RSS

Al Fatihah ~~


Melangkah ke tanah perkuburan untuk menziarahi pusara arwah kakak ku yg no 2.

terasa sebak menusuk ke dada.. bertapa hati ini pilu dan sedih atas kehilangan diri nya... hampir 5 tahun dia pergi meninggalkan kami sekelaurga.. seusia anak ku afiq..

tetiba terkenangkan saat aku menerima perkhbaran mengenai kemalangan yg menimpa arwah kakak.. Arwah meninggal ditempat kejadian akibat pendarahan kepala yg teruk... Kereta yg beliau naiki terbabas.. Bertapa aku terkejut mendengar nya lalu terus pulang ke rumah dan mengambil emak dan kami menuju ke hospital masa tu aku tengah mengandungkan afiq...

hurmmm begiitu cepat masa berlalu , afiq pun dah besar... kami sentiasa mendoakan kesejahteraan mu... Kami semua sygkan kakak..




Ya Allah ampunilah dosanya, sayangilah dia, maafkanlah dia, sehatkanlah dia, muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah kuburannya, mandikanlah dia dengan air es dan air embun, bersihkanlah dari segala kesalahan sebagaimana kain putih bersih dari kotoran, gantikanlah untuknya tempat tinggal yang lebih baik dari tempat tinggalnya, keluarga yang lebih baik dari keluarganya, pasangan yang lebih baik dari pasangannya dan peliharalah dia dari siksa kubur dan siksa neraka.”

Amin..


Firman Allah swt :-

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ
"Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun dan tidak dapat pula mereka didahulukan. "-[al-A’raaf 7:34].

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 Aksi anda:



Cinta itu Ujian


♥ .. Perasaan cinta yang lahir terhadap seseorang bukanlah tanda kita akan memilikinya. Namun kekadang ia muncul sebagai ujian dariNya buat kita,kerana DIA ingin melihat bagaimana kita memelihara, mengawal dan mengurusnya. Perasaan cinta itu amanah, dan amanah pasti akan dihisab oleh Allah.. sama2 menjagalah hati, insyaAllah♥ .. (✿◠‿◠)



Popular Posts

My Followers