RSS

Penamat kepada sebuah kehidupan baru...




Andainya dia berubah hati kepada orang lain tidak mengapa ... sebab itu bukan kehendak kita... tapi kehendak allah ... 

Apa yang mampu kita buat teruskan pengharapan daripada Nya.. Jika di izinkan , si dia akan kembali kepada kita jua.... 

Jika tidak -----  anggaplah ia adalah sebuah penamat kepada sebuah kehidupan kita yang baru.... 

p/s : kalau dah org tak suka buat apa nak tunggu, we can live in our life...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jangan Biarkan Orang Kecewa Dengan Kamu

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Assalamualaikum syg abg, love u & miss u so much" syg I LOve U, syg...Rindu la... Selamat Pagi’, 'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain

6] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

7] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,

8] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

9] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

10] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

11] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

12] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya
.
13] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

14] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu,

15] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

16] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

17] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

18] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

19].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

20] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

21] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

22] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

bolehkah seorang wanita/ lelaki mencintai lelaki/wanita lain yang bukan suami/isterinya?


Di antaranya perkara yang halal dan jelas itu ialah seorang suami mencintai isterinya dan isteri mencintai suaminya, atau lelaki yang mencintai wanita pinangannya dan wanita yang dipinang mencintai lelaki yang meminangnya

Di antara perkara haram yang jelas haramnya itu ialah seorang lelaki yang mencintai wanita bersuami, lalu hatinya sibuk memikirkannya yang hal ini dapat merosakkan kehidupan rumah tangganya, dan kadang2 menyebabkan terjadinya pengkhianatan suami isteri. Kalaupun tidak, akan menimbulkan kegoncangan dalam khidupannya, menyibukkan pikirannya, dan mengganggu perasaan dan hatinya, serta menghilangkan ketenangan hidup berumahtangga. 

Perosakan seperti itu termasuk dosa. Pelakunya di ancam Nabi keluar dari kelompoknya. Sabda beliau: “Bukan dari golongan kami orang yang merosakkan hubungan seorang wanita dengan suaminya” 

Misalnya lagi, wanita mencintai lelaki lain yang bukan suaminya, ia selalu memikirkannya, sibuk olehnya, dan berpaling dari suami dan pasangan hidupnya itu. Hal ini kadang-kadang mendorongnya melakukan hal-hal yang tidak dihalalkan syarak, mendorongnya melakukan hal yang lebih besar dan lebih berbahaya, iaitu berzina atau niat untuk berzina. Kalau tidakpun, maka ia akan menyebabkan kegoncangan hati dan jiwa, menegangkan urat saraf, dan mengeruhkan kehidupan suami isteri. Kelakuan-kelakuan seperti itu tidak ada kepentingan sama sekali melainkan kerana mengikuti keinginan hawa nafsu, sedangkan hawa nafsu itu adalah sehodoh-hodoh ikutan yg disembah di muka bumi.

Namun demikian zina tetap merupakan dosa yang sangat besar dan amat buruk, lebih-lebih bagi lelaki yg telah beristeri dan wanita yang telah bersuami. Oleh sebab itu, hukumannya menurut syarak lebih berat daripada yang dilakukan oleh orang yang belum berkahwin

Berbalik kepada masalah yang diajukan mengenai isteri yang mencintai lelaki lain.

Sesungguhnya cinta mempunyai permulaan yg dapat dikuasai dan dikendalikan oleh orang mukallaf. Memandang, bercakap-cakap, menyampaikan salam, berkirim-kiriman surat atau menghantar sms dan berjumpa, semuanya merupakan hal-hal yg berada di dalam
kemampuan seseorang untuk mlakukan atau mninggalkannya. Semua itu merupakan permulaan dan muqaddimah rasa cinta

Jika hal ini dibiarkan begitu saja dan nafsunya tidak dipisah dari hawa (kemahuan buruknya) dan tidak dikendalikan dengan taqwa, maka ia akan makin berkubang dalam penyimpangannya dan tenggelam dalam urusannya. Al-Bushairi pernah mengatakan dalam salah satu syairnya:

