RSS

Dia Pergi Meninggalkan Kami Semua



Jumaat pagi aku menelefon ambulans untuk membawa ayah ke hospital kerana melihat keadaan ayah yg semakin lemah… di Unit Kecemasan doctor mula membuat rawatan, doctor mengsyaki ayah terkena cellulites, sedihnya lihat keadaan ayah hanya allah yg mengtahuinya… ayah dimasukan di wad 3A hospital sultanah bahiyah… ptg tu juga aku balik ke rumah dan mengambil pakaian emak, aku dan anak.. menetap la kami di hospital..

Sepanjang ayah di masukan di hospital , emak , aku , anak ku afiq , adik ku siti, adik ku diana dan anaknya ali menumpang dirumah kakak ipar aku yg tinggal didalam kuartes hospital.. aku membiarkan adiku siti menjaga anak ku afiq dan ali manakala aku dan Diana menjaga ayah di hospital. Sepanjang di sana emak tak pernah berengang dgn ayah.. Cuma disebelah malam kami meminta emak agar balik tidur dirumah abg dan kakak iparku, hal ini bukan apa keadaan kesihatan emak juga sebenranya tidaklah memuaskan namun kerana kasih Isteri kepada Suami, setianya isteri disisi menemani… jam 10 dan kdg2 11 mlm baru emak pulang ke rumah mereka dan seawal 5 dan 6 pagi emak dah dtg semula ke hospital..

6 tahun ayah strok separuh badan namun ini lah kali pertama ayah sakit tenat… emak sentiasa menjaga ayah penuh dgn tanggunjawab dan kasih sayang.. melihat tabahnya emak mengharungi keadaan ini dgn keadaan dirinya yg juga menghidap penyakit yang bermacam2 amatlah menjadi ikhtibar kepada kami… bertapa kasihnya emak kpd ayah.. begitu jugalah kasih kami semua kepada ayah dan emak… setelah doctor menjalankan rawatan kpd ayah , doc mengesahkan kpd kami yg ayah strok ayah menyerangnya lagi.,.. untuk mengesahkan doc meminta ahli keluarga member kebenaran untuk membuat CT Brain, aku pun menandatangani surat kebenaran dan ayah dibawa pergi ke bilik rawatan scan itu…

Ptg sabtu tu aku nk balik umah jap ambik brg.. otw nk balik adik aku call doc bg tau kptusan ct brain tu.. mmng sah yg kena strok balas.. luluhnya hati sedih tak terkata mengenangkan keadaan ayh… aku menangis teresak2 sambil membawa kereta… sesampainya dirumah terus aku menagis kpd kakak2 ku… aku mnceritakan kpd mereka yg keadaan ayah.. dan dgn berat hati aku memberitahu keadaan ayah dlm kategori tenat.. doc memberitahu kami sama ada mahu mencuba untuk merawat ayah dgn beberapa cara sprt memasang tiup untuk mmbnatu ayah bernafas atau adalah lagi cara yg boleh membantu… namun semua cara2 tu hnya menyakitkan ayah lagi nanti…


Kakak2 ku meminta aku bersabar dan redha dgn ketentuan yg Allah dh tentukan kpd kita semua... Apa pun yg berlaku kita semua kena redha , tegas kakak ku memberitahu walupun mmng perit untuk ditelan. Apa yg penting kita sentiasa mendoakan yg terbaik untuk ayah dan apa yg berlaku kita kena terima dgn hati yg ikhlas.
huhu... sedihnya hati aku... -dlm hati tak terbendung segala kesedihan yg ada.. "Ya allah selamtkan lah ayah, sembuhkan lah dia" air mata jatuh mencurah2... kesedihan yg tk dpt digmbrkan lagi... aku amat sygkan ayh.. aku tak nk lihat ayah dlm keadaan mcm ni.. ermmm

Doc meminta kami berbincang dan akhirnya kami sepakat meminta doc membantu ayah dgn cara apa sekalipun tapi bukan dgn rawatan yg boleh menyakitkan ayh… dan akhirya ayah dibantu dgn bantuan oksigen dan alat menguatkan degupan jantung.. Memng harapan ayah tipis kecuali dgn keajaiban dari allah.. kakak2 ku mula menelepon kpd anak2 ayah yg lain dan juga kpd saudara mara memaklumkan keadaan ayah … semuanya balik berkumpul dan dtg menziarahi ayah… masing2 semua berada disekitar sini kerana bimbang sesuatu berlaku kpd ayah…

Setiap hari 24jam kami memasang bacaan al quran unt diperdengarkan kpd ayah.. dan kami semua juga membaca yasin disamping ayah dan sentiasa membisikan kalimah seperti LAAILAAHAILLALLAH, ALLAH, ASHADUALLAH ILLAHA ILALLOH,WA ASHADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLOH... emak, anak2 semua mendoakan / membuat solat hajat memohon kesembuhan diberi kpd ayah memohon agar Allah mengurangkan kesakitan yg ayah alami dan memudahkan segala urusan yg diberikan kepda nya.

