RSS

Pujuk Hati Sendiri

"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman." Surah Ali-Imran ayat 139.

Bila kita rasa tertekan, mesti kita mahu orang pujuk. Bila kita rasa nak menangis, kita kalau boleh mahukan crying shoulder. Tetapi sama ada kita sedar atau tidak, tiada siapa yang bersama dengan kita dari kalangan manusia ini, sepanjang 24 jam penuh.

Tetapi kita boleh mengetahui yg Allah itu ada. Itu satu kenyataan yang tidak punya penafian. Tetapi manusia fitrahnya perlukan manusia lain juga untuk menyokongnya. Jika tidak, Allah tidak mengajar lah kita berukhuwwah, Islam tidak akan mendidik kita untuk bersilaturrahim.

Walaupun mungkin kita mempunyai sahabat terbaik, tetap sahabat terbaik itu tidak dapat bersama kita 24 jam penuh.Dari kalangan manusia, yang bersama kita 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 4 minggu sebulan, 12 bulan setahun, dan bertahun-tahun dalam sepanjang kehidupan kita, hanyalah kita sahaja.

Maka belajarlah memujuk diri sendiri. Selain Allah, yang paling memahami diri kita adalah diri kita sendiri sebenarnya.

Tp bukan mudhkn nk pujuk diri kita sndiri pun. tak mudah mcm 123 sebaliknya ia memerlukan kekuatan dan ketahanan mental yg kuat..

Hmmm nk tahu tak siapa yg sllu mnjd peneman unt memujuk hati kita ni.. huhu kalau nk tahu dia ialah TANGISAN... tk caya time mcm tu cuba nangis..

Ya. Menangis. Menangislah. Menangis puas-puasnya... Lepaskan segalanya. Tetapi jangan menangis seperti orang biasa. Kita orang beriman adalah manusia luar biasa. Menangislah sambil berfikir. Berfikir akan masalah yang sedang dihadapi, ujian yang sedang ditanggungi. Jika ada apa-apa masalah yang tersimpan di dalam hati, keluarkan semuanya di dalam tangisan yang sedang mengalir itu

Biar kita menangis untuk melapangkan jiwa. Bukan menangis kita unt menambah kan kelemahan. Di samping air mata yang mengalir itu, ambil peluang ini untuk rasa kerdil di hadapan Allah SWT. Rasakan air mata yang tumpah itu, adalah satu bentuk kerendahan kita betapa kita ini manusia dan tak mampu nak tangani ujian ini. Air mata, itu adalah bukti kelemahan kita di hadapan Allah.

Moga-moga dengan terhapusnya ego kita, Allah mendamaikan jiwa, melapangkan hati, dan memberikan kita ketenangan dan jalan keluar kepada masalah kita. amin

Nanti apabila air mata kita telah berhenti, kita akan rasa satu kelapangan yang besar. InsyaAllah, ketika itu kita sudah sedikit tenang dan mula kembali menyusun strategi untuk menyelesaikan masalah kita.

Dh tu boleh juga pujuk kan hati kita dgn bermuhasabah . pandang semula apa yang telah kita lakukan sehingga Allah menguji kita sebegini rupa. Kita lihat kembali apakah yang telah kita lakukan. Dengan muhasabah, hati akan rasa tenang. Kita akan melihat kembali di mana kesalahan kita. Kita akan dapat menyusun pula rancangan kita yang seterusnya.

Justeru pujuklah diri kita. Kuatkan hati, teguhkan jiwa, tenangkan kalbu. Jangan lari dari masalah. Hadapinya. Langkahinya.

Huhu tp kdgkala kita suka nk lari kan... Lari tidak akan menyelesaikan apa-apa. Dan kemungkinan besar selepas kita bersemuka dengan ujian itu, penyelesaiannya adalah apa yang selama ini kita hajat-hajatkan. Mungkin selepas kita tabah menghadapinya, kita akan bertemu dengan sesuatu yang kita harapkan.

Siapa tahu kan.. Allah tidak akan menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia. Termasuklah ujian yg diberi kpd kita. Mesti ada sesuatu yang Allah hendak berikan, Allah hendak ajarkan, Allah hendak beritahu kepada kita dengan hadirnya ujian itu. Tinggal kita sahaja tidak memerhatikan.

Maka hadapilah ujian. Pujuklah diri. Tenanglah jiwa, damailah hati!

Hasil bacaan nukilan Hilal... Tq so much...


 


 


 


 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 Aksi anda:



Cinta itu Ujian


♥ .. Perasaan cinta yang lahir terhadap seseorang bukanlah tanda kita akan memilikinya. Namun kekadang ia muncul sebagai ujian dariNya buat kita,kerana DIA ingin melihat bagaimana kita memelihara, mengawal dan mengurusnya. Perasaan cinta itu amanah, dan amanah pasti akan dihisab oleh Allah.. sama2 menjagalah hati, insyaAllah♥ .. (✿◠‿◠)



Popular Posts

My Followers