Nafsu itu bagaikan anak kecil
bila engkau biarkan dia menuruti kemahuannya
dia akan menyusu meskipun sudah besar
tetapi jika engkau menghentikan
dia akan terpisah
palingkan hawa nafsu, jangan sampai menguasai
bila ia menguasai ia akan menjadikan engkau buta dan tuli

Apabila orang yg dilamun cinta itu telah sampai pada keadaan yang dia sudah tidak mampu mengendalikan nafsunya, maka sebenarnya dia sendirilah yang telah membawa dirinya kepada keadaan yang sulit dan memasukkannya dirinya ke dalam lorong yang sempit atas kemahuannya sndiri. Orang yg mencampakkan dirinya ke dalam api tidak mungkin dapat mencegah api yang akan membakar dirinya, dan tidak mungkin ia dapat menyuruh api menjadi dingin dengan mengatakan “wahai api sejuklah engkau sebagaimana yang terjadi ke atas Nabi Ibrahim”. Ketika api membakar dirinya dan dia berteriak2 minta tolong dan usahanya itu tidak lagi berguna, maka sebenarnya dia sendirilah yang membakar dirinya, kerana dialah yang menyerahkan tubuhnya kepada api atas kehendaknya sendiri

Ringkasnya,

Wanita yang telah bersuami wajib merasa cukup dengan suaminya dan redha kepadanya serta penuh cinta kepadanya.

Kerana itu, janganlah ia melayangkan pandangannya kepada laki-laki lain, dan hendaklah ia menutup pintu rapat-rapat jangan sampai ada lubang tempat berhembusnya angin fitnah terhadap dirinya. Lebih-lebih lagi dalam hal yang sensitif, hendaklah ia segera memadamkan bunga api sebelum ia membakar dan menghancurkan

Maksudnya, jika dalam dirinya mulai tumbuh rasa suka atau cinta kepada orang lain, segeralah ia berusaha memeranginya dengan cara jangan berpandangan atau memandangnya, jangan
bercakap-cakap, jauhkan segala sesuatu yang dapat menyalakan api cinta.

Apabila ia tidak mampu memerangi perasaan hatinya, hendaklah ia menyembunyikannya dalam hati saja, dan bersabar atas cubaan itu, insya-Allah ia tidak terhalang mendapatkan pahala sebagai orang yang sabar dalam menghadapi cubaan

Begitu pula halnya lelaki yang mencintai seorang wanita tetapi tidak berhasil mengahwininya kerana wanita itu telah bersuami atau sebagai mahramnya disebabkan oleh hubungan nasab (keturunan), persemendaan (hubungan kekeluargaan kerana perkawinan) atau persusuan, maka hendaklah ia berjuang memerangi hawa nafsunya kerana Allah.

dalam hal ini Nabi SAW bersabda:
“Mujahir (orang yg berhijrah) ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh ALLAH dan mujahid (pejuang) ialah orang yang memerangi hawa nafsunya”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Renungkan bersama-sama


♥ PEREMPUAN KENA TAHU---->seorang lelaki yang benar-benar mencintai anda tidak akan membiarkan anda pergi tidak kira bagaimana sukar keadaan sekalipun....



♥ LELAKI KENA TAHU---->seorang wanita yang benar-benar mencintai anda akan marah kpd anda untuk banyak perkara tetapi masih terima anda seadanya walaupun anda telah menyakiti hatinya......

Renung2 kan ....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ Ketika TAKDIR menyapa ~



Aku...
Yang tak pernah berharap mencintaimu...tetapi ALLAH yang telah menundukan Hatiku tuk memberikan cinta ini padamu...

Aku...
Yang tak pernah memilihmu untukku...tetapi ALLAH telah memilihkanmu untukku...

Aku...
Yang tak pernah bermimpi, untuk mendampingimu.,tetapi ALLAH lah yang telah menentukan hidupku tuk mendampingimu..

Aku...
Juga tak pernah berharap menanggung Rasa ini atas cintaku padamu, tetapi ALLAH telah memberikan rasa ini dan harus ku tanggung atasmu...

Itulah..aku adanya,
Aku yang tak pernah kuasa mampu mengatur hatiku sendiri kerana Sang PEMILIK ku yang telah menentukannya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Men Vs Women



INGAT LAH !!!