Melihat raut wajah ayah sengguh sayu sekali… aku amat ridukan ayah untuk membuka matanya, bercakap dan memanggil aku… dulu sebelum ayah sakit tenat dirumah ayah selalu memnggil nama aku.. emak ckp kadang2 sampai 10 kali , kadang2 lebih ayah asyik panggil nama aku.. puas emak ckp aku g keje , nnti ptg baru balik… ermmm… ayah…. I miss u so much…. buka lah mata untuk melihat anakmu ini...




Sepanjang ayah strok dulu pun ayah tak pernah lupa unt melakukan ibadat..masa mula2 strok dulu walaupun banyak bacaan yang ayah lupa namun ayah tetap mlakukan solat.. semakin lama apabila ayah semakin tak ingat lagi dan tak tahu bagaimana nk melakukannya namun ayah tetap beristifar dan membaca beberapa ayah2 lazim yg masih boleh dihaflnya.. kami juga ada meminta ayh membaca ayat2 lazim yg masih ayah ingat dan membantunya sedikit2.. kuatnya semangat ayah..
Dulu walau ayh strok namun ayah tak lembik.. ayah kuat dan tabah… ayah tak baring still dpt bagun dan mengesot dilantai.. bila ada kenduri , kami sentiasa membawa ayah pergi ke majlis kenduri.. walaupun terpaksa bawa kerusi roda dan mengangkat ayah… namun tak pa janji ayah suka.. sbb dulu masa ayah sihat ayah suka pergi berjalan-jalan.. kdgkala aku bawa ayah gi rumah kakak2 aku.. gi makan then balik… ermmmm… kalau rawatan ayah ke hospital emak akan minta doc buat appointment pada ahari ahad sbb mudah , hari ahad hari aku bercuti jadi aku boleh bawa ayah g buat check up…

Bila time aku cuti , aku mandikan ayah.. dan letakkan nya di kerusi… nnti lama sikit tnya ayah.. " ayah nk kencing tak.. kalau nk cepat2 ambil bekas ayah kencing unt mudahkan dia buang air kecik.. cucu2 yg kecik pun pnadai.. bila ckp tok wan nk kencing semua dah tahu g ambik bekas n beri kpd tok wan diorang… bila kerusi roda rosak kami adik beradik kumpul duit sma2 and belikan ayah kerusi baru,… rindunya saat2 tu.. walaupun agak rumit untuk melakukannya.. namun kami semua bahagia… dan saling membantu untuk ayah dan emak..

Setelah 5 hari ayah dimasukan di Hospital Sultanah Bahiyah , Alor Setar, Kedah akhirnya ayah yg paling ku syg pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya pada 2.3.2011 jam 11 pagi . Pilunya hati aku tak terkata lagi.. sebak mengenangkan ayah sudah tiada.. sbb kematian yg disahkan "sepsis secondary urosepsis & left ankle cellulitis"
terkilan juga hati sbb sewaktu ayah menghembuskan nafas je aku tak ada disisi nya . dari hari 1st ayah di hospital cuma masa hari last tu je baru aku ke pejabat sbntr atas sedikit urusan, walhal sebelum tu aku tak de g mana2 langsung..
last aku jumpa ayh kul 6pg 2hb , aku ucapkan ke telinga ayah "ayah, nk balik mandikan anak jap nk hantr dia g sekolah, lps tu nk masuk opis sat, nnti orng dtg balik ya, ayah ingat Allah sellalu ye, LAAILAAHAILLALLAH, ALLAH, ALLAH, ALLAH... " lalu aku mencium dahi ayah dan berlalu pergi....

