RSS

Petua Pengasih Rumahtangga


1. PANDAI MEMIKAT HATI – Di sini bukanlah bermakna menggunakan kepintaran dan kebijaksanaan semata-mata. Masing-masing perlulah mencari jalan supaya pasangan berasakan dirinya benar-benar disayangi dan dicintai.Ucapkanlah kata-kata yang lemah-lembut dan menyenangkan diiringi senyuman yang menggambarkan kasih sayang dan kemesraan yg tak berbelah-bagi. Lakukanlah sesuatu kerja dengan ikhlas dan jujur kerana dengan itu akan menimbulkan kasih sayang yang abadi di antara suami dan isteri.

2. PANDAI MENYESUAIKAN DIRI – Menyesuaikan diri dalam sebuah rumahtangga adalah merupakan suatu usaha yang penting. Suami isteri perlulah memahami pasangan dan hendaklah sedaya-upaya menutup kekurangan pasangan masing-masing. Sikap bertolak-ansur dalam menerima kelemahan pasangan adalah suatu pengorbanan yang besar kerana setiap manusia pasti ada kelemahannya. Namun suami isteri perlulah cuba membaiki diri dengan kerelaan dan kesedaran.

3. SALING HORMAT-MENGHORMATI – Suami isteri perlulah saling hormat-menghormati , menjaga maruah dan peribadi masing-masing. Kritik-mengkritik atau keji-mengeji adalah racun berbisa dalam rumahtangga dan boleh menyebabkan perceraian.Jika ingin menasihati, gunakanlah kata-kata yang lemah-lembut yang tidak mengecilkan hati dan perasaan. Dalam hidup berumahtangga, suami isteri perlulah menghargai segala usaha dan jasa yang dicurahkan kepada mereka. Janganlah memandang sepi segala usaha dan pemberian yang telah kita nikmati. Isteri janganlah suka melahirkan perasaan tidak puas hati diatas kehendak dan permintaan yang tak dapat ditunaikan suami. Mintalah sesuatu yang mampu diberikan suami dan bukanlah sesuatu yang diluar kemampuannya. Segala yang diberi, perlulah dihargai walaupun pemberiannya kecil sekalipun.

4. CINTA-MENCINTAI – Setiap manusia dikurniakan perasaan semulajadi iaitu perasaan cinta dan kasih sayang. Cinta merupakan pakaian hidup. Suami isteri mestilah berusaha mencari jalan untuk memupuk dan memperbaharui cinta supaya rumahtangga sentiasa dalam keadaan bahagia, aman dan ceria. Cinta hipokrit atau cinta palsu tidak akan membahagiakan jiwa, sebaliknya memusnahkan. Hanya cinta suci adalah cinta yang abadi. Oleh itu, janganlah kita berpura-pura mencintai seseorang kerana itu ibarat kita bermain dengan api.

5. BERTIMBANG-RASA – Sikap bertimbang-rasa perlulah disemai agar kemesraan terjalin. Ia memupuk perasaan kasih dan sayang di antara suami isteri kerana dengan bertimbang rasa perbalahan dan rasa tidak puas hati dapat dielakkan. Sekiranya isteri penat, suami perlulah membantu isteri melaksanakan tugas di rumah. Begitu juga dengan isteri, janganlah memaksa suami menurut segala kehendaknya tanpa bertimbang-rasa.

6. BERMUKA MANIS – Mengiringi suami ke pintu rumah serta mengucup mesra ketika suami keluar kerja dan menunggu suami pulang kerja dengan wajah manis merupakan suatu penghargaan terhadap suami. Hati suami akan sentiasa riang dan bertambah sayang. Kesopanan yang ditunjukkan pula akan mengeratkan kasih sayang .  Perkara kecil yang menjadi punca perbalahan janganlah diperbesarkan Lupakanlah segala perkara yang remeh-temeh dengan menanam sikap pemaaf.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dia Pergi Meninggalkan Kami Semua



Jumaat pagi aku menelefon ambulans untuk membawa ayah ke hospital kerana melihat keadaan ayah yg semakin lemah… di Unit Kecemasan doctor mula membuat rawatan, doctor mengsyaki ayah terkena cellulites, sedihnya lihat keadaan ayah hanya allah yg mengtahuinya… ayah dimasukan di wad 3A hospital sultanah bahiyah… ptg tu juga aku balik ke rumah dan mengambil pakaian emak, aku dan anak.. menetap la kami di hospital..