Perempuan : Seperti WIFI..
Dia sentiasa AVAILABLE untuk semua rangkaian..
Tetapi hanya akan CONNECT dengan rangkaian yang paling
kuat...

Lelaki : Seperti BLUETOOTH..
Dia akan
CONNECT denganmu
bila kamu disampingnya..
Dan akan SEARCH rangkaian lain apabila kamu jauh darinya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berilah Kemaafan


Berilah Kemaafan Agar Hati Lebih Tenang






"Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu." (Surah An Nisaa' 4:1).

 Jadi jelas di sini betapa penting untuk kita menjaga ukhwah yang telah terjalin sesama manusia. Kerana menjaga ukhwah itu hakikatnya bukanlah sesuatu perkara yang mudah dilaksanakan.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

perempuan2...




SELALU NYA PEREMPUAN SUKA KATAKAN DIA MAHU MENYENDIRI

TAPI PERCAYALAH DIA SEBENARNYA MEMERLUKAN SESEORANG UNTUK MENENANGKAN HATI NYA...




------------------------------------**************------------------------------------

Bila Saya Marah Bermakna Saya Ambil Tahu , Saya care .
Bila Saya Berleter Bermakna Saya tegur Salah Silap Awak Dan Saya taknak Awak terus hanyut .
Bila Diam , Bukan Bermakna Saya Setuju Dengan Semua Perbuatan Awak .
Bila Saya Cemburu , Bermakna Saya tak Mahu Kehilangan Awak .
Bila Saya Jauhkan Diri Saya Dari Awak, Bermakna Saya Nak Awak Datang Dekat Dan Pujuk Saya Semula Dan Nak Awak Belajar Rindukan Saya . 


Awak tahu , Setiap Perbuatan Saya Cuma Mahukan Yang Terbaik Untuk Diri Awak . 


Dan Tak Pernah Bermaksud Untuk Kongkong Awak Dalam Setiap Perbuatan Awak .


Saya Jaga Awak Sebab Saya Sayangkan AWAK !!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

JUst Forget it

"Kadang-kadang dalam HIDUP kita harus MELUPAKAN apa yang telah hilang.. 

MENGHARGAI apa yang masih bertahan dan PERSIAPKAN diri untuk apa yang akan datang"

  ^___^




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kepercayaan




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hargailah sebelum terlambat


Jika Engkau telah dianugerahi seseorang yang baik,
yang penuh kasih terhadap dirimu dan anakmu
selalu lah berterima-kasih setiap hari kepadanya.
Dia telah rela menghabiskan sisa umurnya untuk menemani hidupmu, membantumu, mendukungmu, memanjakanmu dan selalu setia menunggumu, menjaga dan menyayangi dirimu dan anak-anakmu.
Hargailah keberadaannya, kasihilah dan cintailah dia sepanjang hidupmu
dengan segala kekurangan dan kelebihannya,
kerana apabila engkau telah kehilangan dia,

tidak ada emas permata, intan berlian yg bisa menggantikan tempatnya



cerita ini ingin ku kongsi bersama kerana kesimpulan nya amat menarik dan berguna sekali... Hargailah apa yg berada pada kita skrng.. jng smpi kita kehilangan nya.. (^__^)

*************** Kerana Ego Saya Menyesal ************


ini kisah kita,
awk ingt lagi tak, msa kita mula2 kenal,
sy layan awk baik, awk pun layan sy baik..
mesranya kita masa tu kan...

sy dh buat awk jatuh hati pd sy
dan awk terlalu sygkan sy
dan sy pun sygkan awk juga..

