RSS

Pernahkah Kamu???

jalan2 kat blog adifstory... ternampk satu artikel PERNAHKAH KAMU???

Pernahkah perasaan cinta itu hadir tanpa kamu dapat menolaknya?
Soalan ini ialah untuk kita membaca akan mengapa terjadi, bila, dan bolehkan kita terus memilikinya ia supaya menjadi kenyataan yang hakiki?

Bila kita tahu kita mencintai seseorang?
Merasai dan menjiwai akan suatu rasa yang amat-amat tersendiri.

Pernahkah dalam diri manusia sering kita mahu tahu akan hadir cinta itu?
Kadang kala cinta itu hadir tanpa kita tahu akan bila ianya hadir, kita samada telah terlewat untuknya atau kita hanya mampu meratap akan hilangnya.

Pernahkah kita merasakan, dalam kejauhan kita sebenarnya amat-amat menyintai seseorang insan?
Pernah rasa mahu dunia tahu kita amat-amat menyintainya dalam irama ombak yang sangat halus dan dalam. Tetapi kita tidak mampu untuk bersuara, tidak mampu meluahkan dan rasa diri amat tersisih bagaikan melukut di tepi gantang?

Kadang kala sebagai manusia kita sering merasakan betapa diri kita amat miskin akan cinta. Mengapa orang lain amat disayangi dan boleh dimiliki tetapi tidak akan kita? Pernahkah kamu merasakan itu?

Kadang kala...kita hanya memandang dari jauh dan berkata-kata dalam diri: Alangkah indahnya hidup sekiranya anugerah ini kamu dapat aku miliki.
Dalam samar malam menjelang apabila kita mendengar irama suara gemersik perlahan sambil menyanyikan lagu hampa dan tidak kesampaian... kita akan menangis dan jiwa terbuai akan rendahnya darjat cinta kita dalam kehidupan. Rasa ingin di dakap pada suatu pengakhiran rindu dan dahi dikucup dan dibisikkan akan syukur yang satu. Pernahkah kamu merasakan itu?


Pernahkan kamu apabila memandang wajah sayu cinta bisu kamu, membaca catatan diari penuh ranjau dan duri, melihat akan bulan terang disuluh mentari, membaca akan semua karya pemilik sajak dan puisi, memandang akan luasnya akan huluran lukisan seni... kamu mahu berkata padanya, dialah pemilik semua mimpi.

Kalau benar ianya debarkan kamu, kamu harus akur pada suara yang satu... sebenarnya dalam diam kamu amat cinta akan jasad itu.

Kamu akan menangis, tangisan dalam hati. Kerana kamu tidak mahu siapa tahu apa dalam hatimu, kerana sesungguhnya kamu pernah rasa akan kehadiran cinta itu.

huhuhuhu.... aku juga pernah meraskan itu - aini yusoff

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 Aksi anda:



Cinta itu Ujian


♥ .. Perasaan cinta yang lahir terhadap seseorang bukanlah tanda kita akan memilikinya. Namun kekadang ia muncul sebagai ujian dariNya buat kita,kerana DIA ingin melihat bagaimana kita memelihara, mengawal dan mengurusnya. Perasaan cinta itu amanah, dan amanah pasti akan dihisab oleh Allah.. sama2 menjagalah hati, insyaAllah♥ .. (✿◠‿◠)



Popular Posts

My Followers