RSS

Aku Milik Mu...

Kehidupan ini adalah milik Tuhan yang telah menciptakan segalanya. ...

Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada. Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.

Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.


Ya Allah , Ya Tuhan ku... kau berilah aku kekutan untuk melalui apa saja yang telah engkau berikan kepada kami.... baik pun pekara itu adalah yg teramat pahit untuk ditelan... Sesungguhnya aku hanyalah insan yg hina, insan yang tak lepas dari melakukan dosa...

Ya Allah , Ya Tuhan ku.... aku pasrah dengan segala kententuan mu... apa pun yg akan terjadi selepas ini aku tahu aku perlu trima ia, keran mungkin ini adalah ketentuan mu...

Namun aku pinta berilah aku sedikit kekuatan untuk mengharungi nya... Berilah aku pertunjuk agar aku dapat keluar dari terus dibelnggu permasaalahan ini... Hanya pada Mu Ya Allah... Kau bantulah aku insan yg hina ini....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Apa Yang Tersurat dan Apa Yang Tersirat

Renungi apa yang tersurat. Fahamilah apa yang tersirat....

Jika insan diasuh dengan keangkuhan, dia belajar erti takbur.

Jika insan diasuh dengan kelemahan, dia belajar erti hina dirinya sendiri.

Jika insan diasuh dengan erti permusuhan, dia belajar erti membenci.

Jika insan diasuh dengan sikap pentingkan diri sendiri, dia belajar erti mengkhianati......

namun....

Jika insan diasuh dengan insani, dia belajar erti hargai.

Jika insan diasuh dengan belas budi, dia belajar erti mengasihani.

Jika insan diasuh dengan kepayahan, dia belajar erti mensyukuri.

Jika insan diasuh dengan bertimbang rasa, dia belajar erti bersabar....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS


Cinta itu Ujian


♥ .. Perasaan cinta yang lahir terhadap seseorang bukanlah tanda kita akan memilikinya. Namun kekadang ia muncul sebagai ujian dariNya buat kita,kerana DIA ingin melihat bagaimana kita memelihara, mengawal dan mengurusnya. Perasaan cinta itu amanah, dan amanah pasti akan dihisab oleh Allah.. sama2 menjagalah hati, insyaAllah♥ .. (✿◠‿◠)



Popular Posts

My Followers