RSS

Semoga Allah Melindugi Ku


sakit nye hati bila dapat tahu org menggunakan nama dan memberikan no tel kita untuk tujuan apa2 ntah….. sapa la yg buat khianat kat aku ni.

Mmng terkejut sngt tetiba dpt call n sms dr dua tiga no yg tak dikenali dgn mengatakan yg mereka telah berkenalan dgn aku di ruangan chating Alamak .

Untuk pengetahuan , aku tak de join pun laman tu. Ni pun 1st time aku dengar… ermmmmmm

Apa lah nk jadi dgn org2 mcm ni. Agaknya luamayan ke habuan yg diterima bila berbuat begitu.. Walahal menambahkan dosa je…

Ya allah, migrin kepala aku dgn hal2 yg ntah apa2 ni…

Sudah la dlm kepala ni pun bnyk bende aku nk kena fikir… dari hari ke sehari ada je dugaan dan cabaran kepada aku… Tidur ku pulak tak boleh nk lena, ada je mcm2 ganguan.. Soal tidur ni dh mcm jadi penyakit pula kepada Aku… tp bila dh boleh tidur mimpi pulak yang bukan2… kenapa la agaknya…??? Migrin semakin bertambah je ni.. kepala pun rasa berat sngt… mata seolah2 nk terpejam….

Astagfirulllahalazim ….. Ya allah , kau kuatakan lah iman ku dan berikan la aku lebih ketabahan untuk melalui semua ini….


Ya Allah! Tuhan tujuh langit, Tuhan Arasy yang agung. Jadilah Engkau pelindung bagiku daripada org2 yg berniat tidak baik ke atas diri ku dan keluargaku, dan para sekutunya dari kalangan makhluk-Mu. Jangan ada seorang jua daripada mereka yang menyakitiku atau melampaui batas terhadapku. Sungguh kuat perlindungan-Mu dan sungguh agung puji-pujian-Mu, tidak ada tuhan kecuali Engkau." Amin…

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Catatan ku Buat Arwah Ayah...



Kesempatan Hujung Minggu ini aku memberi ruang kepada diri aku sendiri untuk mencoret sepatah dua kata sempena Hari Bapa kali ini.. Sedihnya hati sebenranya mengenangkan ketiadaan ayah disisi. Apatah lagi sejak dulu aku mmng terlalu rapat dengan ayah….

Aku bersujud kepadamu Ya Allah, hanya kepada Nya tempat aku mengadu , dan menagih kasih yg pasti. Ku menadahkan kedua tangan ini memanjat doa menagih simpatiku untuk Engkau berikan kesejahteraan dan keampunan buat arwah ayah yg telah pergi meninggalkan kami didunia ini.

Huhu sebaknya dada menahan kesedihan yg tak terkata… bertapa aku merindukan ayah.. Air mata mengalir membasahi pipiku… aku tk berdaya lagi membendungnya… di dalam hati aku memohon agar allah memberi aku lebih ketabahan dan juga agar Allah member emak ku ketabahan atas kehilangan ayah yang amat kami sayangi dan kasihi..

Hari ini sudah 3 bulan 17 minggu arwah ayah bersemadi di sana.. Kehilangan nya masih terasa, setiap kali sebut ayah pasti bergenang air mata ini menahan nya dr jatuh… Ya Allah aku terallu merinduinya… dengan penuh kerinduan aku mengambil kunci kereta dan memandu menuju ke kwsan perkuburan umat islam di Bukit Besar… sesampainya di sana, aku semakin laju mengaturkan langkah… aku terlalu rindukan ayah.. rindu yg teramat sngt…

Dulu, bila aku sakit walau terhiris jari terkena pisau sewaktu memasak pun sudah cukup membimbangkan ayah.. apa yg membimbangkan nya adalah dia tahu anak nya ini cukup tk tertahan walau terluka atau mengalami sedikit kesakitan… bila aku demam ayah la yg asyik mengulangi bertnya kan keadaan aku.. walaupun sewaktu dia dah mula sakit dulu (lumpuh) walau dia sendiri sakit tp dia tetap risaukan aku.. dgn sebelah tngan pun dia mampu menyapukan minyak sewaktu aku sakit… Bertapa kasih syang ayah yg tidak ada bandigan

Pada zaman aku sekolah dulu pernah aku menunggu ayah untk dtg melawat ku di asrama.. Puas aku tunggu tapi kelibat ayah tak juga kelihatan.. selang setengah jam aku akan menelfon emak bertnya kan betul ke ayah dh dtg sbb still tak smapi2.. emak ckp kan ayah pergi melawat abg dulu.. nanti baru dtg melihat aku pulak di asrama.. Kesian ayah dgn menaiki motosikal sambil membawa tong di tempat duduk belakang membwa kerepek dan kuih Mazola untuk aku dan abang aku menjual di asrama.. gigihnya ayah, bertapa ia berusaha untuk membesarkan anak2 nya. Walaupun trpaksa bersusah payah melakukan semua itu. Dgn bermotosikal dan berhujan panas ayah tetap meredahnya.. semua itu dilakukan semata2 untuk membesarkan dan member didikan kepada anak2nya…

