RSS

Istikharah - bahagian 1

Perlu fahami konsep istikharah terlebih dahulu.

Antara yang perlu difahami adalah, bagi mendapat tanda yang benar, setiap individu yang ingin melakukan istikaharah ini mestilah memberishkan niat dan hatinya dari sebarang pilihannya SEBELUM melakukan istikharah ini. serta benar-benar berniat bahawa ia akan menerima apa sahaja pilihan yang akan didapatinya dari istikharah tadi. Demikian pendapat majoriti ulama.

Ringkasnya, dalam sebuah hadis sohih menyebut :-

كان رسول اللَّهِ يُعَلِّمُنَا الِاسْتِخَارَةَ في الْأُمُورِ كما يُعَلِّمُنَا السُّورَةَ من الْقُرْآنِ يقول إذا هَمَّ أحدكم بِالْأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ من غَيْرِ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ لِيَقُلْ اللهم إني أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ من فَضْلِكَ الْعَظِيمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ ولا أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ ولا أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلَّامُ الْغُيُوبِ اللهم إن كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هذا الْأَمْرَ خَيْرٌ لي في دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أو قال عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ فَاقْدُرْهُ لي وَيَسِّرْهُ لي ثُمَّ بَارِكْ لي فيه وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هذا الْأَمْرَ شَرٌّ لي في دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أو قال في عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عنه وَاقْدُرْ لي الْخَيْرَ حَيْثُ كان ثُمَّ أَرْضِنِي به قال وَيُسَمِّي حَاجَتَهُ

Ertinya : Adalah Rasulullah s.a.w mengajar kami melakukan istikharah (meminta petunjuk) sama sepertimana mengajar kami surah-surah Al-Quran. Apabila seseorang kamu mempunyai sesuatu hajat hendaklah dia solat solat dua raka'at dan kemudian berdoa ( dengan doa yang diwarnakan merah di atas)" ( Riwayat Al-Bukhari, no 1109, 1/391)


Perlu difahami bahawa tanda istikharah lelaki A (sebagai contoh) berkemungkinan menunjukkan wanita B adalah sesuai dan baik untuknya. Namun istikharah wanita B, menunjukkan lelaki A tidak sesuai untuknya.

Ia kerap dan boleh berlaku. Justeru, jangan merasa pelik, jika anda mendapat tanda yang baik, tetapi bakal pasangan anda mendapat tanda sebaliknya, kesimpulan jika mendapat tanda sedemikian adalah, anda berdua tidak sesuai.

Akhirnya

Dinasihatkan dalam sebuah athar :

ما خاب من استخار ولا ندم من استشار

Ertinya : Tidaklah rugi sesiapa yang beristikharah ( meminta petunjuk) dan tidak menyesal mereka yang bermesyuarat ( Al-Awsat, At-Tabrani, 6/365)

Ibn Taimiyah ketika menghuraikan atahar di atas menyatakan

ما ندم من استخار الخالق، وشاور المخلوقين، فقد قال تعالي: وَشَاوِرْهُمْ فِي الأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ

Ertinya : Tidak menyesal barangsiapa yang beristikharah kepada penciptanya ( Allah), dan bermesyuarat ( meminta pendapat) dari makhluk ( rakan-rakan dan mereka yang berpengalaman), dan Allah telah berfirman ertinya : Dan dalam urusan mereka itu mereka bermesyuaarat, dan apabil akmu telah berusaha, bertawakkal ( berserah) kepada Allah swt"

Justeru, amat elok untuk mengabungkan istikharah dengan berbincang dengan mereka yang lebih berpengalaman, pendapat mereka yang berpengalaman itu sebenarnya adalah salah satu dari tanda istikharah. Seorang ulama salaf berkata :-

من حق العاقل أن يضيف إلى رأيه آراء العلماء، ويجمع إلى عقله عقول الحكماء، فالرأي الفذّ ربما زلّ، والعقل الفرد ربما ضلّ

Ertinya : dari hak seorang yang beraqal lagi bijak itu adalah menambahkan nilai pendapatnya dengan pendapat para ulama, sehingga bergabung pendapatnya dengan aqal (minda) para ahli cerdik pandai, maka pendapat secara berseorangan berkemungkinan tergelincir, dan minda berseorangan mungkin akan tersesat" ( Al-Madkhal, 4/41)

artikel dr, ustaz Zaharuddin Abd Rahman

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 Aksi anda:



Cinta itu Ujian


♥ .. Perasaan cinta yang lahir terhadap seseorang bukanlah tanda kita akan memilikinya. Namun kekadang ia muncul sebagai ujian dariNya buat kita,kerana DIA ingin melihat bagaimana kita memelihara, mengawal dan mengurusnya. Perasaan cinta itu amanah, dan amanah pasti akan dihisab oleh Allah.. sama2 menjagalah hati, insyaAllah♥ .. (✿◠‿◠)



Popular Posts

My Followers