RSS

Puasa



Lafaz niat untuk sebulan :

niat puasa sebulan

Ertinya : Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala

Lafaz niat untuk harian :

niat harian puasa ramadhan

Ertinya : Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Lafaz doa ketika hendak berbuka :

lafaz doa berbuka di bulan ramadhan

Ertinya : Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Lafaz doa selepas berbuka puasa :

doa selepas berbuka puasa

Ertinya : Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

Ramadhan merupakan bulan yang diberikan begitu banyak ganjaran dan nikmat oleh Allah S.W.T kepada hamba-hambanya.Waktu hampir ketibaan bulan Ramadhan di UIAM memang aku perhatikan suasananya berlainan dan disambut meriah,serupa macam nak hari raya Aidilfitri. Tahun ni sedikit berbeza sebab sebulan Ramadhan ni aku akan berada di rumah.

Antara kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan yang umumnya diketahui :

  • Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hambaNya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.
  • Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar dimana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Digandakan pahala amalam pada malam tersebut.
  • Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan.Oleh itu kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran beserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.
  • Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.
  • Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan.Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri.Mohonlah keampunan Ilahi di bulan Ramadhan yang mulia itu.
  • Kegembiraaan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan.

Terdapat banyak lagi kelebihan di bulan Ramadhan nanti. Jika kita lihat maksud puasa di bulan Ramadhan itu sendiri ialah menahan diri daripada makan dan minum dari terbit fajar sehingga terbenam matahari serta perkara-perkara yang membatalkan puasa. Dianjurkan oleh umat Islam untuk tidak melakukan maksiat,tidak mengumpat serta lain-lain perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa itu sendiri walaupun kita tidak makan dan minum di siang hari.

Jadi sama-sama kita saling ingat-mengingati,memohon keampunan Ilahi atas dosa-dosa yang dilakukan sebelum ini. Jangan leka sangat dengan persiapan hari raya, raikan juga ramadhan ini sebaiknya.

Selamat menyambut ketibaan Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TeRhenTi Di Sini




Sedangku membaca wajahmu
Senyumanmu menggambarkan sesuatu
Jika kau fahami isi hatiku
Ku tak ingin waktu henti tanpamu

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini

Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Andai kau dapat memahami
Bahawa ku menangung semua ini
Bukan niatku ingin kau pergi
kerna ku masih terhenti di sini

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

sEkaLi LaGi...

Haruskah aku.....

Mahu terus ada disini, atau terus melangkah jauh dan pergi.
bukan mudah untuk kita menjadi seorang insan yang sempurna...
bukan mudah juga untuk kita jadikan MUHAMAD itu sebagai c0ntoh kita...dan bukan mudah untuk kita pastikan ALLAH sentiasa meredhai kehidupan kita...

kita hanya lah manusia biasa yang hanya menumpang kasih di dunia ini..tiada apa yang menjanjikan kebahagiaan di akhirat kelak melainkan amalan2 yang berterusan.. sebagai hamba ALLAH yang hina ini juga,
kita tidak mampu untuk menolak takdir yang telah tertulis untuk kita,
hendak tak hendak segala yang berlaku harus kita tempui juga…

Malam ini aku menangis kerana aku tak tahu apa lagi yg harus aku fikirkan ,
harus bagaimana lagi caranya untuk aku mengharugi dugaan yg dtg ini…
ampunilah dosaku YA ALLAH.
Sesungguhnya apa yang berlaku ini juga bukanlah kehendakku..
HARUSKAH AKU PERGI ???

Aku tak minta semua ini berlaku kepada ku…
Ya Allah mungkin kerana iman ku yang lemah maka aku telah mengambil jalan in..
Jalan yg ku kira sudah terbaik buatku
untuk mencari kehidupan ku di dunia yang membolehkan membawa ku ke akhirat kelak…
dan mungkin juga kerana aku terpedaya dengan hasutan kata hati ku….
Ya Allah…. Aku x berdaya lagi Ya Allah…
Aku bukan lah yg terbaik yg dpt memberi org lain kebahagian…
Imanku juga tidak sekuat mana…
aku sendiri msaih dalam pencarian..

