RSS

Elakkan Berkata ”KALAU”


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:

”Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah: Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki Nya, sesungguhnya ‘kalau’ akan membukakan pintu amalan syaitan.” (Riwayat Muslim)

Huraian :

1. Kekuatan seseorang Muslim itu diukur bukan sahaja dari segi fizikal (tubuh badan) tetapi juga dinilai daripada aspek kekuatan iman. Bahkan itulah yang paling penting.

2. Orang yang sentiasa berwaspada terhadap nikmat kehidupan di dunia tidak akan mudah terjerumus dalam perangkap syaitan. Segala tindakan yang diambil mencerminkan ketaqwaannya kepada Allah dan dia sekali-kali tidak membiarkan kebaikan dan keburukan yang menimpanya sebagai suatu kegembiraan (kemenangan) dan kesedihan semata tetapi percaya bahawa semuanya itu mempunyai hikmah yang tersendiri daripada Allah untuk diambil pengajaran.

3. Ucapan ‘kalau’ tidak harus diamalkan kerana ia seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak redha dengan apa yang telah berlaku. Sebaliknya kita hendaklah sentiasa berfikiran positif dan ingat bahawa segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu adalah daripada kelemahan diri kita sendiri. Oleh sebab itu Islam menyuruh umatnya agar bertawakkal (berserah) kepada Allah SWT dalam melakukan sesuatu usaha dan percaya bahawa setiap sesuatu itu tidak akan berlaku tanpa keizinan daripada-Nya jua.

¸¸.•*¨*•¸¸.•*¨¸¸.•*¨*•¸¸.•*¨¸¸.•*¨*•¸¸.•*¨¸¸.•*¨*•

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~* WAHAI LELAKI.. *~


Jika benar kau kasih & cintakan wanita itu :


•.
• Bawalah dia ke jalan Allah,
•.
• Nasihatilah dia,
•.
• Perbetulkan kesilapannya,
•.
• Jagalah dia dgn baik,
•.
• Kasihanilah dia,
•.
• lindungilah dia,
•.
• Berilah kasih syg padanya,
•.
• Hargailah dia,
•.
• Ucapkan terima kasih atas kelebihannya,
•.
• Bersabar dengannya,
•.
• Terimalah & cintailah kekurangannya,
•.
• Jadi IMAM terbaik & redhalah padanya..

..moga dia menunggumu di SYURGA sebagai bidadarimu..amiin..



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bukan milik sapa-sapa

Bisikkan ke dalam hatimu yang paling dalam;
Dia bukan milikku. Dan aku pun bukan miliknya.
Pemilik segala ialah Al-Malik. Dialah yang memiliki dan menguasai segala-galanya.
Pada kita hanya amanah, sampai masanya terpaksa diserah.
Jangan ada rasa dimiliki, dan jangan ada rasa memiliki.
Bila terasa sepi, jangan katakan aku sepi~
Tapi katakan kita sentiasa ada pemerhati merangkap penjaga buat kita~ ♥

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

diari Hati

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ*• DIARI HATI Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ*•
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
۩۞۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬
:: ~ Berterima kasihlah pada orang yang telah...
MELUKAI HATI mu kerana dia telah membuat HATIMU KUAT...
MEMBOHONGI mu kerana dia membuat HIDUP mu semakin BIJAKSANA...
MEMBENCI mu kerana dia yang MENGASAH KETEGARAN mu...
Dan MENYAYANGI mu kerana itulah ANUGERAH TERINDAH dalam hidupmu...
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
۩۞۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬
"Adakalanya demi mengurniakan bantuan, Dia jadikan kita menderita,
tapi penderitaan keranaNya menghadirkan kebahagiaaan..
Tawa menyusul kemudian daripada airmata.
Sesiapa yang memahami hal ini adalah hamba yang diberkatiNya.
Dimana air mengalir,kehidupan subur melata;
dimana airmata menitis,
belas kasih Ilahi menyata.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pujuk Hati Sendiri

"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman." Surah Ali-Imran ayat 139.