tp kilafnya sy... sy abaikan awk
sy ego , sy buta untuk mlihat ketulusan awk
sy lukai awk, sy bnyk tipu awk
sy sibuk layan org lain hinggakan awk nangis krna sy..
kejamnya sy.. sy xpedulikan awk

sy sllu buat salah,
bila awk marah sy salhkan awk balik
sy buat tak endah je kat awk
sy tahu awk terluka

awk korbankan segalnya untk sy
buat macm2 untuk sy
awk rela sedih asalkn sy bahagia
Butanya hati sy sebb tak hargai awak

tp pd suatu hari tu sy rasa sunyi je
mna awk pergi?
sy cari awk tau
sy call berkali2 awk xangkat
sms sy pun awk xreply

kosongnya hidup sy tnp awk
sllunya setipa pg , setiap mlm
awk mesti sms sy, sy rindu sms awak
( good morning syg, good nite dear)
tp skrng dh xde msg awk tu

tb2 awk call sy...
gembira bila tengok no awk
sy angkat call dgn hati yg bahagia

dgn tiba2 awk minta maaf pd sy
awk ckp awk dh xdpt kmbli bersama sy lagi
awk dh ada org lain

awk ckp awk dh jumpa org lain masa sy abaikan awk dulu
bertapa hancurnya hati sy
dngr semua penjelasan awk

sejk dr itu sy xdpt nk terima kenyataan
yg awk dh jd milik org lain
Awak!!!!
kembalila, Sy nk ckp kat awk
yg sy cintakan awk sngt :(

kehilangan awk buat sy sedar
yg sy senbenarnya sygkan awk
sy mnyesal sbb sia2kan awk dulu
ini la balsan unt sy krn trlau ego

INGTALAH
jnglah kita terllu ego & pentingkan diri sendiri
sehingga mngabaikan org yg paling berharga dlm hidup kita
jng sampai kita kehilangan nya..
sehingga kita menyesal tiada kesudahan

hargailah org yg syg kpd kita, pasti kita bahagia kelak


************Saat Aku Mencintai Mu *************

Mengapa kau pergi, Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu,
berharap engkau jadi kekasih hatiku,
Malah kau pergi jauh dari hidupku,

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Semoga engkau kan mengerti,, tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta
Maaf sungguhku tak bisa, untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kasih Sayang


Pernahkah kita terfikir, kasih sayang yang kita berikan apakah ...ukuran yang boleh kita bandingkan. Tidak bukan?

Pernahkah kita terfikir, adakah kita sudah berikan kasih sayang yang sama apa yang telah kita terima.

Pernahkah kita terfikir, bahawa kasih sayang adalah tindakan dua pihak, yang memberi juga mahu menjadi penerima.

Apabila sudah sekian lama dikasihi, pernahkah kita terfikir, sudahkah cukup kita memberi apa yang telah diterima.

Harapan seorang yang mengasihi adalah mahu dikasihi kembali.
Harapan seorang yang menyayangi agar sentiasa turut disayangi kembali.
Ciuman kasih sayang perlu ada balasan.
Pelukan perlu ada pengertian.

Jangan biarkan kesedihan, jangan biarkan kesunyian.
Besar ertinya apabila ciuman diberi tanpa diminta.
Besar ertinya ucapan kasih sayang diucapkan bagai lama tidak berjumpa.
Besar ertinya gengaman tangan erat tanpa dilupa.

Sudahkan anda melakukannya pagi ini pada insan yang anda sayang...

Fikirkan sejenak. Insan yang kita sayang, entah esok entah lusa, entah hari ini, boleh pergi buat selamanya ...
Jangan jadi penyesalan ...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

♥ ♥ ♥ ♥ CiNta ♥ ♥ ♥

cinta terkadang BERMULA di mata,

sedangkan rasa SUKA dimulai dari telinga

Jadi jika kau mahu berhenti menyukai seseorang,

cukup dengan menutup telinga.



Tapi apabila kau mencuba menutup matamu dari orang yang kau cintai,

cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu ,



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wanita didalam bekas kaca

on9 pagi ni terbaca status seorang kawan di FB berbunyi begini..