YA ALLAH..peliharalah aku dan anak ku…
peliharalah kami dari sebarang pekara yang memudaratkan,
peliharalah kami agar kami berjaya mencari keberatan darimu…
Engkau jauhilah kami dari segala kejahatan yang ada…. Kau ringankan lah beban yang tak tertanggun oleh kami….
aku bermohon padamu YA ALLAH... amin.. amin… ya rabal alamin..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MiMpi

Ketika mimpi mimpi kita, tak seperti yang Allah kehendaki untuk kita.


Begitupun, ketika Kita menginginkan sesuatu yang menurut kita baik, kemudian sesuatu itu terlepas, kini yang harus dilakukan adalah menyadari bahwa sesuatu itu BUKAN yang terbaik untuk kita. Sambil terus berharap dan berusaha agar Allah memberikan ganti yang terbaik, entah di dunia ini ataupun di akhirat kelak.


Banyak jalan yang menanti untuk kita lewati. Bukalah mata, telinga dan hati. Ikuti bisikan nurani yang bersih dan kemudian melangkahlah, Dekati Allah agar Ia sentiasa membimbing kita. Agar Ia sentiasa meluruskan langkah-langkah bengkok kita. Agar dpt kita rasakan keberadaannya, meskipun, kita merasa sendiri.


Kerana IA Selalu bersama Kita.


Di Dunia ini terlalu banyak hal yang kadang kita tak mengerti semua itu dengan baik. Adakalanya kita merasa hidup ini telah mempermainkan kita. Kadang kita berusaha untuk tegar dalam menghadapi semua itu, namun jika masalah selalu menimpa hidup akhirnya pandangan kita akan berubah tentang hidup itu sendiri.

Sebagai insan kamil, mungkin kita seharusnya selalu berserah diri kepada yang Maha berkuasa yg telah memberi kita kehidupan ini. Tapi dalam realiti, itu terlalu sulit, kalau kita sudah dalam keadaan yang sering memberi tekanan buat hati kita. Mungkin benar Allah tidak akan pernah menguji hambanya melebihi dari kemampuannya untuk menghadapinya. Namun bila difikirkan semula dgn masalah itu yang semakin membuat kita terpuruk didalamnya, bukannya menambah iman dan taqwa yang ada malah takut ianya akan menjadi atau menambah dosa.


Biarlah kemarin kita terjatuh. kerana memang allah menghendaki kita agar segera bangkit dan bergerak. Biarlah kemarin kita lelah, karena Allah Allah ingin agar kita menyerah. Biarlah kaki ini perit, kerana Allah ingin agar kita lebih GIGIH lagi dalam mendekatiNya. Kerana Allah, hanya menghendaki kebaikan untuk kIta. Bukan sebaliknya.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

HaTi Ku....

Surah Luqman ayat : 23


 

Ø¥ِÙ†َّ اللَّÙ‡َ عَÙ„ِيمٌ بِØ°َاتِ الصُّدُورِ


 

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala isi hati.


 

(Hanya Allah yang tahu apa yang terpendam di hatiku ini, pelbagai dan bermacam2 perasaan yg berada di benak hati dan fikiranku ini. Hanya memendam, itu yg termampu. Tiada teman untuk ku luahkan semua, tiada siapa yang akan dpt memahami, sekiranya dpt memahami blom tentu ia merasa. melainkan Allah shja lah tempatku mengadu segala isi hati ku..-cahaya ain-)


 


 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SabarLah WaHai hati

Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba.

Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak.

Kadangkala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan.

Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku.

Sesungguhnya tidak kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa.

Lihatlah betapa lemah dan kerdilnya kita, begitu cepat hilang pergantungan sedangkan Allah SWT sedang menduga.