Bila kita rasa tertekan, mesti kita mahu orang pujuk. Bila kita rasa nak menangis, kita kalau boleh mahukan crying shoulder. Tetapi sama ada kita sedar atau tidak, tiada siapa yang bersama dengan kita dari kalangan manusia ini, sepanjang 24 jam penuh.

Tetapi kita boleh mengetahui yg Allah itu ada. Itu satu kenyataan yang tidak punya penafian. Tetapi manusia fitrahnya perlukan manusia lain juga untuk menyokongnya. Jika tidak, Allah tidak mengajar lah kita berukhuwwah, Islam tidak akan mendidik kita untuk bersilaturrahim.

Walaupun mungkin kita mempunyai sahabat terbaik, tetap sahabat terbaik itu tidak dapat bersama kita 24 jam penuh.Dari kalangan manusia, yang bersama kita 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 4 minggu sebulan, 12 bulan setahun, dan bertahun-tahun dalam sepanjang kehidupan kita, hanyalah kita sahaja.

Maka belajarlah memujuk diri sendiri. Selain Allah, yang paling memahami diri kita adalah diri kita sendiri sebenarnya.

Tp bukan mudhkn nk pujuk diri kita sndiri pun. tak mudah mcm 123 sebaliknya ia memerlukan kekuatan dan ketahanan mental yg kuat..

Hmmm nk tahu tak siapa yg sllu mnjd peneman unt memujuk hati kita ni.. huhu kalau nk tahu dia ialah TANGISAN... tk caya time mcm tu cuba nangis..

Ya. Menangis. Menangislah. Menangis puas-puasnya... Lepaskan segalanya. Tetapi jangan menangis seperti orang biasa. Kita orang beriman adalah manusia luar biasa. Menangislah sambil berfikir. Berfikir akan masalah yang sedang dihadapi, ujian yang sedang ditanggungi. Jika ada apa-apa masalah yang tersimpan di dalam hati, keluarkan semuanya di dalam tangisan yang sedang mengalir itu

Biar kita menangis untuk melapangkan jiwa. Bukan menangis kita unt menambah kan kelemahan. Di samping air mata yang mengalir itu, ambil peluang ini untuk rasa kerdil di hadapan Allah SWT. Rasakan air mata yang tumpah itu, adalah satu bentuk kerendahan kita betapa kita ini manusia dan tak mampu nak tangani ujian ini. Air mata, itu adalah bukti kelemahan kita di hadapan Allah.

Moga-moga dengan terhapusnya ego kita, Allah mendamaikan jiwa, melapangkan hati, dan memberikan kita ketenangan dan jalan keluar kepada masalah kita. amin

Nanti apabila air mata kita telah berhenti, kita akan rasa satu kelapangan yang besar. InsyaAllah, ketika itu kita sudah sedikit tenang dan mula kembali menyusun strategi untuk menyelesaikan masalah kita.

Dh tu boleh juga pujuk kan hati kita dgn bermuhasabah . pandang semula apa yang telah kita lakukan sehingga Allah menguji kita sebegini rupa. Kita lihat kembali apakah yang telah kita lakukan. Dengan muhasabah, hati akan rasa tenang. Kita akan melihat kembali di mana kesalahan kita. Kita akan dapat menyusun pula rancangan kita yang seterusnya.

Justeru pujuklah diri kita. Kuatkan hati, teguhkan jiwa, tenangkan kalbu. Jangan lari dari masalah. Hadapinya. Langkahinya.

Huhu tp kdgkala kita suka nk lari kan... Lari tidak akan menyelesaikan apa-apa. Dan kemungkinan besar selepas kita bersemuka dengan ujian itu, penyelesaiannya adalah apa yang selama ini kita hajat-hajatkan. Mungkin selepas kita tabah menghadapinya, kita akan bertemu dengan sesuatu yang kita harapkan.

Siapa tahu kan.. Allah tidak akan menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia. Termasuklah ujian yg diberi kpd kita. Mesti ada sesuatu yang Allah hendak berikan, Allah hendak ajarkan, Allah hendak beritahu kepada kita dengan hadirnya ujian itu. Tinggal kita sahaja tidak memerhatikan.