Ya allah , aku benar2 terkejut bila kali trkahir menelefon rumah diwaktu ptg dgn mndapt khbar yg ayah aku trelibat dlm kemalagan sewaktu hendak dtg kepada aku… luluh rasa hati, terkejut dgn berita yg tk diangkakan… aku bergegas menaiki teksi menuju ke sek asrama abag aku di sg petani juga , mengajaknya pergi ke hospital. Mmng termat sedih melihat keadaan ayah terlantar ditak sedarkan diri… Ya allah tak sanggup aku untuk mengingatinya kembali… tetapi segala pengalaman itu pasti tak akan aku lupakan.. TERLALU BESAR PENGORBANAN SEORANG AYAH, SETIAP PELUH YG MENITIS SEMATA2 UNTUK MELIHAT ANAK2 BERJAYA..

Bila aku dah berkerja dan menetap di sg petani pun ayah tetap mengambil berat dan risaukan aku… bila tiba hujung minggu ayah walaupun berkerusi roda sedia menunggu di hadapan pintu menantikan kepulangan aku, Walhal dia tahu aku half day pukul 1 baru habis kerja tp emak selalu ckp dr pagi lagi ayah asyik menyebutnya dan menunggu kepulangan aku. Setia dan kasihnya seorang ayah kepada anaknya… sesampainya aku ke rumah perkara pertama yg aku buat ayah ku peluk dan ku cium erat.. pernah aku mngatakan ayah tk perlu la menunggu aku dihadapan pintu , anak mu pasti pulang… namun ayah tetap mcm tu juga menuggu dan sentiasa risaukan aku… Aku juga tak bole berpisah lama-lama bila dgn ayah… walaupun sg petani tu tidak lah jauh mana tapi selang satu hari mesti aku akan bertelefon bertanyakan khbar ayah dan emak… setiap minggu pasti aku akan pulang melihat keadaan ayah dan emak.

Ya allah aku amat merindukan saat2 ayah ada bersama aku…

Aku bersyukur walaupun doc mengatakan yg ayah strok dan mengalamai pendarahan dalam kepala namun ayah tak pernah lupakan anak2 dan emak.. ingatan ayah pada keluarga tetap utuh walaupun bnyk perkara yg tidak dpt diingati. .Ada juga beberapa ayat Al Quran yg maish boleh dihafal, ingatan nya pada solat pun tak pernah padam walaupun sesekali dia ada tersilap rakaat. Aku sngt bersyukur kerana berada didalam keluarga ini… kami semua sering saling membantu walaupun ada kalanya masing2 sibuk namun kasih kepada ibu dan ayah , tak pernh kami lupakan.. kami semua sering memberi ayah sokongan.. Jiwa ayah kental. Kebiasaan org yg mengalami strok kebnyakannya mudah berputus asa.. Alhamdullilah atas sokongan ahli keluarga – ayah tetap kuat…

6 tahun ayah mengalami strok, Tp semangat ayah ttep kuathingga lah di saat2 akhir umurnya ayah menjadi semakin lemah dan tidak bercakap dan akhirnya Allah memanggil ayah pulang… Masih teringat panggilan ayah memaggil – manggil nama ku…. Boleh dikatakan setipa hari ayah tak pernah tak panggil nama aku dan satu hari kadang2 berkali2 ayah memanggil aku walaupun aku tidak ada disis nya kerana berkerja…

huhu.. ayah aku amat merinduimu… merindui suara ayah memanggil nama aku.. rindu untuk membawa ayah pergi ke rumah saudara , rindu untuk mengankat dan meletakkan ayah di kerusi.. rindu untuk melakukan semua aktivi yg selalu dilalukan kpd ayah.. memandikan nya, sipakan dia dan menyuapkan ayah makan. Sebulan atau dua bulan sekali membawa ayah membuat rawatan di hospital… aku ingat lagi bila nk membuat temujanji semula pasti aku akan menyatakan “ boleh beri hari Ahad sbb mudah sy boleh dtg dan hantar ayah sy untuk membuat rawatan” [sbb hri lain kdg2 aku terikat dgn kerja , nnti terpksa meminta bantuan org lain pulak untk membawanya, aku kalau boleh tak nk biarlah aku yg membawanya.. ayah dah terlalu banyk bersusah payah untuk aku]

