Sifat Wanita Perangkap Lelaki
Bagi wanita yang ingin suami or boyfriend tetap setia
bersama anda ikutilah petua ini. Harap ia dapat membantu kebahagiaan anda.
~Bentuk
tubuh yang menarik. Susuk tubuh hebat sememangnya menjadi dambaan lelaki. Bagi
wanita yang secara semulajadi mempunyai susuk tubuh persis model, peliharalah
ia supaya kekal hingga bila-bila. Bagi mereka yang terlebih montok pula,
lakukan sesuatu agar susuk tubuh kembali langsing. Lelaki suka golongan wanita
yang berusaha untuk tampil cantik di hadapan mereka~
~Selain
bentuk tubuh, aset lain yang mampu menggegarkan hati lelaki ialah mata,
punggung dan langkah yang kemas. Jangan pelik jika ada lelaki yang jatuh cinta
kepada anda hanya kerana anda mempunyai jari yang runcing dan kuku yang bersih.
Ini kerana selera setiap individu itu berbeza di antara satu sama lain~
~Sentiasa
tersenyum apabila berbicara. Cuma jangan keterlaluan kerana nanti si dia fikir
anda 'tidak sihat' pula. Bagi mereka yang mempunyai pendidikan yang lebih
tinggi daripada teman lelaki atau suami, jangan pula menunjuk-nunjuk kerana
lelaki sangat gemarkan wanita yang merendah diri dan tahu menghormati orang
lain~
~Lemah
lembut. Sifat ini cukup untuk mencairkan hati lelaki. Tapi awas, lelaki tidak
suka wanita yang mengada-ngada atau menunjukkan sikap manja yang berlebihan~
~Jujurlah
dengan teman lelaki atau suami anda. Si dia pasti akan menghargai anda kerana
lelaki sangat suka dengan wanita yang jujur atau tidak menipu~
~Penampilan
yang sederhana. Jangan keterlaluan apabila bersolek kerana kebanyakan lelaki
sukakan wanita yang mempunyai kecantikan semulajadi. Paling penting, anda perlu
tahu bahawa kecantikan itu sangat subjektif. Lakukan apa yang dia suka dan
elakkan perkara yang tidak digemarinya~
~
Jangan perasan walaupun anda sememangnya mempunyai paras wajah yang cantik.
Kalau ada orang lain yang memuji anda cantik, cukup dengan sekadar tersenyum.
Si dia pasti bangga dengan sikapmu itu~
~Bermanjalah
dengan si dia apabila si dia memerlukan anda bersikap sedemikian. Selalunya
apabila berada di dalam situasi yang romantik, lelaki juga suka bermanja atau
dimanjakan. Ketika ini anda bolehlah menunjukkan kemahiran 'manja' yang anda
miliki~
~
Bijak menyesuaikan diri di dalam apa jua situasi terutama apabila berada di
hadapan khalayak ramai atau di majlis-majlis rasmi. Pasti si dia tersenyum
bangga melihat personalitimu itu~
~
Jangan bercakap perkara yang remeh-temeh kepada si dia. Cakaplah perkara yang
penting sahaja kerana perkara remeh-temeh yang anda sampaikan itu hanya akan
membuatkan si dia bosan dengan sikapmu. Lebih membuatkan si dia menyampah jika
anda suka bercerita tentang perkara yang melibatkan orang lain atau lebih tepat
suka mengumpat~
~
Matang apabila bersama dengannya. Lelaki tidak gemar dengan wanita yang terlalu
keanak-anakan. Apatah lagi kalau anda sememangnya sudah berusia~
~
Jangan sekali-kali membandingkan si dia dengan rakan lelaki yang lain. Perkara
itu hanya akan membuatkannya marah atau lebih teruk, si dia tidak akan berasa
selesa bila bersama dengan anda lagi~
~Jadilah
peneman si dia sama ada di waktu senang atau susah. Wanita sebegini selalunya
akan menjadi sumber inspirasi atau kekuatannya apabila berhadapan dengan
sesuatu masalah~
~Jadilah
pendengar yang setia. Jangan sekali-kali memotong percakapannya apabila si dia
sedang bercakap. Lelaki tidak suka wanita yang terlalu banyak bercakap tetapi
tidak tahu mendengar apabila orang lain berbicara~
~Pandai
membelai. Walaupun lelaki sinonim dengan sifat kasar, namun pada waktu tertentu
mereka sangat suka apabila dibelai oleh insan yang paling dicintai~
~
Jangan terlalu suka meminta-minta, merengek atau mendesak-desak kepada lelaki.
