RSS

Dugaan Seringkali Membuat Aku Lemah

Hemmm Hidup ini mmng trlalu bnyk dugaan & memerlukan bnyk pengorbanan .. Aku selalu ingtkan diri aku unt sabar & tabah mengahadapi apa jua yg mndatang, meminta diri ini untuk ikhlas kerana Allah.. Aku tahu Allah tak akan member Ujian kepada hambanya kalau aku tak mampu untuk menghadapinya.. Cuma bagaimana cara dan persedian aku untuk menerima ujian itu.


 

Sebab tu lah, apa sahaja dugaan yang datang pasti ada hikmah disebaliknya dan aku kena sabar menghadapinya. Aku selalu nasihatkan kwn2 agar jng mudah putus ada, sabar dan tabah menghadapinya... namun kadang2 aku sendiri yang hampir mengalah dan berputus asa dengan pelbagai ujian yang mendatang. Ya Allah dimana kekutan ku selama ini yg telah membantu aku untuk terus berdiri.... Tolonglah hambamu ini.... Aku rasakan seperti tidak tertanggung dgn apa yg sedang berlaku ...


 

Namun setelah aku bermuhasabahkan diri aku... aku redha dgn apa yg berlaku.... aku juga mengaharapkan agar aku dpaat terus bermuhasabahkan diri aku ini agar aku tidak tersungkur senidiri... Aku sering ingatkan diri aku atas apa yg berlaku itu ada sebabnya yang tersendiri yang aku sendiri tak tahu apa sebabnya, hanya Allah yang lebih mengetahui segalanya. Apa yang mampu aku lakukan adalah sentiasa berdoa, berusaha, selebihnya menyerahkan segala-galanya kepadaNya yakni bertawakal kepadaNya.


 

Bila aku ditimpa pelbagai ujian dan dugaan, aku lebih senang memendamkannya di dalam hati dan mengadu kepada Sang Pencipta. Tetapi kadang-kadang ada masanya, aku juga terasa seprti ingin berkongsi dgn seseorang....


 

Berat rasanya ujian yang datang kali ini, lebih-lebih lagi ia berlaku di saat aku telah berada di separuh jalan untuk menuju kesana.


 

Ya Allah, kuatkanlah aku untuk menempuhinya dan teguhkanlah hatiku untuk melawannya, Jauhkanlah aku daripada perkara-perkara yang tidak elok, sesungguhnya aku berlindung sepenuhnya hanya kepadaMu. Aku tahu Engkau sentiasa bersamaku, tabahkanlah aku Ya Rahman Ya Rahim, hanya kepadaMu aku sembah dan hanya kepadaMu aku memohon pertolongan, sesungguhnya aku hanyalah insan yang lemah yang tak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan, ampunkanlah dosa-dosaku,


 

Jangan bersedih! La Tahzan!

Tidakkah anda memperhatikan bagaimana awan hitam itu tersingkap terang, malam yang sedemikian pekat menjadi terang benderang, angin yang sedemikian kencang itu mendadak tenang, dan angin puyuh tiba-tiba terhenti? Semua itu menandakan bahawa beban hidup anda yang seberat apapun dapat hilang dan berubah menjadi kebahagiaan. Bahkan, kesengsaraan hidup anda juga pasti akan berakhir pada kehidupan yang aman, tenteram dan manjanjikan masa depan yang gemilang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 Aksi anda:



Cinta itu Ujian


♥ .. Perasaan cinta yang lahir terhadap seseorang bukanlah tanda kita akan memilikinya. Namun kekadang ia muncul sebagai ujian dariNya buat kita,kerana DIA ingin melihat bagaimana kita memelihara, mengawal dan mengurusnya. Perasaan cinta itu amanah, dan amanah pasti akan dihisab oleh Allah.. sama2 menjagalah hati, insyaAllah♥ .. (✿◠‿◠)



Popular Posts

My Followers