Ya Allah aku redha dgn apa yg telah kau berikan kepada kami . Kami punya seorang Ayah yg amat baik dan amat bertanggunjawab dalam mendidik dan memberi kami kasih syg yg secukupnya.. walaupun keluarga kami tidaklah sekaya mana namun kami semua hidup dalam kesederhanaan dan bahagia.. Rezeki yg allah berikan itu sentiasa ada…murahnya rezeki Yang Allah berikan… berkat kesungguhan ayah dan ibu yg tak henti berusaha untuk membesarkan anak2

Ayah… anakmu ini tak pernah melupakan segala pengorbanan yang telah ayah berikan kepada kami… Walaupun ayah tiada disisi lagi kini, namun ayah sentiasa ada dihati ini… Sama-sekali tidak akan pernah aku melupakan nya… L

sempena hari bapa ini , ku menambahkan doaku memohon kepada Allah yg maha Berkuasa agar member kesejahteraan , keampunan dan ketenangan untuk arwah ayah di sana… Semoga Allah menempatkan ayah bersama org2 yg beriman.. semoga aku mampu menjadi anak yg solehah yang dapat mendoakan ibu bapa ku.. Amin

Selamat Hari Bapa Buat Arwah ayahanda Tersayang

“HAJI YUSOFF BIN DIN”

AL – FATIHAH……

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mencari Redha Nya..

Setiap Org pasti ingin berubah…

Berubah drpada miskin menjadi kaya, daripada susah menjadi senang, daripada jahil menjadi berilmu , daripada buruk menjadi cantik…. Lumrah kan dalam diri setiap manusia…. Semua nk yg terbaik…

Dulu diri kita cukup diberikan didikan agama oleh kedua org tua kita, tak cukup denagn itu kita dihantar ke sekolah untuk menambahkan ilmu yg ada didada… alhamdullilah kita sedikit sebnayk telah menjadi apa yg mereka inginkan….. ilmu dan kasih syg mereka tak pernah jemu diberikan kepada kita walaupun usia mencecah dewasa… itu la tangunjawab ibu bapa tak pernah jemu dalm mendidik anak2 nya agar menjadi org yang amat berguna bukan untuk diri nya tetapi untuk diri kita sendiri…

Tp itu la kita… bila dh dewasa mula la lupa diri …. Mula la ckp “kami dh besar, kami tahu le apa yg kami buat… “ dh akhirnya kita terbuai oleh keindahan dunia semata-mata , kita mula lupa dari mana asal nya kita…. Kalau dulu kita sentiasa takut pada perintah –Nya, sbb takut pada cerita2 api neraka, takut jika ular membelit diri dan sebagainya dan sentiasa menjaga pergaulan pasti tk ramai yg jd mcm cerita2 yg kita dengar hari ini…

Diri kita sering diuji, diuji itu adalah untuk melihat kekuatan Iman kita… benar2kah kita teguh kepada kepercayaan Nya…

Cerita ini ingin aku kongsikan bersama sekadar untuk aku merenung diriku sendiri dan untuk aku kongsikan bersama….

Seringkali seorang wanita lemah bila dirinya dimewah-meahkan…. Diberikan kata pujian berserta gurindam rindu dan madah2 cinta yg bisa membuat hati mereka jatuh cinta. Wanita itu tidak pernah lupa pada yg menciptanya namun dia lupa dan alpa… dia terlalu dilimpahi dgn rsa cinta dan rindu kepada jejaka yang telah bertakhta dihatinya…. RINDU ITU NAFSU YG MENWARWARKAN KEMANISAN CINTA MANUSIA… dia semakin lupa bila cinta menguasi dirinya…

Bila rsa syg pada jejaka melebihi segalanya , dia mula membenarkan apa yg selama ini di jaga nya…. Diri semakin jauh dari hidayah Allah, Iman nya rapuh , takkala itu syaitan pun menari- nari apabila dia mula membenarkan tangan rakus si jejaka menyentuh dirinya bersama alunan syahdu janji kekasih untuk bersama nya selam-lamanya nnati.. janji ditabur, diri dibelai…. Indahnya wanita rasakan… wanita mana yg tak ingin dikasihi, disygi dan dibelai manja….

