sebagai seorang manusia, kita harus sedar akan satu hakikat bahawa segala yang kita punya hanyalah pinjaman semata. Boleh jd kita memilikinya bertahun lamanaya namun bila tiba pada suatu ketika di mana pinjaman itu ditarik kembali, kita harus pasrah dan redha..
Adakala kehilangan itu bersifat sementara. Sebagai peringatan barangkali dan kemudian ia dikembalikan semula kepada kita.
Tapi, agak menyakitkan hati bila yang telah kembali itu, hilang semula..
Tentu setiap yang berlaku punya hikmah yang tak dpt dilihat oleh kita. mana tahu tuhan mahu kurniakan sesuatu yang lebih baik lagi..
Hanya KESABARAN, KETABAHAN dan KEGIGIHAN yg mampu
membawa keluar dr kegelapan menuju kepada cahaya
bermohonlah kepada Nya ,
Ya Allah, gantikanlah kepedihan ini dgn kesenangan hati, jadikan kesedihan itu awal kebahagian, anugerahkan aku jiwa yg damai berserta hati yang tenteram.. bimbinglah aku yang dlm pencarian ini kpd cahaya-MU, demi untuk aku mendapt hidayah-MU! ♥♥
0 Aksi anda:
Post a Comment