masa di opis dpt call dr kakak yg memberitahu ayah makin tenat.. terus aku tutup laptop mcm tu je tnpa shutdown... tetiba dpt call lg bg tau ayh dah tak ada... xterbendung lg air mata ini. "Inna lillah wa inna ilaihi raji'oon..........................."
mereka berpesan agar aku redha dan terima apa yg berlaku... "bersyukurlah sbb dpt menjaga/berkhidmat kpd ayah sewaktu dia masih ada, lagipun dari hari jumaat ayah dimsukkan ke hospital aku pun setia menunggu dan menjaga ayah di hospital. Terima lah apa yg berlaku dgn hati yg ikhlas...
tp aku nk jaga ayah lagi.... tak kan pernah puas untuk menjaga dan berkhidmat kpd ibubapa... huhu... ayah.... :((

Mungkin sudah smpai masanya untuk Ayah kembali kpd Nya. Mungkin Allah tk nk beri kesakitan yg teruk kepada ayah. Jadi Allah mengambil nyawa nya. Allah lebih menyanyaginya.. Jadi kami semua harus redha dgn apa yg berlaku…

Ya Allah Ya Tuhanku, cucurilah rahmat dan kasihilah kepada ayahku seperti dia menjagaku, mengasihi dan menyayangiku sewaktu aku kecil hingga dewasa, Ya Allah kau ampunkan dosa2 ayahku.. KU memohon kepadamu dgn sepnuh dan seikhlas hatiku Ya Allah, jangan kau siksa ayahku.. Jadikan lah doa aku ini doa anak yg solehah Ya Allah, doa yang diperkenan oleh Mu.. Ya Allah, permudahkan segala urusan ayah di alam sana. Semoga Allah menempatkan ayah bersama orang2 yg soleh.. Amin...amin amin... ya rabala'lamin
Al Fatihah hadiah buat arwah Ayahanda Tercinta...... amin.


Rasulullah S.A.W bersabda Segala sesuatu yang terjadi pada manusia pasti ada hikmahnya. Seorang muslim yang sabar dalam menghadapi penyakit maka baginya pahala kebaikan.

Tidak ada orang yang ingin ditimpa penyakit. Meskipun demikian ternyata ada maksud tertentu dari Allah atas penyakit yang diderita hamba-Nya.

Ibadat yang dilakukan ketika sakit walaupun tidak sesempurna amalan orang sihat sebenarnya setaraf dengan amalan orang sihat. Malah, jika dilakukan dengan sesabar mungkin akan menatijahkan ganjaran pahala yang lebih besar di sisi Allah berbanding ibadat yang dilakukan oleh orang yang sihat

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

16 Aksi anda:

Fazleyatul Aini said...

innalillah
takziah untuk ain sekeluarga
daripada DIA kita dtg, kepada DIA juga kita akan kembali
harap ain tabah dan banyakkan berdoa, semoga rohnya tenang di sana

Anonymous said...

apa yg bole aku katakan byk2 sabar. redha.... aku pun sedih sgt bila tgk paktam kat hospital. xtahu nak ckp mcm mana... blur jek rasa.... dr kecik tempat yang aku nak selalu p... kota... nak p rumah paktam... byk kenangan. nak cite kesedihan xtahu mcm mana.... aku doa arwah paktam dicucuri rahmat. ditempatkan bersama2 org yg beriman..

jelapang padi said...

byk2 bersabar...

Muhammad Hazim said...
This comment has been removed by the author.
SC said...

insyallah aku dah terima semua yg berlaku ini dgn hati yg redha cuma aku mungkin perlukan masa untuk membiasakan diri yg ayah dah tak ada depan mata namun dia akan tetap ada dihati aku smpai bila2.. Semoga doa2 aku untuk ayah diterima oleh Nya .. amin.. huhu... sedihnya tak terkata :(

SC said...

Lya Colours : insyallah.. terima kasih ye lya.

cuci mata said...

salam...
nama sy pon aini..n apa yg kita lalui lebih kurang...sy pon 2minggu berkg di hospital..
cumanya time doktor nak masukkan tiub tu sy masuk dlm icu n baca yasin di samping ayah..dgn rahmat Allah ayah kembali stable n doktor xjd gunakan tiub tu..alhamdulillah pas 2 hr di icu n 5 hr di wat biasa lepas tu dah ble discharge..tp ayah sy xsekuat yg dulu lg...
inilah dugaan yg paling besar sebagai anak...bersabarlah ye...

SC said...

wsalam.. owh ye ke... alhamdullilah semoga ayah awak baik2 je.. semoga ayah awak sembuh seperi sediakala..

Keadaan ayah saya mmng dh kritikal masa tu lagi dgn faktor usia dan tak sesuai jika nk jalankan alternatif lain... hnya akan menambah penderitaan dia...

