RSS

Semua Itu Hanya Dengan Izin dariNya


❝ MELANGKAH itu mudah, Namun MENCARI ARAH itu yang terkadang PARAH.. MENCARI JALAN itu mudah, Namun MEMAHAMI destinasi itu yang SUSAH.. MENYUSURI SUSUR itu mudah, Namun MENUJU NOKTAH itu pasti mendatangkan LELAH..❞

Dalam semua ini ~~
MENJAGA ISTIQOMAH ITU YANG TERSANGAT SUSAH, PARAH DAN LELAH

Namun, ALLAH amat faham akan hamba-hamba NYA ~~
✔- DIA tidak meminta manusia menjadi yang terbaik,
✔- Hanya perlu usaha untuk buat sehabis baik menuju ke arah yang terbaik,
✔- Meletakkan sandaran dan keyakinan penuh kepada NYA
Lantas, nescaya DIA akan menguruskan yang selebihnya..
Agar yang terbaik itu kelak menjadi milik manusia yang mendambakannya..

Semoga perjalanan kita sentiasa di dalam lindungan dan penjagaan NYA.. Semoga usaha kita membuahkan kebahagiaan di akhirat sana; di JANNAH NYA..

Sesungguhnya, tiada daya upaya melainkan dgn izin dan rahmat ALLAH

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 Aksi anda:


Cinta itu Ujian


♥ .. Perasaan cinta yang lahir terhadap seseorang bukanlah tanda kita akan memilikinya. Namun kekadang ia muncul sebagai ujian dariNya buat kita,kerana DIA ingin melihat bagaimana kita memelihara, mengawal dan mengurusnya. Perasaan cinta itu amanah, dan amanah pasti akan dihisab oleh Allah.. sama2 menjagalah hati, insyaAllah♥ .. (✿◠‿◠)



Popular Posts

My Followers