RSS

Apabila Kasih Hampir Terhenti

Hari demi hari aku tewas
Dan kalah dengan perasaan
Semakin hari semakin menjerat sanubari
Untuk berlari dan terus berlari
untuk mndapatkan cahaya itu

Dan jawapan pada seribu persoalan
Demi memuaskan hati semua pihak
Tanpa fikir dimana langkah kakiku terhenti
Sama ada sedar atau tidak
Kakiku telah terhenti

---------------------------------------------------------------------------------

TENSION, frust, pilu, sedih, menangis dan pelbagai lagi kesan yang tidak dijangka telah berlaku apabila tiba-tiba kasih dari seseorang akan terhenti

Apatah lagi kasih itu adalah kasih yang paling aku harapkan berkekalan,
sehingga jika dilayan perasaan bagai naik gila dibuatnya apabila hilang kasih itu seketika.

Sebenarnya itu mungkin adalah ujian untuk diri aku, dan cabarannya
ialah bagaimana aku akan dapat menanganinya

---------------------------------------------------------------------------------------

Firman ALLAH SWT

"Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya)." (Surah Al-Balad: 4)

-------------------------------------------------------------------------------------------

Ya Allah..
Tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah.
Sedang yang susah boleh Engkau jadikan mudah, apabila Engkau menghendakinya.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim…
campakkan cahaya hidayahMU ke dalam hatiku,
moga dapat aku berikan sedikit,
cahaya itu buat hari ku yang kian kegelapan,

semoga segala yang ku lakukan adalah yg terbaik
untuk kebahgaian mereka...
Ameennn Ya Rabbal ‘Alamin….

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 Aksi anda:



Cinta itu Ujian


♥ .. Perasaan cinta yang lahir terhadap seseorang bukanlah tanda kita akan memilikinya. Namun kekadang ia muncul sebagai ujian dariNya buat kita,kerana DIA ingin melihat bagaimana kita memelihara, mengawal dan mengurusnya. Perasaan cinta itu amanah, dan amanah pasti akan dihisab oleh Allah.. sama2 menjagalah hati, insyaAllah♥ .. (✿◠‿◠)



Popular Posts

My Followers