Sebagai anak, kita harus menjalankan tanggunjawab kita dgn hati yg ikhlas dan penuh tanggunjawab... insyallah allah sentiasa membantu kita.. bila kita lakukan dgn hati yg ikhlas kita rasa bahagia walaupun tangunjawab tu amat berat untuk kita pikul..

sy harap aini tabah ye

Jue Nara said...

tabah ye Miss Aini, sy paham sbb sy pn dh kehilangan arwah abah, kita doakan moga mereka ditempatkan di org2 yg beriman.. amin..

SC said...

amin... makacih ye cik Jue... insyallah

aal said...

semoga tabah ya.kalau sy d tempat cik aini, urghhh..tak taw la mcm mana..

SC said...

huhu... kita tak berdaya nk melawan kehendak takdir.. apa yg mampu kita perlu kuatkan semangat.. walaupun amat payah sekali namun kita kena cuba juga...

Berat mata yg memandang berta lagi bahu yg memikul....

sy sendiri masih dlm proses untuk menguatkan dan menabahkan hati sy.. insyallah semoga sy dpt mngatasinya dgn baik...

kehilangan nya amat dirasakan... dah tak ada lagi org yg disayang.. huhu :(

Hamba Allah said...

Assalamualaikum aini..
maaf lama tak bertanya khbar. Terkejut menerima berita kematian insan yg aini syg daripada saudara aini semalam. Harap aini tabah mengharunginya. Hubungilah abg, abg tahu aini perlukan seseorang sekarang. Abg sentiasa ada untuk kamu. Abg ada bagi kad nama abg pada saudara kamu.. Harap kamu sudi tel abg. dari insan yg mengenalimu -2000-

rosnani said...

hidup kita sentiasa d uji..begitulah kasihnya Allah pada hamba2nya..semoga rohnya di cucuri rahmat dan d tempatkan dikalangan orang2 yang beriman..Semoga aini tabah melalui semua ni..sebagai teman akan hanya mampu berdoa dari jauh...

Unknown said...

ritu... bila tgk kerusi roda ayah dah rosak.. duk pikir nak beli lain lagi dah... tapi tak tercapai hasrat tu..... tak sempat.. ayah dah tenat.... bila yang disayangi pergi sblm kita... menghadapi sebuah kehilangan itu agak menyakitkan.... walaupun sblm ni dia sakit.. tapi dia ada.... bila ayah kat spital, aku tetap harap keajaiban.. tetap harap ayah akan sembuh dan balik rumah dgn kita sume.... entah kenapa teryakin bahawa ayah akan balik dgn kita sume... duk mcm dulu... sbb aku rasa tak cukup lagi masa duk dgn ayah.... tetiap malam tido pegang tangan ayah... inilah hikmahnya.. kalau aku masih yang dulu, pasti lebih menyesal....sekurang2nya.. inilah hikmahnya.... TAerima kasih Ya Allah... memberi aku kesempatan untuk menghadapi hari2 terakhir bersama ayah.... namun, terkilan rasa bila saat dia hembuskan nafasnya... tak ada disisi ayah... baru sgt turun dan drive masuk highway... tiba2 dapat tahu ayah dah tak de... kecewanya hanya tuhan yang tahu... ayah.. pergi ayah dr mata.. tapi dr hati tak mungkin hilang...

SC said...

saat yg amat2 sukar untuk ditempuh namun tetap perlu menghadapi kenyataan itu....

Allah itu lebih mngetahui apa yg terbaik untuk hambanya...

dia insan yg terlalu banyak berjasa , ayah, halalkan setiap peluh yg telah di keluarkan utk kami.. pengorbanan ayah amat bersar.. menjaga dan mendidik kami hingga ketahap ini... ayah snggup berhujan panas demi untuk membesarkan anak2...

Ya allah kau ampunkan segala dosa2 ayahku , jangan kau siksa ayahku. tempatkan lah dia bersama org2 yg soleh... amin....

semoga engkau menerima doaku untuk ayahku... semoga aku menjadi anak yg solehah untuk kedua ibubapaku.. amin



Cinta itu Ujian


♥ .. Perasaan cinta yang lahir terhadap seseorang bukanlah tanda kita akan memilikinya. Namun kekadang ia muncul sebagai ujian dariNya buat kita,kerana DIA ingin melihat bagaimana kita memelihara, mengawal dan mengurusnya. Perasaan cinta itu amanah, dan amanah pasti akan dihisab oleh Allah.. sama2 menjagalah hati, insyaAllah♥ .. (✿◠‿◠)



Popular Posts

My Followers