Maka hadapilah ujian. Pujuklah diri. Tenanglah jiwa, damailah hati!

Hasil bacaan nukilan Hilal... Tq so much...


 


 


 


 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Terimalah ia....

Perpisahan memang menyakitkan.

Sebagai seorang manusia,perasaan sedih pasti akan wujud dalam setiap sanubari manusia yang mengalami pahitnya sebuah perpisahan. Rasa yang amat pedih...sedih dan boleh membuatkan seseorang itu hilang keyakinan diri... Dan pastinya kita akan tertanya-tanya mengapa perkara ini boleh berlaku dalam kehidupan kita. Beribu-ribu soalan yang terhambur namun pasti jawapannya terlalu kabur dan tidak boleh kita gapai dengan minda kita.

Terimalah seadanya.

Kadangkala perpisahan ini ada baiknya, walau sakit atau pedihnya terasa tetapi hikmah yang tersurat dan tersirat memang tidak kita ketahui.

Jawapan kenapa perpisahan itu terjadi hanya kita akan temui apabila kita sudah menerima hakikat yang sebenarnya.

Dan ALLAH swt lebih mengetahui lebih dari hamba-hmbaNya yang kerdil seperti kita ini... Janganlah kita merasa diri kita telah kehilangan segala-galanya.

Dunia masih belum berakhir...

Pandanglah,masa depan dengan hati yang terbuka dan dengan semangat yang waja..

Percayalah setiap apa yang dilakukan dengan hati yang bersih dan dengan niat yang ikhlas, ada ganjarannya.

Berdoalah...moga-moga ALLAH swt menjadikan kita semua seorang insan yang senantiasa tabah.




Kita harus terima akn takdir yg di tentukan.. sememangnya tiada jodoh antara kite
bkn kite yg tentukan sumenyee , kite hanya mampu merancang.

semoga kita semua dapat mharungi dgn tabah tanpa ada dendam tersurat dan tersirat


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berakhir Kini


sebagai seorang manusia, kita harus sedar akan satu hakikat bahawa segala yang kita punya hanyalah pinjaman semata. Boleh jd kita memilikinya bertahun lamanaya namun bila tiba pada suatu ketika di mana pinjaman itu ditarik kembali, kita harus pasrah dan redha..

Adakala kehilangan itu bersifat sementara. Sebagai peringatan barangkali dan kemudian ia dikembalikan semula kepada kita.

Tapi, agak menyakitkan hati bila yang telah kembali itu, hilang semula..

Tentu setiap yang berlaku punya hikmah yang tak dpt dilihat oleh kita. mana tahu tuhan mahu kurniakan sesuatu yang lebih baik lagi..

Dihujung Kegelapan Pasti ada Cahaya yg sedang menunggu,
Hanya KESABARAN, KETABAHAN dan KEGIGIHAN yg mampu
membawa keluar dr kegelapan menuju kepada cahaya

bermohonlah kepada Nya ,
Ya Allah, gantikanlah kepedihan ini dgn kesenangan hati, jadikan kesedihan itu awal kebahagian, anugerahkan aku jiwa yg damai berserta hati yang tenteram.. bimbinglah aku yang dlm pencarian ini kpd cahaya-MU, demi untuk aku mendapt hidayah-MU! ♥♥


آمِّينَ آمِّينَ يَ رَ بَّلْ عَلَمِيّنْ




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS


Cinta itu Ujian


♥ .. Perasaan cinta yang lahir terhadap seseorang bukanlah tanda kita akan memilikinya. Namun kekadang ia muncul sebagai ujian dariNya buat kita,kerana DIA ingin melihat bagaimana kita memelihara, mengawal dan mengurusnya. Perasaan cinta itu amanah, dan amanah pasti akan dihisab oleh Allah.. sama2 menjagalah hati, insyaAllah♥ .. (✿◠‿◠)



Popular Posts

My Followers