RSS

Wanita – Agar Lelaki Lebih Sygkan kamu

Lamanya aku tak berbloger.. asyik sibuk je.. tp hari ni aku tetap juga nk share something… yg sometime kita sllu anggap mcm bende tu remeh tp sebnarnya ia adalah salah satu cara untuk membuatkan org yg kita syg semakin sygkan kita… bak kata saling syg menyang la…

"Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah" (H. R. Muslim)

Isteri memegang pernan yg sngt penting dlm mebina keluarganya.. Untuk isteri yang berhasrat menjadi penyejuk hati dan mata suaminya. Semoga Allah memelihara, membimbing dan melindungi kita dalam naungan kasih sayang dan Rahmat-Nya untuk cintanya kepada? Allah SWT dan suami & anak2. Amin.


cite yg aku nk share tu mcm ni, skrng n mmng tak dinafikan mmng betul apa yg sering org perkatakan bila masa bercinta , mmng semuanya manis belaka… kentut yg ada bau pun boleh ckp tak pe syg wangi… ha3… cm ne ni… tp bila dh khwin mula la mcm2.. itu tak kena ini tak kena. Ini lah kdgkala silpanya kita.. aku cite ni sbg pengalaman aku la… dan dr ilmu2 yg aku dpt dr pengalaman org lain… So berbalik ke tajuk asal aku mcm mna kita nk buat org smkin sygkan kita..

Lelaki sngt inginkan perhatian tau , dia nk sngat ada org disamping dia yang memberi dia sokongan moral.. Agar kita menjadi kekutan bg mereka…so nk buat mcm tu kita kena la cuba tarik perhatian dan buat yg terbaik untuk mereka..

Xsemstinya kita ni cantik je baru nk boleh tarik perhatian lelaki. Kalau cantik itu hnya mcm skdar bonus tahunan je… yg penting cara kita nk tarik perhatian mereka.. kdg2 kita perlu nk beri kerlingan manja , menjeling tajam , sllu mengukir senyuman manis atau sesekali beri kucupan mesra padanya.

Sesekali juga kita perlu memangil nya dgn panggilan yg romantic dan manja… for the example la kan… " abg… I have something to tell u, i love u so much dear" ataupun sms kan " npe ye hari ni, rindu sngt, balik awal ye I have something special for u, love u , frm ur lovely wife

Tak pun sesekali puji dia.. sesekali je la jng banyk sngt nnti dia kembang lak… hehe " bertuahnya syg dpt suami yg handsome dan syg sygkan a bg tau… jng pndang yg lain… coz I love u so much… muahhh cyang abg.." so cium la dia. Kan terkejut dia kena cium ngee~~~~~

Masalahnya rmai dikalngan kwn2 wanita kita yg malu dan rsa mcm tak perlu buat semua tu.. sbb dia dh jd suami kamu pun.,. kamu dh jd isteri dia.,. anak pun dah berceretet… salah semua tu… jng seseklai buat mcm tu….

Tk dinafikan Setiap orang punya caranya yang tersendiri dalam mengungkap sayang...ada yang mengungkapkannya menggunakan lidah..dengan kata-kata yang indah..ada yang menzahirkanya dengan tindak tanduk atau tingkah laku..dan ada juga yang mengungkapkan sayang melalui doa yang tidak putus..

