RSS

Catatan ku Buat Arwah Ayah...



Kesempatan Hujung Minggu ini aku memberi ruang kepada diri aku sendiri untuk mencoret sepatah dua kata sempena Hari Bapa kali ini.. Sedihnya hati sebenranya mengenangkan ketiadaan ayah disisi. Apatah lagi sejak dulu aku mmng terlalu rapat dengan ayah….

Aku bersujud kepadamu Ya Allah, hanya kepada Nya tempat aku mengadu , dan menagih kasih yg pasti. Ku menadahkan kedua tangan ini memanjat doa menagih simpatiku untuk Engkau berikan kesejahteraan dan keampunan buat arwah ayah yg telah pergi meninggalkan kami didunia ini.

Huhu sebaknya dada menahan kesedihan yg tak terkata… bertapa aku merindukan ayah.. Air mata mengalir membasahi pipiku… aku tk berdaya lagi membendungnya… di dalam hati aku memohon agar allah memberi aku lebih ketabahan dan juga agar Allah member emak ku ketabahan atas kehilangan ayah yang amat kami sayangi dan kasihi..

Hari ini sudah 3 bulan 17 minggu arwah ayah bersemadi di sana.. Kehilangan nya masih terasa, setiap kali sebut ayah pasti bergenang air mata ini menahan nya dr jatuh… Ya Allah aku terallu merinduinya… dengan penuh kerinduan aku mengambil kunci kereta dan memandu menuju ke kwsan perkuburan umat islam di Bukit Besar… sesampainya di sana, aku semakin laju mengaturkan langkah… aku terlalu rindukan ayah.. rindu yg teramat sngt…

Dulu, bila aku sakit walau terhiris jari terkena pisau sewaktu memasak pun sudah cukup membimbangkan ayah.. apa yg membimbangkan nya adalah dia tahu anak nya ini cukup tk tertahan walau terluka atau mengalami sedikit kesakitan… bila aku demam ayah la yg asyik mengulangi bertnya kan keadaan aku.. walaupun sewaktu dia dah mula sakit dulu (lumpuh) walau dia sendiri sakit tp dia tetap risaukan aku.. dgn sebelah tngan pun dia mampu menyapukan minyak sewaktu aku sakit… Bertapa kasih syang ayah yg tidak ada bandigan

Pada zaman aku sekolah dulu pernah aku menunggu ayah untk dtg melawat ku di asrama.. Puas aku tunggu tapi kelibat ayah tak juga kelihatan.. selang setengah jam aku akan menelfon emak bertnya kan betul ke ayah dh dtg sbb still tak smapi2.. emak ckp kan ayah pergi melawat abg dulu.. nanti baru dtg melihat aku pulak di asrama.. Kesian ayah dgn menaiki motosikal sambil membawa tong di tempat duduk belakang membwa kerepek dan kuih Mazola untuk aku dan abang aku menjual di asrama.. gigihnya ayah, bertapa ia berusaha untuk membesarkan anak2 nya. Walaupun trpaksa bersusah payah melakukan semua itu. Dgn bermotosikal dan berhujan panas ayah tetap meredahnya.. semua itu dilakukan semata2 untuk membesarkan dan member didikan kepada anak2nya…

Ya allah , aku benar2 terkejut bila kali trkahir menelefon rumah diwaktu ptg dgn mndapt khbar yg ayah aku trelibat dlm kemalagan sewaktu hendak dtg kepada aku… luluh rasa hati, terkejut dgn berita yg tk diangkakan… aku bergegas menaiki teksi menuju ke sek asrama abag aku di sg petani juga , mengajaknya pergi ke hospital. Mmng termat sedih melihat keadaan ayah terlantar ditak sedarkan diri… Ya allah tak sanggup aku untuk mengingatinya kembali… tetapi segala pengalaman itu pasti tak akan aku lupakan.. TERLALU BESAR PENGORBANAN SEORANG AYAH, SETIAP PELUH YG MENITIS SEMATA2 UNTUK MELIHAT ANAK2 BERJAYA..

Bila aku dah berkerja dan menetap di sg petani pun ayah tetap mengambil berat dan risaukan aku… bila tiba hujung minggu ayah walaupun berkerusi roda sedia menunggu di hadapan pintu menantikan kepulangan aku, Walhal dia tahu aku half day pukul 1 baru habis kerja tp emak selalu ckp dr pagi lagi ayah asyik menyebutnya dan menunggu kepulangan aku. Setia dan kasihnya seorang ayah kepada anaknya… sesampainya aku ke rumah perkara pertama yg aku buat ayah ku peluk dan ku cium erat.. pernah aku mngatakan ayah tk perlu la menunggu aku dihadapan pintu , anak mu pasti pulang… namun ayah tetap mcm tu juga menuggu dan sentiasa risaukan aku… Aku juga tak bole berpisah lama-lama bila dgn ayah… walaupun sg petani tu tidak lah jauh mana tapi selang satu hari mesti aku akan bertelefon bertanyakan khbar ayah dan emak… setiap minggu pasti aku akan pulang melihat keadaan ayah dan emak.

