RSS

Rahsia Perkahwinan

Rahsia Perkahwinan 

Allah hdiakan kpd wanita yg bergelar ISTERI itu naluri yg trlalu halus dan kuat. Jk lelaki yg dia cintai nya lakukan sesuatu yg tidak baik, dia dpt rasakan. Wlupun lelaki itu smbunyikn di dlm hatinya apa yg dia lakukan.

Kdg wanita itu tahu tp dia buat tk tahu dsbbkan kasih dan syg, dia rela telan dan pendam semuanya drpd brgduh jika dia brsuara. Hnya pd allah tmpt dia meminta meluah sgala yg trbuku d dada dan stiap air matanya yg gugur.

Smoga ada kbaikan atas ksbran isteri2 yg sbgini. ♡ 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Suami Isteri Itu umpama bayang-bayang... Sentiasa bersama ketika terang atau gelap...

Suami & Isteri 
itu umpama bayang-bayang... Sentiasa bersama ketika terang atau gelap... 



Semua orang mempunyai hak untuk memilih. Memilih yang terbaik buat diri sendiri. Tapi bila mana seorang perempuan yang bergelar isteri berlaku curang pada sang suami, Mcm mna tu??  Sesetengah org masih boleh terima if perempuan yang mempunyai hubungan dengan si suami tu mmng sah2 single -  anak dara ke, janda ke, andartu ke, girlfriend orang ke, janji single kan... 

Cuba kita fikirkan sejenak la, bagaimana kehidupan perempuan tersebut yang sanggup berpura-pura mencintai, mampu hidup bersama sebumbung, tidur bersama sekatil atau walau dua katil sekalipun dan menipu suaminya sedangkan hatinya mengingati dan mencintai orang lain. 

Tempat seorang isteri itu adalah disisi suami. Tugas seorang isteri adalah menjaga maruah, harta dan nama baik seorang suami bukannya menduakan dia. Berdosa besar hukumnya seorang isteri yang menduakan suaminya kerana seorang perempuan yang bersuami haram untuk menikahi mahupun mengingati seorang lelaki lain.  

Kadangkala perkara yg terjadi didalam rumahtangga kita tak mengetahuinya.. Ada yg Serba serbi dari luaran langsung tak nampak dimana kurangnya. Sang suami sudah cukup memberikan kebahagiaan, keselesaan dan kemewahan. Tapi mungkin secara batinnya bagaimana tidak kita ketahui. 

kadangkala ada pulak yang serba serbi kekurangan  yang terserlah kelihatan yang si Isteri yang terpaksa menanggung tugas seorang suami, mengambil beban suami, menderita dan bersedih hati diatas kehidupan yang terpaksa sang isteri lalui... Ada pulak yang terpaksa menerima tamparan dan tangan si suami....  

Namun seharusnya jika terdpt masalah didalam rumahtangga sebagai seorang wanita yang bergelar isteri, sebolehnya, seeloknya mencari penyelesaian untuk masalah yang mereka hadapi bukanya dengan memberi peluang kepada diri sendiri untuk mencintai atau menyanyangi orang lain apatah lagi yang dicintai itu mempunyai kehidupan rumahtangga nya sendiri.. tak terpikirkan kita sebagai seorang wanita apa kah perasaan kita (wanita/isteri) yang terpksa menanggung bila sesuatu hal yang tak menyenangkan berlaku dalam rumahtangga mereka disebabkan oleh kita (wanita/isteri). 

Ada pulak yg terdapat isteri yang mengucapkan kata2 sebegini... 
"Dalam perkahwinan, akan timbul satu masa bila kau mula bosan dengan pasangan!" 

mmng terkejut la kaum wanita yg bergelar isteri puin ada yg boleh berfikir mcm ni... perlukan ada isu bosan dlm rumahtangga?? Agaknya dia sama kan hal perkahwinan dgn hal-hal duniawi yang lain seperti pekerjaan? Hari ni suka, esok dah benci. 

Bukankah satu masa dulu, akad nikah yang kau aminkan doanya merupakan simbol bahawa kau menerima dia sehingga ke akhir hayat kau wahai isteri? Kenapa perlu berpaling tadah dengan si suami ? 

"Sekiranya mana-mana wanita meminta cerai daripada suaminya tanpa sebab yang kukuh, maka terhalanglah dia daripada mencium haruman syurga." Riwayat Abu Daud

Pada aku, selagi seorang wanita bernama isteri, selagi si suami menjalankan tanggungjawab nafkahnya zahir dan batin, tidak pernah mencederakan kamu, menjadi imam hidupmu,  teruslah taat dan setia kepada dia.

Seandainya terdapat apa kekurangan sama-sama lah memperbaiki dan cuba mencari jalan penyelesaian nya... Sehingga ketemu jalan keluar bagi permasalahan yang timbul bukan dengan  melepaskan diri dan melepaskan tekanan dengan melakukan pekara2 lain yg tak sepatunya dilakukan oleh seorang yang bergelar  isteri.  Syukurlah jodoh kau dengan dia.

Redhalah dengan kekurangannya dan jadilah isteri yang melengkapi bukan isteri yang menyakitkan hati. Sesungguhnya, imam terbaik kau berada di depan mata. Bukan insan yang cuba menghancurkan rumah tangga kau itu! 



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS


Cinta itu Ujian


♥ .. Perasaan cinta yang lahir terhadap seseorang bukanlah tanda kita akan memilikinya. Namun kekadang ia muncul sebagai ujian dariNya buat kita,kerana DIA ingin melihat bagaimana kita memelihara, mengawal dan mengurusnya. Perasaan cinta itu amanah, dan amanah pasti akan dihisab oleh Allah.. sama2 menjagalah hati, insyaAllah♥ .. (✿◠‿◠)



Popular Posts

My Followers