RSS

Hati Saya

Mengungkap apa yang ada dalam hati, tidaklah semudah memandang langit yang biru. Bercerita tentang perasaan, bukanlah sesenang mengira bintang-bintang di langit malam. (^____^)

Kita takkan pernah tahu hati orang, maka jangan ditebak hati itu. Cinta itu membawa bunga, tetapi berapa orang yang sedar, bunga itu juga membawa duri pada tangkainya?

Manusia sering berubah, seiring dengan masa. Ya, mungkin betul. Manusia boleh berubah dari pelbagai segi dan cara. Mungkin dari cara berfikir, cara bercakap dan mungkin segala-galanya.

Seseorang mengatakan saya telah berubah. Mungkin ya, dan mungkin tidak.

http://www.emocutez.com

Kenapa ya? Saya berubah sangat ke?

Macammana saya hendak mengekalkan diri saya yang dulu, kalau sedangkan hati saya begini? Bagaimana saya mahu jadi begitu, seorang yang mungkin tidak sekeras hati seperti sekarang, seorang yang tidak begitu nekad.

Kalaulah, mereka tahu, apa yang telah saya lalui dan rasai. Tapi itu tidak penting. Yang penting, mereka tahu saya mampu teruskan hidup walau begitu susah saya cuba untuk berdiri kembali setelah hati dirobek-robek dengan sesuka hati.

Sungguh, perasaan derita hati itu, tidak mungkin ingin saya lalui sekali lagi. Sungguh. Sesungguh hati.

Berubah? Kenapa ya begitu mudah mengatakan saya berubah? Tanpa menilai segalanya. Perlu ke saya berpura denagn diri saya sendir.. , Perlu kah saya sentiasa membuat keputusan mengikut apa yg saya fikirkan baik untuk kebahagian diorang tanpa mempedulikan perasaan saya sendiri. Perlu ke saya fikirkan dan sentiasa menjaga hati orang lain sedangkan hati saya sendiri terluka... huhu L

Ini hidup saya, tolong jangan cakap saya berubah if you don’t know what i did? and you didn’t know my past? So, please,please. Bukan saya sombong atau benci kerana telah berasa selesa dengan kehidupan yg saya ada sekarang. Bukan.

Ini kerana saya memagarkan hati saya dengan besi keluli stainless steel agaknya.. .Hahaha. Teruk nya hati saya kali ini... L

Saya memulakan hidup ini, dengan penuh susah payah. Kadangkala, mentally breakdown. Sakit sangat. Sampai sekarang masih terasa. Pernahkan semua org terpikirkan itu..

Kenapa ya, orang lain tiba-tiba dengan mudah melemparkan semua kata2 kepada saya? Kenapa?

Hati saya disakiti dari dalam diam. Disakiti secara halus.... ermmmm... Tp tak siapa yg mengetahuinya... sepenuh hati.

http://www.emocutez.com

Hati, cepat-cepatlah sembuh ya? Tuhan, jauhkan aku dari kesedihan hati, sepertimana engkau jauhkan utara dan selatan, timur dan barat.

Bahagia itu, bukan apa yang orang lain lihat, tapi, apa yang kita rasa.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 Aksi anda:



Cinta itu Ujian


♥ .. Perasaan cinta yang lahir terhadap seseorang bukanlah tanda kita akan memilikinya. Namun kekadang ia muncul sebagai ujian dariNya buat kita,kerana DIA ingin melihat bagaimana kita memelihara, mengawal dan mengurusnya. Perasaan cinta itu amanah, dan amanah pasti akan dihisab oleh Allah.. sama2 menjagalah hati, insyaAllah♥ .. (✿◠‿◠)



Popular Posts

My Followers