Ujian yang dihadapi oleh manusia di dunia ini adalah dalam dua bentuk iaitu sama ada kesusahan atau kesenangan. Kedua-dua ujian itu benar-benar menguji kita sebagai hambanya.

Ingatlah bahawa kehidupan di dunia yang meliputi kemewahan dengan segala pangkat kebesaran dan kesenangan itu adalah sekadar ujian. Sesungguhnya hanya bagi mereka yang terpedaya yang akan hanyut dengan ujian ini.

Sedangkan dugaan kesusahan dan kesengsaraan di dunia pula, kadangkala membuatkan kita rasa lemah dan putus asa. Kadangkala kita seringkali mengeluh dengan apa yang ditetapkan untuk kita, dan seringkali jua kita persoalkan itu dan ini tentang takdir yang telah tertulis oleh-Nya. Apakah dengan penerimaan sebegini kita fikir kita cukup redha dengan ketentuan-Nya? Kadangkala pula kita seringkali merumuskan itu dan ini tentang ketetapan-Nya.

'Jikalau dugaan ini tiada, sudah tentu aku begini...'
'Jikalau ini tidak terjadi sudah tentu aku begitu.... '

Apakah kita fikir kita lebih tahu dari Dia yang menciptakan kita? Dan apakah kita fikir kita sebenarnya lebih tahu apa yang terbaik untuk kita?

Subhanallah. Maha suci Allah!

Sudah tentu kita hamba yang kerdil ini tidak tahu apa-apa berbanding Dia yang Maha Sempurna. Namun tanpa kita sedari segala persoalan yang timbul dibenak kita sebenarnya telahpun terjawab dalam Kalam Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan sesuatu, maka Dia juga Maha Mengetahui persoalan yang bakal timbul di fikiran hambaNya. Maka Dia lebih dahulu menjawab persoalan itu dalam ayat-ayat-Nya.

Artikel : iluveislam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LakaRaN sEbUaH haTi

Senja ini mentari menyinar malu,
Ku lihat langit,
Terhampar luas kebiruan,
Ku renung lagi,
sehingga terlakar wajahmu di dada awan...

saat ini,
Ku terkenang kisah suka dan duka kita,
Sepanjang mengikat tali persaudaraan,
Terlalu banyak cubaan yang datang,
Betapa Allah mengatur setiap takdiran,

Dengan cukup teratur dan teliti,
Tiada perkara yang sia-sia menimpa diri,
Kecuali semuanya punya hikmah dari Ilahi...

Duhai angin,
Sampaikan padanya,
agar sabar dan tabah menghadapi hidup,
Kerana erti sebenar hidup ini,
Dalam erti 'memberi' bukan menerima...

Pelangi,
Ingin ku ukir warna indah itu dalam hidupmu,
Agar sentiasa mewarnai jejak langkahmu,
Namun ku sedari,
Hujan jua adakalanya akan turun,
Dan menghilangkan seri pelangi itu...

Oleh itu ku ingin jadi seperti bulan,
Bila muncul menyinarkan,
Bila sembunyi tidak menghilang,
Ia ada di balik awan,
Cuma kadang-kadang tidak perasan,
akan erti sebenar sebuah kehidupan...

Doaku cuma satu,
moga kita kan terus kuat,
menghadapi gelombang ujian,
kerana itulah sebenarya ukuran iman,
untuk kembali kepadaNya dengan jiwa yang tenang...

Artikel Iluvislam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ucapan Untuk MU

♥♥ANDAI AKU♥♥
ADALAH TULANG RUSUK MU YANG HILANG



Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang

Aku berharap

Bila Allah sudah mempertemukan kita

Kau akan selalu membimbingku

Agar aku menjadi wanita yang solehah

Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga

Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat

~••~••~~••~••~~••~


Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku

Jadilah ayah yang bisa mendidik anak kita

Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat

Iaitu anak yang soleh dan solehah

Yang bisa menjunjung tinggi Agama Allah

~•
•~••~~••~••~~••~


Andai engkau ditakdirkan untukku

Ku harap kau bisa menjadi imam buatku dan anakku

Kau bisa menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita

Kau bisa mencintai aku apa adanya

Dan bisa menyikapi kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan

~•
•~••~~••~••~~••~


Dan andai aku salah

Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan

Andai aku marah

Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu

Agar marahku bisa berubah menjadi kelembutan

Andai aku lupa

Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang

Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita

~•
•~••~~••~••~~••~


Kerana....

Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku

Yang bisa selalu membawa aku ke jalan yang diredhaiNya

Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu


~
~ InsyaAllah, aamiin ~~


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KEJAYAAN LELAKI KERANA WANITA


Kejayaan seorang lelaki kerana wanita yang menyokong di belakang

Benarkah ini? Mungkin ia benar, mungkin tidak.

Namun dalam konteks sirah nabi, Rasulullah pernah bersabda, "Demi Allah, Allah tidak pernah menggantikan wanita yang lebih baik darinya. Dia menolongku di saat orang-orang mengusirku. Dia mempercayaiku di saat orang-orang mendustakanku." Kata-kata itu adalah pujian baginda kepada Khadijah. (maksud hadith)

Khadijah menyokong beliau di awal perkembangan Islam.

Persoalannya kedua, ungkapan di atas tu ditujukan kepada siapa ek?

Kepada si lelaki (atau suami atau anak lelaki) supaya jangan lupa jasa wanita ( atau isteri atau ibu) ?

Atau kepada si wanita (atau isteri atau ibu) untuk memberi sokongan kepada lelaki (atau suami atau anak lelaki) sehingga berjaya?

Pernah terfikir ?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Untuk yg Bergelar Isteri


Tips untuk Isteri

1. Setiap manusia mudah terangsang melalui penglihatan mata. Pakailah pakaian yang menarik tertarik de boom perhatian pasangan anda. Lemparkan senyuman yang bermakna dan ikhlas. Berdandanlah dengan sempurna dan selitkan jelingan-jelingan manja.

2. Kepulangan pasangan anda ke rumah dari outstation/ tempat kerja perlu disambut dengan gembira. Mana kala jika pasangan anda keluar dari rumah, hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaannya. Jangan lupa untuk amalkan bersalaman dan berciuman ketika pasangan anda pulang/mahu meninggalkan rumah.

3. Nyatakan rasa sayang anda kepada pasangan setiap hari (ILOVEU 23X kebaboom), walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.

4. Sentuh dan belailah pasangan anda selalu. Curi-curi mencium pasangan anda ketika tidak dilihat oleh orang lain. Pegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan. (sure romantik bangat)

5. Amalkan masuk tidur bersama pasangan anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga. Untuk itu, isteri berperanan menidurkan anak-anak lebih awal.

6. Jika anda meminta pertolongan dari pasangan anda dan pasangan anda membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk. (karang tak pasal2 kena pujuk)


7. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan pasangan anda, pasangan anda mungkin merasa kurang senang.

8. Selalulah memicit-micit dan mengurut pasangan anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya. Jangan sekali mengatakan pasangan anda busuk, pengotor, selekeh, mulut berbau, banyak jerawat atau kata2 yg tidak sepatutnya dilemparkan, kerana hati pasangan anda akan tersentuh apabila anda berkata2 demikian.

9. Apabila anda masuk tidur bersama pasangan anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersamanya. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa "hanya kaulah satu-satunya yang ku cingtai".

10. Elakkan bercerita mengenai pasangan anda kepada orang lain, terutama sekali perkara yg boleh menjatuhkan air muka pasangan anda. Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi pasangan anda.


11. Sekiranya pasangan anda berhajat untuk "bersama" anda, layanilah ia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyak perceraian, kecurangan atau kes poligami berpunca dari sikap pasangan yang kurang faham dengan keperluan pasangnya di sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan pasangan anda berasa bosan.