Ya allah aku amat merindukan saat2 ayah ada bersama aku…

Aku bersyukur walaupun doc mengatakan yg ayah strok dan mengalamai pendarahan dalam kepala namun ayah tak pernah lupakan anak2 dan emak.. ingatan ayah pada keluarga tetap utuh walaupun bnyk perkara yg tidak dpt diingati. .Ada juga beberapa ayat Al Quran yg maish boleh dihafal, ingatan nya pada solat pun tak pernah padam walaupun sesekali dia ada tersilap rakaat. Aku sngt bersyukur kerana berada didalam keluarga ini… kami semua sering saling membantu walaupun ada kalanya masing2 sibuk namun kasih kepada ibu dan ayah , tak pernh kami lupakan.. kami semua sering memberi ayah sokongan.. Jiwa ayah kental. Kebiasaan org yg mengalami strok kebnyakannya mudah berputus asa.. Alhamdullilah atas sokongan ahli keluarga – ayah tetap kuat…

6 tahun ayah mengalami strok, Tp semangat ayah ttep kuathingga lah di saat2 akhir umurnya ayah menjadi semakin lemah dan tidak bercakap dan akhirnya Allah memanggil ayah pulang… Masih teringat panggilan ayah memaggil – manggil nama ku…. Boleh dikatakan setipa hari ayah tak pernah tak panggil nama aku dan satu hari kadang2 berkali2 ayah memanggil aku walaupun aku tidak ada disis nya kerana berkerja…

huhu.. ayah aku amat merinduimu… merindui suara ayah memanggil nama aku.. rindu untuk membawa ayah pergi ke rumah saudara , rindu untuk mengankat dan meletakkan ayah di kerusi.. rindu untuk melakukan semua aktivi yg selalu dilalukan kpd ayah.. memandikan nya, sipakan dia dan menyuapkan ayah makan. Sebulan atau dua bulan sekali membawa ayah membuat rawatan di hospital… aku ingat lagi bila nk membuat temujanji semula pasti aku akan menyatakan “ boleh beri hari Ahad sbb mudah sy boleh dtg dan hantar ayah sy untuk membuat rawatan” [sbb hri lain kdg2 aku terikat dgn kerja , nnti terpksa meminta bantuan org lain pulak untk membawanya, aku kalau boleh tak nk biarlah aku yg membawanya.. ayah dah terlalu banyk bersusah payah untuk aku]

Ya Allah aku redha dgn apa yg telah kau berikan kepada kami . Kami punya seorang Ayah yg amat baik dan amat bertanggunjawab dalam mendidik dan memberi kami kasih syg yg secukupnya.. walaupun keluarga kami tidaklah sekaya mana namun kami semua hidup dalam kesederhanaan dan bahagia.. Rezeki yg allah berikan itu sentiasa ada…murahnya rezeki Yang Allah berikan… berkat kesungguhan ayah dan ibu yg tak henti berusaha untuk membesarkan anak2

Ayah… anakmu ini tak pernah melupakan segala pengorbanan yang telah ayah berikan kepada kami… Walaupun ayah tiada disisi lagi kini, namun ayah sentiasa ada dihati ini… Sama-sekali tidak akan pernah aku melupakan nya… L

sempena hari bapa ini , ku menambahkan doaku memohon kepada Allah yg maha Berkuasa agar member kesejahteraan , keampunan dan ketenangan untuk arwah ayah di sana… Semoga Allah menempatkan ayah bersama org2 yg beriman.. semoga aku mampu menjadi anak yg solehah yang dapat mendoakan ibu bapa ku.. Amin

Selamat Hari Bapa Buat Arwah ayahanda Tersayang

“HAJI YUSOFF BIN DIN”

AL – FATIHAH……

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 Aksi anda:

puteri ain said...

al - fatihah. smoga rohnya dicucuri rahmat . amin

aInI yUsOff said...

thanks Puteri...

ajib said...

al-fatihah..saya pn bru kehilangan ayahanda terchinta..18/6/2011..perkara paling mengejutkan..x disangka2,stlh dua hari di hsptal,dia pergi meninggalkan kami sekeluarga buat selama-lamanya..ayah merupakan seorang anak dan ayah yg amat baik..dia x akan kembali,insyaALLAH bertemu jua di akhirat sana..amin..


Cinta itu Ujian


♥ .. Perasaan cinta yang lahir terhadap seseorang bukanlah tanda kita akan memilikinya. Namun kekadang ia muncul sebagai ujian dariNya buat kita,kerana DIA ingin melihat bagaimana kita memelihara, mengawal dan mengurusnya. Perasaan cinta itu amanah, dan amanah pasti akan dihisab oleh Allah.. sama2 menjagalah hati, insyaAllah♥ .. (✿◠‿◠)



Popular Posts

My Followers