RSS

Siapa Yang Lebih Berhak?


Dalam Islam, hukum memelihara anak adalah satu kewajiban ibu bapa kerana si anak memerlukan asuhan dan kasih sayang ketika dalam proses pertumbuhan hidupnya.

Persoalan yang timbul ialah siapa yang berhak memelihara dan menjaga anak jika ibu bapa bercerai-berai?

Menurut sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar,

"Bahawasanya seseorang perempuan telah datang menemui Rasulullah saw dan bertanya:

"Ya Rasulullah, bahawa anankku ini, perutkulah kandungannya, susukulah minumannya dan ribaanku rumahnya tetapi bapanya telah menceraikan aku dan hendak merampas anak itu daripada aku".

Selepas mendengar aduan itu Rasulullah saw bersabda, "Engkaulah yang lebih berhak menjaga anak itu selagi engkau belum berkahwin lain".

(Riwayat Abu Daud)

Hadith ini menetapkan bahawa ibu adalah lebih berhak terhadap pemeliharaan anak daripada ayah. Berdasarkan kepada kiasan hadith tersebut ternyata orang perempuan lebih diutamakan tentang hak pemeliharaan anak, kemudiannya barulah diikuti oleh orang lelaki. Islam mengutamakan perempuan dalam hal hadhanah ini kerana ibu lebih sayang kepada anaknya, lebih tahu bagaimana mendidiknya dan lebih sabar dalam mengasuh anaknya daripada ayah. Demikian juga mempunyai masa yang luas berdampingan dan bermanja dengan anak-anak berbanding dengan bapa yang selalu sibuk dengan tugas di luar.

Berkata Ibnul-Qaiyim: "Sesungguhnya kita menyerahkan anak kepada bapa atau ibunya adalah bertujuan untuk menjaga kemaslahatan anak. Kalau anak tinggal bersama ibunya maka kemaslahatannya lebih terjamin. Maka anak itu diserahkan kepada ibunya meskipun anak itu memilih bapanya kerana memang pilihan anak itu belum tepat acap kali tersalah pilih.

Selanjutnya Ibnul-Qaiyim berkata: "Aku dengar guruku berkata:

"Telah berselisih faham dua orang ibu bapa di hadapan hakim tentang siapa yang akan memelihara anaknya. Kemudian hakim menyuruh anak itu supaya memilih antara ibu atau bapanya. Lalu anak itu memilih bapanya. Berkata ibunya kepada hakim:"Cubalah tuan hakim tanya kepada anak itu apa sebabnya anak itu memilih bapanya? Lalu hakim bertanya kepada anak itu. Anak itu menjawab: "Ibuku menghantarku ke tempat mengaji Al-Quran tiap-tiap hari dan guru-guru acap kali memukulku. Manakala bapaku membiarkanku bermain-main bersama kawan-kawan, sebab itu aku suka tinggal dengan bapaku". Mendengar demikian, hakim memutuskan untuk menyerahkan anak itu kepada ibunya dengan menyatakan: "Engkau lebih berhak memelihara anak itu". Demikian pandangan Ibnu Qaiyim.

Manakala bagi "Penjagaan kanak-kanak tak sah taraf adalah semata-mata pada ibu dan saudara mara ibu".

Petikan dari : Abi Muslih & Mama Farhah


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 Aksi anda:

::ienafazlyna:: said...

memang ibu lebih berhak..tp zaman sekarang nie, setahu saya, kalau ibu tak bekerja, tiada pendapatan yang kukuh, dan belum berkahwin selepas bercerai, hak tu diberi kepada bapa..setahu saya lah,kalau salah, tolong betulkan ye..

aInI yUsOff said...

iya iena.. sebelum hak penjagaan itu diberikan makamah biasanya juga akan melihat beberapa aspek lain sebagai jaminan untuk kebajikan anak2..

cuma biasanya Keutamaan diberikan kepada orang perempuan dahulu (jika tak layak ) kemudian barulah di diikuti oleh orang lelaki.


Cinta itu Ujian


♥ .. Perasaan cinta yang lahir terhadap seseorang bukanlah tanda kita akan memilikinya. Namun kekadang ia muncul sebagai ujian dariNya buat kita,kerana DIA ingin melihat bagaimana kita memelihara, mengawal dan mengurusnya. Perasaan cinta itu amanah, dan amanah pasti akan dihisab oleh Allah.. sama2 menjagalah hati, insyaAllah♥ .. (✿◠‿◠)



Popular Posts

My Followers