Anak Adalah Amanah
Salam Pagi Jumaat jalan2 pagi
singgah kat Blog Suzana Ghazali salah seorang Perunding Psikologi
Keluarga dan Guaman Syarie ...
Jom Baca ni....
Hadis Rasulullah SAW:
“Setiap anak itu dilahirkan dalam
keadaan fitrah (suci). Kedua ibu bapanyalah yang membuatnya menjadi seorang
Yahudi, seorang Nasrani maupun seorang Majusi.” – riwayat Bukhari dan Muslim.
Pilihan di tangan kita untuk
mencorakkan mereka...
Jika anak hidup dalam
kesabaran, dia belajar jadi penyabar.
Jika anak hidup dalam pujian, dia
belajar menghargai.
Jika anak hidup dalam penerimaan,
dia belajar untuk menyayangi.
Jika anak hidup dalam persetujuan,
dia belajar menyayangi diri.
Jika anak hidup dalam galakan, dia
belajar jadi yakin.
Jika anak hidup dengan ilmu, dia
belajar memahami pesekitaran.
Jika anak hidup dalam pengiktirafan,
dia belajar membina matlamat hidup.
Jika anak hidup dengan kata-kata
yang baik, dia belajar berfikir dengan baik.
Jika anak hidup dengan kemahiran,
dia belajar berdikari.
Jika anak hidup dengan adab, dia
belajar sopan santun.
Jika anak hidup dengan keyakinan,
dia belajar membina jati diri.
Jika anak hidup dengan penghargaan,
dia belajar membina maruah diri.
Jika anak hidup dengan kebersihan,
dia belajar peka terhadap penyakit.
Jika anak hidup dengan kejayaan, dia
belajar erti kebenaran.
Jika anak hidup dalam keselamatan,
dia yakin pada diri dan orang lain.
Jika anak hidup dalam kemesraan, dia
belajar dunia tempat memberangsangkan.
Jika anak hidup dengan doa, dia
belajar apa erti hidup sebenarnya.
Jika anak hidup dengan al-Quran, dia
belajar mengenali Tuhan.
Jika anak faham Al-Quran dan Hadis,
dia faham apa itu akhirat.
Jika anak hidup dalam kritikan, dia
belajar menyalahkan orang lain.
Jika anak hidup dalam kekerasan, dia
belajar melawan.
Jika anak hidup dalam caci maki, dia
belajar jadi pembenci.
Jika anak hidup dalam iri hati, dia
akan belajar salahkan orang lain.
Jika anak hidup dalam menderita, dia
akan belajar putus asa.
Jika anak hidup dengan hukuman, dia
akan jadi pendendam.
Jika anak hidup dalam penghinaan,
dia akan membina maruah diri yang rendah
Jika anak hidup dengan sumpahan, dia
hanya faham maksud kegagalan.
Jika anak hidup dengan air mata, dia
belajar dunia hanya ada derita...."
Ya Allah!! Jadikan hamba-Mu ini anak
yg soleh dan solehah buat kedua ibu bapa kami dan jadikan anak2 kami hamba-Mu
yg soleh dan solehah, penyejuk hati dan pembantu kami di akhirat nanti,
amiiinn!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Cinta itu Ujian
♥ .. Perasaan cinta yang lahir terhadap seseorang bukanlah tanda kita akan memilikinya. Namun kekadang ia muncul sebagai ujian dariNya buat kita,kerana DIA ingin melihat bagaimana kita memelihara, mengawal dan mengurusnya. Perasaan cinta itu amanah, dan amanah pasti akan dihisab oleh Allah.. sama2 menjagalah hati, insyaAllah♥ .. (✿◠‿◠)
Popular Posts
-
1. Ayaq - air 2. Awat - kenapa/apa 3. a ...
-
Arini nak share supplement tambahan yang aku makan semasa preggy ni. Actually aku pun baru tahu ja. Start ambik Neurogain ni pun mas...
-
Bagi manusia normal - perasaan sedih mudah menyebabkan emosi menjadi sayu. dan kadangkala tersangat2 sayu..... hingga terasa sebak didada......
0 Aksi anda:
Post a Comment