12. Ketika pasangan anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat. Jangan biarkan pasangan anda kesakitan sendiri. Sesungguhnya dalam keadaannya sakit dan anda pula tidak sikit pun menghiraukannya, hati pasangan mudah berkata 'inginkan

seseorang yg dapat membantu'. Jangan la hanya ingin senang bersama, bila susah tidak hiraukan. Pemikiran lelaki khususnya, tak dapat di baca apabila umurnya 40-an.

13. Apabila pasangan anda meninggal dunia, jagalah anak-anak dengan baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga pasangan anda. Kepada isteri, jika anda melakukan demikian, teruskan la, mudah-mudahan anda akan menemui suami anda disyurga. Sesungguhnya yang paling penting, hormat la suami anda walaupun dia sudah tiada, jangan sekali di caci-keji.


Petua tambahan khusus bagi isteri-isteri yang pengasih..


14. Uruskan perihal suami dari segi pakaian dan makanannya. Bagi isteri yang berkerjaya, selalulah memasak untuk suami. Elakkan suami anda dari selalu makan di luar, kerana air tangan seorang isteri dapat mengeratkan kasih sayang terhadap sesebuah keluarga. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama nafsu batinnya dan kedua nafsu makannya.

15. Ketika suami menghadapi masalah, jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami berdukacita. Walaupun isteri bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.


16. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda dan suami akan merasakan kenikmatannya.

17. Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima'. Jika anda merasa malu untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda-tanda anda memerlukan jima'. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.

18. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah biarkan dia bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan kasih dua jiwa yang memanisfitasikan cintanya.


Dipetik dr: halaqah page

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bahagia dicari untuk hati sendiri

Selagi kita bahagia, jiwa akan tenang, damai dan mendamaikan. Kita mampu membuat keputusan dengan matang dan bijaksana. Menguruskan rumah tangga dengan sebaik-baiknya, menjaga dan mendidik anak-anak dengan penuh jiwa dan raga, menjadi isteri terbaik untuk seorang suami dan menjadi ibu terunggul untuk zuriat tercinta.

Memikirkan sahaja bahawa kita bahagia, fikiran menjadi lapang dan tidak berserabut. dada tidak sempit dan pernafasan lancar.

Hakikat bahagia pula, tidak semestinya hanya apabila kita dapat apa yang kita mahu atau yang kita hajati sahaja, rasa bahagia ini mampu hadir walau kita dalam kemelut masalah yang bertimpa-timpa dan menjalani kehidupan yang teruk , jauh dari impian.

Makna bahagia sebenarnya jauh lebih dalam dan besar dari semua itu.

Walau kita mungkin andalusia, ibu tunggal, isteri monogami yang suaminya tidak bertanggung jawab atau isteri yang berpoligami, apatah lagi isteri yang punya sebaik-baik suami dan anak-anak sekalipun, kita tetap mampu bahagia. dan bahagia itu bukan sekadar bahagia 1/10; 7:10 tetapi bahagia seratus persen.

Bahagia yang menggetarkan jiwa. Bahagia yang menusuk kalbu.Bahagia yang membuatkan kita amat menghargai kehidupan.Bahagia yang membuatkan kita menjadi hambaNYA yang bersyukur, (yang mana akan ditambahkan lagi rasa bahagia itu berkali-kali ganda), bahagia yang membuatkan kita merasa manisnya alam kehidupan, mampu melalui ujian dan cobaan hidup dengan senyuman ikhlas yang lahir jauh dari sudut hati.

Kita bercakap tentang bahagia tulen. Bahagia sebenar.

Pokok persoalannya, bagaimana mahu diperolehi bahagia yang begitu?

Mampukah bahagia seorang isteri yang sentiasa dikhianati suami tercinta, dilayani penuh kasar dan tidak dihargai segala pengorbanannya?

Mampukah bahagia seorang ibu yang anak-anaknya lupa akan dirinya?

Mampukan bahagia seorang insan yang sentiasa dirundung malang sejak kecil hingga dewasa; lepas dari mulut harimau, masuk pula ke mulut buaya?

