Ramadhan ertinya bulan mndptkan keredhaan Allah SWT & keampunan bagi hambanya. Dipetik dr page tinta naluri
Orng yg mendpt keredhaan & keampunan Allah SWT bererti memberi jaminan {krn ibadatnya pd bulan mulia dgn penuh taat} mendpt syurga anugerah Allah SWT bg hambaNya yg benar2 melakukan ibadat krnNya pd bulan termulia ini dgn ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda & keampunan yg bnyk sekali, tristimewa pd malam Lailatul Qadar...:):)♥
RAMADHAN saatnya memetik Kuntum Cintamu
---------------------------------------------------------
Saat ini kita sedang menghitung Hari
Yang bergerak menuju satu bulan mulia
Dambaan Insan Beriman
RAMADHAN
Inilah sesungguhnya bulan
Dimana kualitas diri sesungguhnya terukur
Dengan jelas, dan terang
Disinilah Orang yang terbiasa Tilawah Qur'an sebelas bulan sebelumnya
Dengan lancar tanpa kesulitan, terasa ringan ketika memasuki bulan ini, ketika lisan basah dengan tilawah….
Disinilah orang yang terbiasa sholat Berjamaah di Mesjid, sebelas bulan sebelumnya, tanpa kikuk dengan Khusyu mendekap kemuliaan bulan ini…
Disinilah orang yang terbiasa bersedekah di sebelas bulan sebelumnya, dengan mudah melipat gandakan amal sedekahnya itu…
Pada orang-orang ini
Kita melihat dibenak mereka yang tergambar bukan sekedar hanya Makanan yang selalu melintas di setiap pikiran orang yang berpuasa
Pada orang-orang ini
Kita melihat stamina yang selalu Prima dan tak habis-habisnya, sementara mereka pun berpuasa..
Pada orang-orang ini
Kita melihat raut muka
Cahaya Wajah
Yang selalu berseri, ketika orang lain merasa letih dan lemas……
Merekalah tempat kita bercermin
Karena Hakikatnya
Ramadhan itu, bulan Pembuktian diri
Layak kah kita disebut Pemenang
Maka sebelas bulan sebelumnya
Adalah sarana latihan
Sarana menempah diri
Sarana bertaubat atas kesalahan dan kekhilafan
Dan pada bulan ini sejatinya kita memasuki "Medan pertempuran"
Untuk meraih hadiah itu
SURGA…
Inilah Kuntum Cinta yang Mekar, setelah kita tanam,kita pupuk, kita pelihara sebelas bulan sebelumnya..
RaMaDhan ini SaaTnya
Aku Cuma An-Nisaa

Ya Allah..
Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah
Sehingga dirinya digelar afifah solehah
Dialah wanita pertama
Tiada ragu mengucap syahadah
Pengorbanan bersama Rasulullah
Susah senang bersama
Walau hilang harta kerana berdakwah
Walau dipulau 3 tahun 3 bulan
Imannya sedikit pun tak berubah
Mampukah aku setabah dirinya?
Andai diuji sedikit sudah rebah..
Baru dihina sudah mengalah
Ya Allah..tabahkan aku sepertinya..
Ya Allah..
Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah
Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya
Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda
Anak yang semulia peribadi baginda
Tangannya lah yang membersihkan luka
Tangannya jua yang membersihkan cela
Pada jasad Rasulullah tercinta
Gagahnya dirinya pada dugaan
Mampukah aku sekuat Fatimah?
Saat diri terluka dendam pula menyapa
Saat disakiti maki pula mengganti
Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..
Ya Allah..
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah
Tukang sisir yang beriman
dan Keluarga Yasir yang bertakwa
Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan
Mampukah sabarku seperti mereka?
Tatkala digoda nafsu dunia..
Entah mana hilangnya Iman di dada
Ya Rahman..
Kuatkan Imanku seperti Masyitah
Terjun penuh yakin bersama bayi ke kuali mendidih
Kerana yakin Allah pasti disisi
Sabarkan aku seperti sumaiyah
Biar tombak menusuk jasad..
Iman sedikit pun takkan rapuh.