Namun ,janganlah kita menjadi seseorang yang terlalu kedekut dalam mengungkap sayang..dan janganlah pula kita mentafsir ungkapan sayang itu hanya sekadar dengan kata-kata.. kerna sayang itu juga bisa diungkap dengan tingkah laku.. terkadang mereka juga nak kita menunjukan yg kita mmng sygkan
mereka… ini Cuma salah satu acra juga kan untuk kita melakukan yg terbaik dalm rumahtangga yg kita sednag bina itu…

Ambil la berat mngenai kerja nya juga…. Walaupun hnya sekadr bertnya.. nk tolong kdgkala mungkin la tak megizinkan.. tp cubalah ambik berat.. tnya mcm mna kerja kat opis ari ni banyk tak , dpt bereskan semua.. so bg kata2 semangat pada dia…

kalau banyk lagi yg nk disiapkan esok, kita boleh ckp ng dia.. Its ok abg, esok insyallah pasti abg dpt siapkan… syg sentiasa mendokan untuk abg.. Kerja tu kan satu Ibadah.. dgn niat yg betul allah pasti membantu kita… kalau boleh tolong syg pun nk g tolong sipakan untuk abg… " contoh je la… huhu.. korang buat la ayt sendri jnji ayat tu merupakan kata-kata semnagat untuk dia berkerja dan untuk menghilangkan penatnya

berterimaksih kpd suami atas kebaikan dan keutamman yg suami dah buat untuk kita pamerkan lah senyuman manis di wajah kita insyallah psti menimbulkan kesan dihatinya sehingga ia terasa ringan beban dan masalah kerjanya …

Satu lagi aduhh .. dan banyak kali dengar tp ramai lagi perempuan yg suka buat mcm ni…

kalau suami balik keje tu sambut lah… dengn muka yg manis, dengn perwatakn yg menarik… dan mulut tu jng nak macam2.. umah kena kemas, org balik keje la.. penat tau… bila korang tak paham tu.. itulah yg membuatkan mereka rasa huh dah la balik penat kat umah mcm apa lagi… kan tak elok mcm tu… dh penat tengok pulak muka isteri comot tehn sipa bebel2 lagi.. mahu mcm nk angkat kaki.. tolong la ye kaum wanita jng kita buat mcm tu….

Percakapan kita… tolong la sngt wanita2 kurangkan bebelan anda… cuba lah untuk lebih Optimis dan berfikiran terbuka… If anda open minded suami pun akan lebih selesa untuk berbicara apa je dgn anda… Tp kalau suami baru ckp A , kamu dh ckp P mmng la… dalam hatinya sure kata tak boleh nk kongsi apa2 langsung… kita ckp lain, lain yg dia ckp atau anggap.. pemahaman itu penting dlm rumahtangga yg bahagia… if pasangan faham kita , kita faham dia insyallah tak de masalah…

Ada lagi perempuan yg malu dgn suami sendiri, malu dgn tubuh badan yang mereka miliki dan merasakan mereka tidak hebat tidak bagus tidak cantik dan mcm2 tidak lagi la… nk list tak terlist nnti.. hehe.. mngada betul…

Kenapa kamu perlu malu dgn suami- kan dah suami isteri, suatu hubungan yg halal, so bila kat bilik tidur tu tolonglah… jng la biarkan bilik berantakan… siapkan tempat tidur yg kemas dan teratur… kita lak mestila juga kemas dan cantik… cantik means bagaimana untuk kita kelihatan cantik dan selesa dimata suami… sesekali tak salh jika kita berpakian seksi dihadapan nya… ini tak ada bila nk tidur je dgn muka penuh bedak sejuk.. ng kusut msai rambut tak terurus… dgn bau badan yg mndi petang td… Jng la mcm tu xelok semua tu tau.. mmng nmpk je remeh tp sbb tu juga la nnti suami mcm tak berapa nk interested dgn kita. Tk salah jika sesekali kita berpakian seksi untuk suami… pada org lain nk sngt tunjuk dia seksi kat umah dh ng kelawar tu je… bila nk tidur tu pakai kan sikit minyak wangi… biar wangian itu yg menyegarkan dan yg akan membuatkan tidur kita nyaman… ermmm mcm tu baru la ada keselesaan . Kan kan….