Sepanjang ayah di masukan di hospital , emak , aku , anak ku afiq , adik ku siti, adik ku diana dan anaknya ali menumpang dirumah kakak ipar aku yg tinggal didalam kuartes hospital.. aku membiarkan adiku siti menjaga anak ku afiq dan ali manakala aku dan Diana menjaga ayah di hospital. Sepanjang di sana emak tak pernah berengang dgn ayah.. Cuma disebelah malam kami meminta emak agar balik tidur dirumah abg dan kakak iparku, hal ini bukan apa keadaan kesihatan emak juga sebenranya tidaklah memuaskan namun kerana kasih Isteri kepada Suami, setianya isteri disisi menemani… jam 10 dan kdg2 11 mlm baru emak pulang ke rumah mereka dan seawal 5 dan 6 pagi emak dah dtg semula ke hospital..

6 tahun ayah strok separuh badan namun ini lah kali pertama ayah sakit tenat… emak sentiasa menjaga ayah penuh dgn tanggunjawab dan kasih sayang.. melihat tabahnya emak mengharungi keadaan ini dgn keadaan dirinya yg juga menghidap penyakit yang bermacam2 amatlah menjadi ikhtibar kepada kami… bertapa kasihnya emak kpd ayah.. begitu jugalah kasih kami semua kepada ayah dan emak… setelah doctor menjalankan rawatan kpd ayah , doc mengesahkan kpd kami yg ayah strok ayah menyerangnya lagi.,.. untuk mengesahkan doc meminta ahli keluarga member kebenaran untuk membuat CT Brain, aku pun menandatangani surat kebenaran dan ayah dibawa pergi ke bilik rawatan scan itu…

Ptg sabtu tu aku nk balik umah jap ambik brg.. otw nk balik adik aku call doc bg tau kptusan ct brain tu.. mmng sah yg kena strok balas.. luluhnya hati sedih tak terkata mengenangkan keadaan ayh… aku menangis teresak2 sambil membawa kereta… sesampainya dirumah terus aku menagis kpd kakak2 ku… aku mnceritakan kpd mereka yg keadaan ayah.. dan dgn berat hati aku memberitahu keadaan ayah dlm kategori tenat.. doc memberitahu kami sama ada mahu mencuba untuk merawat ayah dgn beberapa cara sprt memasang tiup untuk mmbnatu ayah bernafas atau adalah lagi cara yg boleh membantu… namun semua cara2 tu hnya menyakitkan ayah lagi nanti…


Kakak2 ku meminta aku bersabar dan redha dgn ketentuan yg Allah dh tentukan kpd kita semua... Apa pun yg berlaku kita semua kena redha , tegas kakak ku memberitahu walupun mmng perit untuk ditelan. Apa yg penting kita sentiasa mendoakan yg terbaik untuk ayah dan apa yg berlaku kita kena terima dgn hati yg ikhlas.
huhu... sedihnya hati aku... -dlm hati tak terbendung segala kesedihan yg ada.. "Ya allah selamtkan lah ayah, sembuhkan lah dia" air mata jatuh mencurah2... kesedihan yg tk dpt digmbrkan lagi... aku amat sygkan ayh.. aku tak nk lihat ayah dlm keadaan mcm ni.. ermmm

Doc meminta kami berbincang dan akhirnya kami sepakat meminta doc membantu ayah dgn cara apa sekalipun tapi bukan dgn rawatan yg boleh menyakitkan ayh… dan akhirya ayah dibantu dgn bantuan oksigen dan alat menguatkan degupan jantung.. Memng harapan ayah tipis kecuali dgn keajaiban dari allah.. kakak2 ku mula menelepon kpd anak2 ayah yg lain dan juga kpd saudara mara memaklumkan keadaan ayah … semuanya balik berkumpul dan dtg menziarahi ayah… masing2 semua berada disekitar sini kerana bimbang sesuatu berlaku kpd ayah…

Setiap hari 24jam kami memasang bacaan al quran unt diperdengarkan kpd ayah.. dan kami semua juga membaca yasin disamping ayah dan sentiasa membisikan kalimah seperti LAAILAAHAILLALLAH, ALLAH, ASHADUALLAH ILLAHA ILALLOH,WA ASHADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLOH... emak, anak2 semua mendoakan / membuat solat hajat memohon kesembuhan diberi kpd ayah memohon agar Allah mengurangkan kesakitan yg ayah alami dan memudahkan segala urusan yg diberikan kepda nya.