"Jadikan lah Anda seorang wanita berada di dalam bekas Kaca.................."

lalu aku bertnya ;
" tp jika kaca itu tidak dijaga dengan baik dan mnyebabkan nya pecah.. apakah yg akan terjadi kepada wanita didalm bekas itu ye???


dan dia menjawab;
Wanita itu bernasib baik krn dia pandai menjaga dirinyer dgn sempurna, tetapi malang pd lelaki2 yg cuba menceroboh balang kaca itu, lalu luka berdarah lah dia...kesian2....

owhh mcm tu rupanya. apa yg aku faham td bila terbaca ayat itu; berkenaan hati dan perasaan seorang wanita.. jika disakiti, dan mnyebabkan ia pecah .. jika dicntumkan semula pun tetap tidak akan cantik seperti balang kaca seprti asal dia berada.. tetap mnmpakkan kesannya..

ermm satu info yg menarik dan aku mula la mengerakan jari jemari ku di papan keyboard ini untuk "search" maklumat mengenai perumpamaan seprti itu lalu aku berjumpa dengan satu petikan ini,,,

Berlemah lembutlah!
Rasulullah saw menyifatkan kaum wanita sebagai botol-botol kaca. Ia adalah sifat paling indah dan paling cantik daripada Rasulullah saw yang bijaksana. Mereka adalah botol-botol yang mudah pecah. Oleh itu, suami wajib bersifat lemah lembut dan penuh kesabaran menghadapi kerenah mereka agar bahtera kehidupan dapat belayar dengan tenang.
........................................
Pada suatu hari, Rasulullah saw berada bersama-sama dengan para sahabat baginda di rumah Aisyah. Baginda meminta para isteri baginda membawa makanan keluar. Salah seorang isteri baginda membawa makanan keluar lebih cepat daripada Aisyah. Lalu para sahabat terus menjamah makanan tersebut. Kemudian barulah Aisyah datang membawa makanan. Melihatkan makanan telah sedia ada, Aisyah memecahkan bekas makanan yang dibawanya sehingga terpecah dua. Melihatkan apa yang berlaku, Rasulullah saw tersenyum sambil berkata kepada para sahabat: “Ibu kamu cemburu nampaknya.” Lalu baginda mengutip bekas makanan yang pecah dan kembali meletakkan makanan di atasnya serta memberinya makan kepada para sahabat. Kemudian baginda memberikan bekas yang pecah kepada Aisyah dan bekas yang tidak pecah kepada isterinya yang seorang lagi.
Jika situasi ini berlaku kepada anda, apakah agaknya sikap dan pendirian anda
ketika berhadapan dengan kawan-kawan anda?
FIRMAN ALLAH swt (surah al-ahzab ayat 21 ) yg bermaksud ;
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik."


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CEMBURU


KATA orang, cemburu itu tandanya sayang. Namun, sedar atau tidak, perasaan cemburu itu ada kalanya boleh menjadi musuh yang membawa kepada kehancuran sesebuah rumah tangga/perhubungan.

Dari sudut psikologi, cemburu adalah perasaan sakit hati, marah, tidak percaya, dan kurang yakin seseorang terhadap pasangan yang dicintai. Selalunya, perasaan ini timbul lantaran sikap suami atau isteri atau teman yang gemar membayangkan pasangannya mempunyai hubungan istimewa dengan seseorang di luar pengetahuannya.

Pensyarah Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Prof Suradi Salim, berkata masalah cemburu di kalangan suami isteri sebenarnya berkait rapat dengan tindakan seseorang dari sudut dalaman dan luaran.

Penilaian dari kedua-dua sudut itu akan menentukan sama ada seseorang yang berperasaan cemburu itu mengalami masalah psikologi atau tidak.

"Jika masalah itu berpunca daripada aspek dalaman, psikologi seseorang itu mungkin terganggu dan sering kali menimbulkan perasaan bimbang, resah, gelisah dan syak wasangka terhadap pasangan. Sebaliknya, jika pasangan mempamerkan tindakan negatif antaranya mengecam dan memberontak, mereka dikatakan menunjukkan sifat cemburu itu dari aspek luaran.

"Dari situ kita boleh nilai sama ada cemburu yang ada itu mendatangkan masalah atau tidak. Faktor yang menjadi penyumbang kepada masalah ini tidak banyak kaitannya dengan keegoan suami. Sebaliknya, kurangnya keyakinan, dan kepercayaan kepada pasangan menyumbang kepada masalah ini. Ini lebih berkaitan dengan psikologi seorang itu," katanya.

