Jodoh
10/10/2011 10:52:00 AM |
Labels: keluarga, cinta , kesihatan , agama,
Jodoh
“Jodoh itu urusan Allah. Sudah dicatat
sejak azali lagi. Tetapi prinsipnya tetap satu dan satu itulah yang
wajib kita fahami. Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik. Cuma
sekali-sekala sahaja Allah menguji orang yang baik mendapat pasangan
hidup yang jahat seperti Nabi Lut mendapat isteri yang jahat dan Asiyah
yang bersuamikan Firaun laknatullah.”
“Jika takdirnya pahit untuk kita,
terimalah sebagai ubat. Katalah, kita sudah berusaha menjadi orang yang
baik dan kita telah pun bernikah dengan pilihan orang yang baik, tetapi
jika takdirnya pasangan kita bermasalah… bersabarlah. Katakan pada
diri bahawa itulah jalan yang ditentukan oleh Allah untuk kita mendapat
syurga. Maka rebutlah pahala sabar dan redha seperti Nabi Lut dan Nabi
Ayyub atau kesabaran seorang isteri bernama Siti Asiah.”
ikutlah syariat, pasti selamat. Islam itu
sejahtera. Tidak ada kebahagiaan tanpanya.
Ya, kesalahan dan kesilapan boleh
berlaku - ada ampun, maaf dan taubat di situ. Namun mukmin sebenar
tidak akan jatuh dalam lubang yang sama dua kali. Cukup hanya sekali…
pertama, kerana kejahilan. Maka belajarlah. Kalau kedua, itu kerana
kedegilan. Hubaya-hubaya, kekadang harga yang ditagih untuk
‘membetulkannya’ terlalu pedih dan menyakitkan.
Belajarlah melakukan yang benar
dan betul buat pertama kali. Itu yang terbaik. Tetapi jika tidak,
cubalah membetulkannya buat kali kedua, ketiga dan seterusnya. Jangan
jemu untuk cuba melakukan yang terbaik, kerana kata bijak pandai:
Kebaikan itu perlu dimulakan berkali-kali!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Cinta itu Ujian
♥ .. Perasaan cinta yang lahir terhadap seseorang bukanlah tanda kita akan memilikinya. Namun kekadang ia muncul sebagai ujian dariNya buat kita,kerana DIA ingin melihat bagaimana kita memelihara, mengawal dan mengurusnya. Perasaan cinta itu amanah, dan amanah pasti akan dihisab oleh Allah.. sama2 menjagalah hati, insyaAllah♥ .. (✿◠‿◠)
Popular Posts
-
1. Ayaq - air 2. Awat - kenapa/apa 3. a ...
-
Arini nak share supplement tambahan yang aku makan semasa preggy ni. Actually aku pun baru tahu ja. Start ambik Neurogain ni pun mas...
-
Bagi manusia normal - perasaan sedih mudah menyebabkan emosi menjadi sayu. dan kadangkala tersangat2 sayu..... hingga terasa sebak didada......
0 Aksi anda:
Post a Comment