Melihat raut wajah ayah sengguh sayu sekali… aku amat ridukan ayah untuk membuka matanya, bercakap dan memanggil aku… dulu sebelum ayah sakit tenat dirumah ayah selalu memnggil nama aku.. emak ckp kadang2 sampai 10 kali , kadang2 lebih ayah asyik panggil nama aku.. puas emak ckp aku g keje , nnti ptg baru balik… ermmm… ayah…. I miss u so much…. buka lah mata untuk melihat anakmu ini...




Sepanjang ayah strok dulu pun ayah tak pernah lupa unt melakukan ibadat..masa mula2 strok dulu walaupun banyak bacaan yang ayah lupa namun ayah tetap mlakukan solat.. semakin lama apabila ayah semakin tak ingat lagi dan tak tahu bagaimana nk melakukannya namun ayah tetap beristifar dan membaca beberapa ayah2 lazim yg masih boleh dihaflnya.. kami juga ada meminta ayh membaca ayat2 lazim yg masih ayah ingat dan membantunya sedikit2.. kuatnya semangat ayah..
Dulu walau ayh strok namun ayah tak lembik.. ayah kuat dan tabah… ayah tak baring still dpt bagun dan mengesot dilantai.. bila ada kenduri , kami sentiasa membawa ayah pergi ke majlis kenduri.. walaupun terpaksa bawa kerusi roda dan mengangkat ayah… namun tak pa janji ayah suka.. sbb dulu masa ayah sihat ayah suka pergi berjalan-jalan.. kdgkala aku bawa ayah gi rumah kakak2 aku.. gi makan then balik… ermmmm… kalau rawatan ayah ke hospital emak akan minta doc buat appointment pada ahari ahad sbb mudah , hari ahad hari aku bercuti jadi aku boleh bawa ayah g buat check up…

Bila time aku cuti , aku mandikan ayah.. dan letakkan nya di kerusi… nnti lama sikit tnya ayah.. " ayah nk kencing tak.. kalau nk cepat2 ambil bekas ayah kencing unt mudahkan dia buang air kecik.. cucu2 yg kecik pun pnadai.. bila ckp tok wan nk kencing semua dah tahu g ambik bekas n beri kpd tok wan diorang… bila kerusi roda rosak kami adik beradik kumpul duit sma2 and belikan ayah kerusi baru,… rindunya saat2 tu.. walaupun agak rumit untuk melakukannya.. namun kami semua bahagia… dan saling membantu untuk ayah dan emak..

Setelah 5 hari ayah dimasukan di Hospital Sultanah Bahiyah , Alor Setar, Kedah akhirnya ayah yg paling ku syg pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya pada 2.3.2011 jam 11 pagi . Pilunya hati aku tak terkata lagi.. sebak mengenangkan ayah sudah tiada.. sbb kematian yg disahkan "sepsis secondary urosepsis & left ankle cellulitis"
terkilan juga hati sbb sewaktu ayah menghembuskan nafas je aku tak ada disisi nya . dari hari 1st ayah di hospital cuma masa hari last tu je baru aku ke pejabat sbntr atas sedikit urusan, walhal sebelum tu aku tak de g mana2 langsung..
last aku jumpa ayh kul 6pg 2hb , aku ucapkan ke telinga ayah "ayah, nk balik mandikan anak jap nk hantr dia g sekolah, lps tu nk masuk opis sat, nnti orng dtg balik ya, ayah ingat Allah sellalu ye, LAAILAAHAILLALLAH, ALLAH, ALLAH, ALLAH... " lalu aku mencium dahi ayah dan berlalu pergi....

masa di opis dpt call dr kakak yg memberitahu ayah makin tenat.. terus aku tutup laptop mcm tu je tnpa shutdown... tetiba dpt call lg bg tau ayh dah tak ada... xterbendung lg air mata ini. "Inna lillah wa inna ilaihi raji'oon..........................."
mereka berpesan agar aku redha dan terima apa yg berlaku... "bersyukurlah sbb dpt menjaga/berkhidmat kpd ayah sewaktu dia masih ada, lagipun dari hari jumaat ayah dimsukkan ke hospital aku pun setia menunggu dan menjaga ayah di hospital. Terima lah apa yg berlaku dgn hati yg ikhlas...
tp aku nk jaga ayah lagi.... tak kan pernah puas untuk menjaga dan berkhidmat kpd ibubapa... huhu... ayah.... :((