Mampukah bahagia seorang isteri yang dimadukan suaminya selepas dia memulakan perkahwinan dengan kosong dan setelah bertahun-tahun melayari jatuh bangun, pahit getir, susah senang , suka duka bahtera rumahtangga bersama-sama? tiba-tiba diduakan suaminya

Mampukah bahagia seorang isteri yang suaminya kaki perempuan dan sentiasa bercinta di depan mata, kemudian mengaku insaf tapi tidak lama kemudian meneruskan kembali kecurangannya sedang makan pakai dan nafkah zahir batin si isteri sendiri terabai?

Pelbagai lagi pola dan rentak kehidupan serta drama lakonan dunia yang perit, pedih dan sengsara, mampukah bahagia dalam kemelut dunia begini?

Ya! kita mampu . Jawapannya mudah; bahagia itu terletak di hati kita sendiri bukan nya kerana orang lain dan corak kehidupan kita.

Selagi kita mampu mengawal pemikiran kita untuk sentiasa tenang, sabar, ikhlas dan redho, selagi itulah kita akan mengecap bahagia.

Bagaimana mahu mengawal pemikiran?

Tanamkan hakikat bahawa ALLAH itu MAha Adil. setiap apa yang kita lalui adalah yang terbaik untuk kita.Apa sahaja kebaikan atau keburukan akan tetap ada balasannya.

Suami yang curang, menipu, lalu? Mengapa kita mahu susah hati menderita mengenangkan sikapnya yang tidak menghargai diri kita sebagai isteri? Pastinya Allah itu tidak menzalimi kita dengan memberi kita suami yang begitu sedang wanita lain, sahabat karib kita sendiri dianugerahi suami yang pijak semutpun tak mati…

Tentunya bukan hak kita untuk mempertikaikan taqdir itu.. sedang taqdir itu datang dariNYA.

Tapi menjadi hak kita untuk redho, sabar , tenang dan ikhlas menerima keadaan diri kita yang sering ditipu dan dianiaya suami dengan tetap meneruskan kehidupan kita dengan penuh semangat dan tak sedikitpun merasa kudis.

Menjadi hak kita juga untuk keluar dari keadaan itu dan menjalani kehidupan bersendirian sebagai janda atau ibu tunggal dengan tetap tersenyum ikhlas terhadap taqdir kita.

Menjadi hak kita juga untuk berusaha menjinakkan kembali suami dan menerima seandainya belum termakbul doa kita melayari bahtera rumah tangga impian.

Walau apa pilihan kita, kita adalah hamba pada Tuhan yang tidak pernah menganiaya hambaNYA. Dia sangat dekat, lebih dekat dari urat leher kita sendiri. Dia Maha Mendengar. Dia Maha Mengetahui.

Yakinlah takkan dibiarkan kita tanpa pembelaan.Kalau bukan terbela nasib kita di dunia yang fana, busuk dan sementara ini, PASTI seratus peratus PASTI, nasib kita akan terbela di dunia yang kekal abadi, penuh nikmat yang tidak akan ada penghujungnya nanti.

Lalu? ahh… apalah sangat mendapat seorang suami yang pendengus, kasar pekertinya, tidak mengenang budi, lupa daratan, tak sedar rumah kata pergi kubur kata mari, dengan nikmat akhirat yang menanti.. ANDAI kita mampu bahagia dengan hakikat qada kita itu.

Demi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, jiwa kita tenang seandainya kita redho, ikhlas dan sabar dengan apa jua qada kita.Kita akan mengecapi rasa bahagia yang tak terucap, rasa damai yang tak tergambar dek kata-kata. hanya dengan meletakkan diri kita dalam alam kebahagiaan.