Lelaki tidak gemar wanita terlalu berkuasa di dalam sesebuah perhubungan. Jika
anda sangat memerlukan sesuatu perkara, mintalah secara baik kerana lelaki
selalunya mudah untuk bertolak-ansur dalam pelbagai perkara~
~
Sentiasa menunjukkan sikap prihatin terhadap teman lelaki atau suami. Apa
salahnya sesekali anda menghubunginya untuk mengucapkan selamat pagi atau
selamat makan tengahari kepadanya. Walaupun nampak kecil, tetapi apa yang anda
lakukan memberikan impak yang cukup besar terhadap teman lelaki atau suami
anda~
~
Belajar berdikari dan jangan terlalu bergantung harap pada si dia. Selalunya
lelaki tidak suka melakukan perkara yang remeh kerana banyak lagi perkara lain
yang lebih penting perlu mereka fikirkan. Apa salahnya anda pergi ke pasar atau
membayar bil seorang diri~
~Tunjukkan
kepadanya bahawa anda mempunyai prinsip hidup yang jelas. Jangan sekali-kali
membiarkan lelaki mempermainkan anda. Lelaki selalunya lebih menghormati
golongan wanita yang sebegini~
~
Berterus-teranglah dengan teman lelaki atau suami anda. Jangan sekali-kali
menyorokkan kebenaran daripada mereka walaupun sesetengah kebenaran itu
sememangnya pahit untuk ditelan~
~
Berikan sedikit kebebasan kepada si dia. Adakalanya lelaki juga mahu
menghabiskan masa mereka bersama teman-teman mereka yang lain. Kalau anda boleh
melakukannya, pasti si dia tidak teragak-agak untuk terus bersama anda~
~
Belajar menghormatinya. Selain dirinya, anda juga perlu bijak menjaga hati ahli
keluarga serta teman-teman rapatnya. Jika ahli keluarga serta teman-temannya
menyukai anda, itu merupakan satu petanda bahawa perhubungan anda akan
berkekalan sampai bila-bila~
~
Jangan tunjukkan diri anda seperti seorang individu yang terlalu sempurna. Anda
perlu terima hakikat bahawa di dalam dunia ini tiada seorang pun yang sempurna.
Lelaki juga selalunya suka kepada wanita yang berani mengakui kelemahan dan
kesilapan diri. Itu menunjukkan wanita tersebut sangat realistik dengan apa
sahaja yang dilakukannya~
~
Belajarlah memasak. Apa gunanya anda menjadi seorang wanita sekiranya anda
tidak pandai memasak. Tidak perlu memasak masakan yang terlalu rumit, cukuplah
jika si dia mampu menelan masakan anda. Apa yang penting anda menunjukkan minat
untuk belajar memasak masakan kegemarannya. Pasti si dia berbangga dengan usaha
anda itu~
~
Berpendidikan. Anda tidak semestinya perlu mempunyai segulung ijazah daripada
mana-mana universiti. Tetapi tonjolkan sikap individu yang mempunyai etika serta
sikap yang menyenangkan apabila anda bersama si dia. paling penting sentiasa
bertindak rasional dan berfikiran positif apabila anda mengalami sebarang
masalah~
sumber : gua.com.my
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Cinta itu Ujian
♥ .. Perasaan cinta yang lahir terhadap seseorang bukanlah tanda kita akan memilikinya. Namun kekadang ia muncul sebagai ujian dariNya buat kita,kerana DIA ingin melihat bagaimana kita memelihara, mengawal dan mengurusnya. Perasaan cinta itu amanah, dan amanah pasti akan dihisab oleh Allah.. sama2 menjagalah hati, insyaAllah♥ .. (✿◠‿◠)
Popular Posts
-
1. Ayaq - air 2. Awat - kenapa/apa 3. a ...
-
Arini nak share supplement tambahan yang aku makan semasa preggy ni. Actually aku pun baru tahu ja. Start ambik Neurogain ni pun mas...
-
Bagi manusia normal - perasaan sedih mudah menyebabkan emosi menjadi sayu. dan kadangkala tersangat2 sayu..... hingga terasa sebak didada......
0 Aksi anda:
Post a Comment