Seorang isteri yang solehah, ia akan bersabar dengan kekurangan yang ada pada suaminya dan sabar dengan kesulitan hidup bersama suaminya. Tidaklah ia mudah berkeluh kesah di hadapan suaminya atau mengeluhkan suaminya kepada orang lain, menceritakan aib/ cacat dan kekurangan suami. Bagaimana pun kekurangan suaminya dan kesempitan hidup bersamanya, kita tetap prlu bersyukur d smping kekurangan dan kesempitan tersebut, kerana Allah swt memilihkan lelaki itu sebagai pendamping hidup kita.

Dalam hubungan suami isteri ataupun saat bcinta, kita harus sentiasa myemarakkan cinta di hati masing2. Agar ia terus mekar & wangi selamanya. Ia juga perlu untuk membuat yg trebaik agar rumahtangga kita aman dan bahagia..

Antara yg lain yg mungkin dpt mmbantu kita

1. Tunjukan minat kita terhadap perkara-perkara yang dilakukannya sbg tanda sokongan (walaupun kamu sendiri berasa bosan dengan apa yang dilakukannya).

2. Jangan saling berbohong ataupun menyimpan rahsia yang berkaitan dengan si dia. Kejujuran penting dalam sesebuah perhubungan.

3. Lakukan perkara yang berbeza setiap kali keluar bersama bagi membangkitkan kelainan dalam perhubungan, apapun perlulah sehati sejiwa.

4. Hindari dari melontarkan kata-kata yang menyakitkan hati si dia .

5. Ingatkan kelebihan si dia yang membuatkan kamu jatuh cinta terhadapnya.

6. Luangkan banyak masa untuk bersama si dia agar rasa cinta ini lebih dihargai.

7. Jangan memperbesarkan masalah ataupun memanjangkan pertengkaran kerana ia boleh menggugat perhubungan.

8. Jangan cuba untuk mengongkong atau pun menyimpan perasaan cemburu yang membukit kerana ia akan membuatkan hati si dia sakit.

9. Jangan berpura-pura tidak mempercayainya atau pun menguji setebal mana cinta si dia terhadap kamu.

10. Jangan membanding si dia dengan jejaka/gadis lain terutamanya bekas kekasih kamu.

Aku wanita , Si tulang bengkok
Yang KAU gubah dengan kekuatan perasaan
Mengatasi panjangnya akal fikiran, sebagai fitrah dan anugerah
Hasil doa seorang lelaki

Namun Ya Allah , Biarlah kejadianku memberi guna, bengkok yang ada manfaatnya.

Kiranya daku menjadi seorang isteri, Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami, seorang mujahid ,
Pengembang perjuangan disayap kiri
Diadun dengan kelembutan,

Menjadi teman sejati, sahabat setia, penyejuk mata, pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Saidatina Khadijah, Ketenangan baginda Rasulullah, utusan Allah.

Bebas jiwa dari belenggu keperempuanan, Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi ,

Setulus Siti fatimah yang seringkali ditinggalkan suami, Saidina Ali
Dihantar pemergiannya tanpa bertanya "Bila kan pulang?"
Disambut kepulangannya dengan penuh khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan,

Rumahtangga adalah syurga
Wadah suburnya CINTA ketuhanan,

Akal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlega dicelahan periuk belanga
Di sebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam di alam sejagat
Menjadi pentadbir di sebalik tabir!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 Aksi anda:

Wan said...

wow!!! post yang sangat bagus.

Macam ini la lelaki nak perempuan yang memahami...

Salam kenal yang berpanjangan dari saya


Cinta itu Ujian


♥ .. Perasaan cinta yang lahir terhadap seseorang bukanlah tanda kita akan memilikinya. Namun kekadang ia muncul sebagai ujian dariNya buat kita,kerana DIA ingin melihat bagaimana kita memelihara, mengawal dan mengurusnya. Perasaan cinta itu amanah, dan amanah pasti akan dihisab oleh Allah.. sama2 menjagalah hati, insyaAllah♥ .. (✿◠‿◠)



Popular Posts

My Followers