RSS

Mudah Nya berkata TIDAK

Ketika kita senang, mudah sahaja kita berkata "tidak".
Tapi, bila kesusahan itu melanda diri kita, disitu baru lah kita mahu berkata "tolonglah".

INGATLAH, Allah itu Maha Adil kepada kita semua.


Yakinlah bahawa Allah itu sangat menyayangi kita semua. Setiap doa kita semuanya pasti didengari olehNya.

Dia Tuhan kita, kepadaNya kita kembali. KepadaNya tempat kita bergantung.

Setiap kesusahan insan pasti ada kesenangan disampingnya.

Cuba kita fikir sejenak, kalau kita terkena kesusahan sekarang, kita yakin ke pada masa hadapan kita terus dalam kesusahan?

Kadang-kadang kita yang lebih BERLAGAK dihadapan Tuhan.

Sebaliknya, Allah menyuruh kita supaya terus dan menerus BERDOA kepadaNya segala hajat kita.

Walau kita menyembunyikan perasaan kita di hadapan orang, tapi Allah tahu apa yang ada dihati kita. Walau kita menangis bersendirian tanpa orang disisi, tapi Allah sentiasa bersama mu.

Tiada siapapun yang mampu tahu keperitan kita di hati selain Allah. Tiada siapapun yang mampu memberikan kasih sayang yang paling sempurna selain Allah.

Sesungguhnya, Allah lebih mengerti apa yang hatimu mahukan.

Segalanya, pasti amat bererti di hati kita jika kita sedar bahawa semua yang kita perolehi sekarang ialah datang dari kasih sayang Allah.

Renung untuk diriku juga.... kita yang lemah sebenarnya..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 Aksi anda:



Cinta itu Ujian


♥ .. Perasaan cinta yang lahir terhadap seseorang bukanlah tanda kita akan memilikinya. Namun kekadang ia muncul sebagai ujian dariNya buat kita,kerana DIA ingin melihat bagaimana kita memelihara, mengawal dan mengurusnya. Perasaan cinta itu amanah, dan amanah pasti akan dihisab oleh Allah.. sama2 menjagalah hati, insyaAllah♥ .. (✿◠‿◠)



Popular Posts

My Followers