RSS

Hikmah Berbakti Kepada Org Tua


Memang betul menjaga ibu bapa yang sudah lanjut usia memang banyak cabarannya. Namun, Allah telah mengingatkan kita supaya sentiasa berbuat baik kepada ibu bapa waima mereka lanjut usia sekali pun.

Allah berfirman yang maksud-Nya: Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan 'ah', dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia.

Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil. (al-Israk: 23-24)

Kita bertanggungjawab berbakti kepada mereka. Tanggungjawab berbuat baik kepada mereka boleh dikatakan lebih penting daripada berjihad pada satu-satu ketika.

keutamaan berkhidmat kepada orang tua melebihi pahala jihad fisabilillah seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas'ud beliau berkata: "Saya bertanya kepada Nabi SAW. "Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah SWT? Baginda bersabda: "Solat pada waktunya, saya bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbuat baik kepada kedua orang tua. Saya bertanya: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjihad di jalan Allah." a33; (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kadang-kadang seulas senyuman dan kata-kata yang lembut lebih berharga daripada wang ringgit serta barangan berharga.

Hikmah Berbakti Kepada Kedua Ibu Bapa

a. Berkhidmat kepada kedua ibu bapa adalah lebih utama daripada keluar berjihad pada jalan Allah.

b. Memberi Khidmat kepada kedua ibu bapa pahalanya adalah menyamai pahala orang yang mengerjakan haji, umrah dan jihad.

c. Berkhidmat kepada kedua ibu bapa akan meluaskan rezeki anak dan Allah akan melanjutkan usianya.

d. Memandang kepada kedua ibu bapa dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang, pahalanya sama dengan orang yang mengerjakan haji.

e. Syurga yang kita impikan terletak dibawah telapak kaki ibu, dengan keredhoaan ibu barulah kita boleh menjejaki syurga Allah.

f. Kegembiran ibu bapa seiring dengan kegembiraan Allah sedang kemarahan keduanya adalah seiring dengan kemurkaan Allah.

g. Berkhidmat kepada kedua ibu bapa adalah amalan yang paling mulia sekali diantara ibadah-ibadah yang lain.

Justeru, marilah kita sama-sama berbuat baik dan berkhidmat kepada ibu bapa sementara mereka masih hidup. Jangan kita menyesal apabila mereka sudah tiada lagi di bumi ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 Aksi anda:

Profesor Adab said...

Analisis Surah Al-Fatihah mengikut konteks bahasa arab dgn Al-Quran
http://rosemujahid.blogspot.com/2011/01/analisis-surah-al-fatihah-mengikut.html


Cinta itu Ujian


♥ .. Perasaan cinta yang lahir terhadap seseorang bukanlah tanda kita akan memilikinya. Namun kekadang ia muncul sebagai ujian dariNya buat kita,kerana DIA ingin melihat bagaimana kita memelihara, mengawal dan mengurusnya. Perasaan cinta itu amanah, dan amanah pasti akan dihisab oleh Allah.. sama2 menjagalah hati, insyaAllah♥ .. (✿◠‿◠)



Popular Posts

My Followers