Kemudiannya, kita dapati kehidupan kita terbetul dengan sendirinya… itulah keajaiban Ilahi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wanita : lelaki terkejarkan Dirimu


PANDAI JAGA PENAMPILAN

Pandai jaga penampilan ni termasuklah jugak dalam kategori pandai jaga diri dan macam mana korang menunjukkan kepada orang ramai perangai korang ye. Pastikan yang penampilan korang tu ada ciri-ciri perempuan dan bukannya ciri-ciri kaum bertelur. Sebelum pergi kerja ataupun pergi kelas, mekap dan pakai cantik-cantik dan lepas tu jaga adap tu. Tak cantiklah kalau muka dah lawa, pakai baju lawa-lawa, sekali terpekik terlolong. Nak nampak gojes kena nampak cool.

BERSEDERHANA

Sambungan kepada point di atas, pastikan diri korang sentiasa amalkan kesederhanaan. Tak payah nak make up tebal-tebal, dan pakai baju lady gaga semata-mata nak tarik perhatian orang ramai. Kalau masuk fashion show atau ada majlis-majlis penting tak apalah jugak. Ini setakat nak pergi pasar pun nak make up tebal-tebal dengan gincu merah pekat kat bibir.. Konpem laki takut nak dekat sebab korang akan dilabel perempuan kaki kikis. Selain tu, jangan suka amalkan terpekik terlolong apatah lagi mencarut macam kaum laki ni. Kalau nak jugak, pastikan 'line clear' baru buat. Jatuh saham nanti~~~

MANJA BUKAN GEDIKS

Lelaki suka perempuan yang tunjuk perangai manja tapi bukan manja untuk amik kesempatan atau terlebih manja a.k.a. gediks..Euwww sana..Euww sini....Nak nampak manja tak perlulah sampai nak nangis terhentak-hentak kaki yek..Biasanya perempuan akan nampak manja bila ada perkataan olo..... ataupun ala.....lepas tu buat muka berkerut korang tu. Mesti hancur leburlah hati jantan lelaki nih. Nak lagi syahdu korang cebik bibir korang. Eceh...cutenye...



CERIA DAN SENYUM SOKMO

Dalam banyak-banyak senjata perempuan, ini senjata rahsia yang korang kena gunakan waktu keadaan stress. Senyum korang tu mampu menawan hati lelaki. Ditambah pulak dengan perangai ceria ala-ala dalam cerita korea...Pergh...Mabeles wa cakap lu..Korang akan nampak menyerlah.Cuba cenyum cikit..Kan tomei tu...Smile and the world will smile with you! :)

MUDAH MESRA

Mudah mesra atau dalam kata lainnya mudah memberikan kerjasama. Tapi hati-hati, lelaki akan mudah cari kesempatan dengan perempuan yang mudah mesra. Jangan terlebih mesra, cuma amalkan mesra ditempat kerja ataupun dalam kelas je. Selain daripada tu kalau dah nampak lelaki ni macam ulat beluncas, nak melekat sana, melekat sini,mengeliat sana sini, lepas tu dia bagi nafas syahwat naga dia, korang dah boleh buat tendangan percuma kat anak gajah dumbo dia.

JADI DIRI SENDIRI

Akhir sekali, jadi diri sendiri. Apabila korang sayang diri korang, orang lain akan sayang korang. Kalau semua orang perangai sama, mana nak nampak keistimewaan diri tu kan? Ramai perempuan tak perasan yang dalam diri korang tu ada sifat blur-blur. Apabila laki cakap mesti korang akan blur. Blur tu lah yang menampakkan korang sweeeeet sangat! Tapi jangan terlebih blur. Bebal tu namanya. Jadi, just be yourself.


Di petik dari Akal Vs Emosi

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS


Cinta itu Ujian


♥ .. Perasaan cinta yang lahir terhadap seseorang bukanlah tanda kita akan memilikinya. Namun kekadang ia muncul sebagai ujian dariNya buat kita,kerana DIA ingin melihat bagaimana kita memelihara, mengawal dan mengurusnya. Perasaan cinta itu amanah, dan amanah pasti akan dihisab oleh Allah.. sama2 menjagalah hati, insyaAllah♥ .. (✿◠‿◠)



Popular Posts

My Followers