Ya Allah..
Jadikan aku semulia Ummu Sulaim
Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman
Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah
Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami
Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud
Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah
Ya Allah..
Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya
Tingginya nilai cinta pada harga Iman
Mampukah aku menatap cinta itu?
Sedangkan rupa yang menjadi pilihan
Ketulusan Iman diketepikan
Ya Allah..
Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..
Ya Allah...
Jadikan aku sehebat Aisya Humaira
Isteri termuda Rasulullah
Biar dilempar fitnah
Dia tetap teguh pada ketetapanNya
Isteri sejati yang memangku Nabi
Pada saat terakhir baginda
Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan
Betapa hatimu seorang mujahidah
Ya Allah..
Mampukah aku contohi dirinya?
Pada fitnah yang melanda
Diri mula goyah dan putus asa
Teguhkan Imanku sepertinya..Ya Rahim..
Ya Allah..
Teringat diri pada Khansa
Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH
Dia meratap tangis..
Anak sulungnya syahid
Anak keduanya turut syahid
Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid
Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta
Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad
Ya Allah..
Mampukah aku menjadi ibu yang berjihad?
Sedang anak tak tutup aurat pun masih tak terjawab
Sedang anak tinggal solat pun buat tak kisah
Berikan aku kekuatan sepertinya..
Agar bersedia pada akhirat.
Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..
Diriku bukan setabah Ummu Khadijah
Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah
Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah
Mahupun sehebat Ummu Sulaim
Dan tidak seteguh Aisya Humaira
Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman
Dimana Aurat semakin dibuka terdedah
Dimana syahadah hanya pada nama
Dimana Dunia yang terus dipuja
Dimana nafsu fana menjadi santapan utama
Dimana batas sentiasa dileraikan
Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan
Wahai Kaum Hawa
Kita cuma An-Nisaa
Para pendosa yang terbanyak di neraka
Lantas walau tak setabah para Mujahidah
Namun Tabahlah pada ketetapan Allah
Kerana padanya ada Syurga!
Walau tak semulia para wanita sirah
Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara
kerana padanya ada Pahala!
Walau tak sesabar para wanita solehah
Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
Kerana padanya ada bahagia!
Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam
Bukan untuk ditindas kerana lemah
Tapi untuk dilindungi kerana Indah
dan Indah apabila tertutup terpelihara
Kerana disitulah terjaganya Syahadah
Bak mekarnya wanita dalam sirah
Tuntunlah kami ke arah syurga..
Bicara dari An-Nisaa yang hina..
Makbulkan doaku..
Aamiin..
...it touches my hearts!
Sedih...
Memmg Sedih...
Teramat amat sedih..... huhu L
But , life must go on...sedih beratus kali sedih pun we have to move on.
Continue with our life's , right?
Hopefully along the way kita bisa bertemu kebahagiaan yang sejati. L
Masa susah dulu pengalamanku, Masa itu pengajaran buatku.
Masa kecewa itu Hatiku, Masa itu longlai buatku.
Masa sedih itu perasaanku, Masa itu hancur buatku.
Masa depan itu miliku, Masa lalu itu akan aku biarkan ia berlalu ~ < ♥
Cinta itu Ujian
♥ .. Perasaan cinta yang lahir terhadap seseorang bukanlah tanda kita akan memilikinya. Namun kekadang ia muncul sebagai ujian dariNya buat kita,kerana DIA ingin melihat bagaimana kita memelihara, mengawal dan mengurusnya. Perasaan cinta itu amanah, dan amanah pasti akan dihisab oleh Allah.. sama2 menjagalah hati, insyaAllah♥ .. (✿◠‿◠)
Popular Posts
-
1. Ayaq - air 2. Awat - kenapa/apa 3. a ...
-
Arini nak share supplement tambahan yang aku makan semasa preggy ni. Actually aku pun baru tahu ja. Start ambik Neurogain ni pun mas...
-
Bagi manusia normal - perasaan sedih mudah menyebabkan emosi menjadi sayu. dan kadangkala tersangat2 sayu..... hingga terasa sebak didada......
My Followers