Beliau berkata, kurang persefahaman dan interaksi kedua-dua belah pihak membuatkan masalah itu semakin meruncing. Kesan positif dan negatif boleh timbul daripada sifat cemburu ini.
Positif jika perasaan berkenaan dapat menghalang seseorang itu daripada berlaku curang terhadap pasangannya. Namun, kesan negatif daripada sifat itu tidak boleh dipandang enteng.

Perasaan cemburu yang tidak terkawal sering kali membawa kepada perlakuan di luar batas kemanusiaan antaranya bertindak memukul, mendera dan membunuh isteri jika hilang pertimbangan.

Dalam hubungan ini, Prof Suradi berkata, apabila seseorang itu sudah berkahwin perlu menanamkan sifat kesetiaan kepada pasangannya. Keyakinan, perhatian dan kasih sayang yang dicurahkan serba sedikit mengurangkan perasaan cemburu suami.

Tingkah laku sebagai isteri atau suami dan batas pergaulan dengan bukan mahram perlu dijaga dan diawasi setiap masa.

"Ikatan perkahwinan perlu ada sikap saling mempercayai antara satu sama lain. Oleh itu, sebelum seseorang berkahwin, terlebih dulu kita digalakkan mengenali pasangan yang bakal dikahwini. Ini serba sedikit membantu wanita supaya tidak mengalami pelbagai masalah selepas berkahwin kelak.

"Jika bakal suami anda menunjukkan sikap cemburu keterlaluan, elok wanita itu berfikir panjang jika ingin membina hubungan yang lebih serius kerana bimbang banyak perkara buruk boleh berlaku selepas mereka berkahwin.
"Suami juga tidak boleh ambil sikap lepas tangan dan hanya menyalahkan wanita semata-mata. Mereka seharusnya bertindak menyiasat dulu perkara yang menjadi punca kepada perasaan cemburu itu.

"Sewajarnya, suami tidak boleh bertindak melulu tanpa sebarang bukti kerana ini akan memberi kesan buruk dalam jangka masa panjang terhadap hubungan perkahwinan," katanya.

Beliau berkata, dari aspek psikologi psikologi seseorang yang bersikap sebegitu biasanya kurang yakin kepada diri sendiri dan sering kali berprasangka buruk serta was-was kepada pasangannya.
Selain itu, seseorang yang mempunyai pengalaman masa lampau yang buruk akan sentiasa menganggap pasangannya tidak boleh dipercayai. Faktor keistimewaan yang dimiliki isteri antaranya berpendidikan tinggi dan mempunyai daya tarikan fizikal menarik juga menjadi punca kepada masalah ini.

"Dalam Islam, suami perlu ada sifat cemburu dan sentiasa was-was kepada isteri. Begitu juga isteri. Namun, ia perlu berada pada keadaan terkawal dan tidak memudaratkan diri sendiri serta hubungan suami isteri.
"Kedua-dua pihak harus menjaga hubungan dengan sebaiknya untuk mengelak masalah cemburu ini," katanya.

Panduan elak pasangan cemburu
1. Memberi sepenuh kasih sayang dan perhatian supaya suami tidak syak wasangka.
2. Mewujudkan komunikasi dua hala yang berkesan antara kedua belah pihak.
3. Jika hubungan jarak jauh, sering kali berhubung menggunakan telefon, sistem pesanan ringkas (sms), atau e-mel untuk mengeratkan kasih sayang
4. Bercerita apa saja yang berlaku sama ada di tempat kerja atau dengan rakan.
5. Elak melakukan perkara yang membawa kepada cemburu pasangan.
6. Kenalkan rakan pejabat dan kenalan rapat anda kepada pasangan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS


Cinta itu Ujian


♥ .. Perasaan cinta yang lahir terhadap seseorang bukanlah tanda kita akan memilikinya. Namun kekadang ia muncul sebagai ujian dariNya buat kita,kerana DIA ingin melihat bagaimana kita memelihara, mengawal dan mengurusnya. Perasaan cinta itu amanah, dan amanah pasti akan dihisab oleh Allah.. sama2 menjagalah hati, insyaAllah♥ .. (✿◠‿◠)



Popular Posts

My Followers