.5 sm.

Tubuh anda
Jika anda bekerja, mulakan cuti sekarang. Nikmati hujung minggu kehamilan ini dengan pelbagai persediaan mental dan fizikal.

Minggu 33

Bayi Anda
Jari jemari mulai terbentuk dengan sempurna. Begitu juga halnya dengan paru-paru. Ketika ini, bayi mula berlatih bernafas. Ukuran janin kini berukuran 41.5 sm dengan berat 1.8 kg.

Tubuh anda
Kenaikan berat badan kini tidak terlalu cepat. Jika tidak pun, berat badan hanya meningkat lebih kurang 1kg untuk setiap minggu. Anda digalakkan memeriksa tahap kesihatan dengan kerap agar tidak berlaku sebarang masalah.

Minggu 34

Bayi Anda
Berat badannya semakin bertambah. Matanya mula sensitif terhadap cahaya. Kening dan bulu mata kini sudah cukup matang dan mata janin kini sudah pandai berkedip-kedip. Sekiranya janin adalah lelaki, testisnya mula membentuk dengan sempurna. Berat badannya kini menjangkau 2 kg, Manakala, ukuran badannya kini mencecah 43 sm.

Tubuh anda
Tekanan darah mungkin akan meningkat agak tinggi. Jadi, jaga sedikit perasan dan emosi anda pada peringkat ini.

Minggu 35

Bayi Anda
Bayi masih lagi membesar dan memenuhi ruang dalam perut. Bayi tidak bergerak terlalu aktif kerana ruang agak sempit. Berat badannya kini meningkat kepada 2.3 kg dan panjangnya 44.5 sm.

Tubuh anda
Banyakkan berbincang tentang emosi dan kesediaan anda ketika di bilik bersalin bersama pasangan atau sesiapa yang akrab agar rasa gentar dan risau semakin hilang. Dalam masa yang sama, kawal diet. Jangan berjalan keluar rumah kerana takut kontraksi boleh bermula pada bila-bila. Bersiap sedia dari sekarang.

Minggu 36

Bayi Anda
Kontraksi awal boleh bermula sekarang. Tetapi jika ia berlaku tidak terlalu kerap, itu bukan tanda ingin bersalin. Tetapi ia hanya tanda-tanda yang kandungan anda kini semakin mencapai tahap matang. Bayi kini mula pandai bernafas dengan betul, menghisap jari dan belajar menelan. Berat kini 2.5 kg dan panjang 46 sm.

Tubuh anda
Bernafas kini semakin tidak selesa. Pangkal rahim juga rasa sakit akibat tekanan yang dibuat oleh bayi dalam kandungan. Pemeriksaan kehamilan pula akan dijalankan setiap minggu mulai sekarang.

Minggu 37

Bayi Anda
Bulu pada badan bayi mulai berkurangan. Bayi mula mengeluarkan hormon yang dinamakan cortisone yang membantu mematangkan organ pernafasan. Berat kini 2.7 kg manakala panjang 47 sm.

Tubuh anda
Bersedia, mungkin anda bersalin pada minggu ini. Periksa semua persiapan sebelum dan selepas bersalin. Jangan takut untuk bertanya apa jua soalan berkaitan dengan proses kelahiran kepada orang yang berpengalaman. Sikap ini membantu anda menambah lagi ilmu untuk di gunakan ketika di bilik bersalin.

Minggu 38

Bayi Anda
Lemak mula terbina dalam badan bayi. Kulit bayi kini sudah menjadi sedikit merah jambu. Rambut mulai memancang sehingga mencecah ukuran 5 sm. Begitu juga dengan kukunya. Pada usia ini, bayi anda mempunyai berat badan lebih kurang 2.9 kg dan panjangnya pula 48 sm.

Tubuh anda
Sentiasa peka dengan perubahan diri. Patikan tanda-tanda ingin bersalin. Jika ada tanda cepat-cepat pergi ke hospital. Jangan terlalu banyak membuat kerja-kerja rumah takut nanti tenaga anda hilang. Kumpulkan tenaga untuk beberapa hari ini supaya tenaga yang disimpan itu dapat digunakan sepenuhnya ketika di bilik bersalin.

Minggu 39

Bayi Anda
Kini bayi matang sepenuhnya. Berat kini 3.1 kg dan panjang 49 sm.

Tubuh anda
Masa kini sudah tiba. Rasa sakit kontraksi kini semakin kerap. Walaupun begitu, jangan biarkan rasa sakit itu menghantui anda. Tenangkan fikiran dan bersiap sedia untuk ke hospital.

Minggu 40

Dia seharusnya sudah berada di dalam dakapan anda. Doktor tidak akan menangguhkan lagi kelahirannya. Sama ada secara semula jadi atau caesarean, kelahiran mesti dilakukan.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

When I need You - Happy Birthday My Love

I need you like a heart needs a beat --- 

Thank you my dear for being there for me whenever I need you, although some are jealous of what I have but I will stay here with you.

I hope we can overcome it together. 
Because our marriage's gifts from the one true God. 

28/03/2003 &30/03/2003


"Happy Birthday Abang & Ayg 
May Allah Bless You and Our Marriage"

Amin. 




                   

When I need you
I just close my eyes and I'm with you
And all that I so want to give you
It's only a heart beat away

When I need love
I hold out my hand and I touch love
I never knew there was so much love
Keeping me warm night and day

Miles and miles of empty space in between us
A telephone can't take the place of your smile
But you know I won't be traveling forever
It's cold out but hold out and do like I do

When I need you 
I just close my eyes and I'm with you 
And all that I so want to give you baby
It's only a heart beat away 

It's not easy when the road is your driver
Honey that's a heavy load that we bear 
But you know I won't be traveling a lifetime 
It's cold out so hold out and do like I do 

When I need you

When I need love
I hold out my hands and I touch love
I never knew there was so much love
keeping me warm night and day

When I need you
I close my eyes
I hold out my hand and I've got you darlin'
It's only a heart beat away
Now listen
When I need you darlin'
I hold you, feel ya
Give it to me baby

And I miss ya baby 
Just close my eyes and I'm with you
And I need you tonight
You know it's only a heart beat away



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS


Cinta itu Ujian


♥ .. Perasaan cinta yang lahir terhadap seseorang bukanlah tanda kita akan memilikinya. Namun kekadang ia muncul sebagai ujian dariNya buat kita,kerana DIA ingin melihat bagaimana kita memelihara, mengawal dan mengurusnya. Perasaan cinta itu amanah, dan amanah pasti akan dihisab oleh Allah.. sama2 menjagalah hati, insyaAllah♥ .. (✿◠‿◠)



Popular Posts

My Followers