Mungkin sudah smpai masanya untuk Ayah kembali kpd Nya. Mungkin Allah tk nk beri kesakitan yg teruk kepada ayah. Jadi Allah mengambil nyawa nya. Allah lebih menyanyaginya.. Jadi kami semua harus redha dgn apa yg berlaku…

Ya Allah Ya Tuhanku, cucurilah rahmat dan kasihilah kepada ayahku seperti dia menjagaku, mengasihi dan menyayangiku sewaktu aku kecil hingga dewasa, Ya Allah kau ampunkan dosa2 ayahku.. KU memohon kepadamu dgn sepnuh dan seikhlas hatiku Ya Allah, jangan kau siksa ayahku.. Jadikan lah doa aku ini doa anak yg solehah Ya Allah, doa yang diperkenan oleh Mu.. Ya Allah, permudahkan segala urusan ayah di alam sana. Semoga Allah menempatkan ayah bersama orang2 yg soleh.. Amin...amin amin... ya rabala'lamin
Al Fatihah hadiah buat arwah Ayahanda Tercinta...... amin.


Rasulullah S.A.W bersabda Segala sesuatu yang terjadi pada manusia pasti ada hikmahnya. Seorang muslim yang sabar dalam menghadapi penyakit maka baginya pahala kebaikan.

Tidak ada orang yang ingin ditimpa penyakit. Meskipun demikian ternyata ada maksud tertentu dari Allah atas penyakit yang diderita hamba-Nya.

Ibadat yang dilakukan ketika sakit walaupun tidak sesempurna amalan orang sihat sebenarnya setaraf dengan amalan orang sihat. Malah, jika dilakukan dengan sesabar mungkin akan menatijahkan ganjaran pahala yang lebih besar di sisi Allah berbanding ibadat yang dilakukan oleh orang yang sihat

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Semoga Allah Melindugi Ku


sakit nye hati bila dapat tahu org menggunakan nama dan memberikan no tel kita untuk tujuan apa2 ntah….. sapa la yg buat khianat kat aku ni.

Mmng terkejut sngt tetiba dpt call n sms dr dua tiga no yg tak dikenali dgn mengatakan yg mereka telah berkenalan dgn aku di ruangan chating Alamak .

Untuk pengetahuan , aku tak de join pun laman tu. Ni pun 1st time aku dengar… ermmmmmm

Apa lah nk jadi dgn org2 mcm ni. Agaknya luamayan ke habuan yg diterima bila berbuat begitu.. Walahal menambahkan dosa je…

Ya allah, migrin kepala aku dgn hal2 yg ntah apa2 ni…

Sudah la dlm kepala ni pun bnyk bende aku nk kena fikir… dari hari ke sehari ada je dugaan dan cabaran kepada aku… Tidur ku pulak tak boleh nk lena, ada je mcm2 ganguan.. Soal tidur ni dh mcm jadi penyakit pula kepada Aku… tp bila dh boleh tidur mimpi pulak yang bukan2… kenapa la agaknya…??? Migrin semakin bertambah je ni.. kepala pun rasa berat sngt… mata seolah2 nk terpejam….

Astagfirulllahalazim ….. Ya allah , kau kuatakan lah iman ku dan berikan la aku lebih ketabahan untuk melalui semua ini….


Ya Allah! Tuhan tujuh langit, Tuhan Arasy yang agung. Jadilah Engkau pelindung bagiku daripada org2 yg berniat tidak baik ke atas diri ku dan keluargaku, dan para sekutunya dari kalangan makhluk-Mu. Jangan ada seorang jua daripada mereka yang menyakitiku atau melampaui batas terhadapku. Sungguh kuat perlindungan-Mu dan sungguh agung puji-pujian-Mu, tidak ada tuhan kecuali Engkau." Amin…

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS


Cinta itu Ujian


♥ .. Perasaan cinta yang lahir terhadap seseorang bukanlah tanda kita akan memilikinya. Namun kekadang ia muncul sebagai ujian dariNya buat kita,kerana DIA ingin melihat bagaimana kita memelihara, mengawal dan mengurusnya. Perasaan cinta itu amanah, dan amanah pasti akan dihisab oleh Allah.. sama2 menjagalah hati, insyaAllah♥ .. (✿◠‿◠)



Popular Posts

My Followers