Pertemuan demi pertemuan , mula menyentuh tangan lps tu memeluk pinggang .. dan akhirnya tmpt yg sepatunya dijaga didedahkan… kononnya si jejaka akan menjadi suaminya…. Mudahnye wanita … tk takut ke dosa atau azab dr Allah s.w.t? wanita itu antara sedar dan tak sedar , bila rasa sygnya melebihi segalanya…. NAMUN syukurlah pada Allah yg masih menyanyagi dirinya, jejaka itu gagal menawan mahkota dirinya … Saat dirinya dibuai cinta , dia masih lagi menjaga solatnya, tanggunjawbnya masih ada walaupun tidak sempurna oleh kerana imannya dipukul ombak dan nafsu manusia…

Alhamdullilah , Allah menurunkan hidayah pada dirinya.. Di saat jejaka mula menyepikan diri seketika, dirinya dilanda rasa berdosa.. Mengingati kembali dosa-dosanya, mengalirlah air mata kekesalan…. . Disaksikan kegelapan malam , dia bagun bersolat taubat memohon kemapunan atas kelalaian dirinya… mengaislah dirinya sepuas-puasnya… dia ingin kembali kepada Cinta nya – iaitu cintakan Allah melebihi segalnya… namun dia khuatir sbb dia teringatkan janji yg allah katakan

“WANITA YG BAIK ADALAH UNTUK LELAKI YG BAIK

DAN BEGITU JUGA SEBALIKNYA”

Dirinya mula merasakan dia bukan lah lagi dr golongan wanita yg baik-baik. Dia tidak layak unt sesiapa, dia mula metutup pintu hatinya seketika dr bercinta… manusia yg bernafsu yang mnegeruhkan kolam keimanan nya yang pasang surut .. sehingga la dia ditakdirnkan bertemu denagn seseorang yang mencintainya kerana Allah….

Diciptakan Wanita itu punya hati yg lembut untuk diuji … namun ingin ditegaskan KELEMBUTAN HATIMU BUKANLAH SEBAGAI ALASAN UNTUK DIRIMU MENJADI MAINAN & GURAUAN SYAITAN DI DUNIA INI..

Aku juga mungkin spertinya….. aku juga mahu berubah dan aku juga telah banyak berubah.. namun masih banyk lagi yang perlu aku perbaiki akan diriku ini… terllau bnayk lagi dalam mencari keredhaan dariNya… namun hanya dia yang mengetahuinya apa yg tersirat di dalam hati kecilku…

Jangan pernah membiarkan kekotoran itu menghalang langkah kita untuk berubah… Taubat itu milik Allah, bukan milik hambanya… Apa saja Kisah sialm kita biarkan ia menjadi pengajaran dalam menyucikan diri dan bukannya untuk menjadi penguat untuk kita beralaskan bahwa diri kita tidak akan diterima lagi….

Dunia ini dunia yang penuh denagn lumpur kelalian , aku dan juga kamu-kamu dan yg lain2 tidak dpt untuk menyalahkan diri kita melainkan dengan saling membimbing …mungkin dirku untuk dirinya bimbing dan dirimu juga punya org yang akan membimbing…. Itulah lumrah hidup … masih belum terlambat untuk kita berubah dan memperbaiki diri … aku yang berbicara untuk diriku sendiri tentang bahaya nya duniawi hari ini andai iman tidak kita kukuhkan didada…

“Ya Allah, kuatkan hatiku untuk bertahan , berikan aku kecedrasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kekuasanMu, hulurakn pertolongan MU di saat-saat aku hamper tewas , Sinarkan nur hidayah MU untuk aku terus berada di jalanMu … Bimbinglah aku … Ya Allah aku memohon keampunan darimu…. “

Dalam Aku mencari redha-Mu Tuhan,

Jiwaku perlu kepada mutiara Ihsan ,

Kalbuku perlu pada permata iman,

Agar dirku indah dengan menikmati Islam

Tetapi bagaimana harus aku merasai semua itu

Tanpa bantuan seorang Teman ..

Teman yang mampu untuk menjadikan diriku

Menuju ke sisi-Mu Tuhan

Hadirkanlah ia dalam perjalanan hidupku ini untuk Selamanya… Amin

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Adam Perbaikilah Wanita


Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud

"Perbaikilah wanita,
kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk.
Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya.
Jika meluruskannya terlalu keras., maka ia akan pecah. Dan jika dibiarkan, maka ia akan tetap bengkok" '

Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cinta dalam Diam


Bila belum bersedia melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ... Kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...
Kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, Kau tak mau merosak kesucian dan penjagaan hatinya..

Kerana diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu..
Menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..

Kerana diammu bukti kesetiaanmu padanya ..
Kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt pilihkan untukmu ...

Ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali??
Yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...
Tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah ....

Kerana dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ...
Hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...
Bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap pada-Nya??

Dan jika memang 'Cinta Dalam Diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam ...

Jika dia memang bukan milikmu, Allah, melalui waktu akan menghapus 'Cinta Dalam Diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ...

Biarkan 'Cinta Dalam Diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ...

Cintailah ia dalam diam, dari kejauhan, dengan kesederhanaan dan keikhlasan...

Ketika cinta kini hadir tidaklah untuk Yang Maha Mengetahui saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba...mungkinkah dengan redha-Nya atau hanya mengundang murka-Nya...

Jika benar cinta itu kerana Allah maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah maka ia pun berhilir hanya kepada Allah..

" Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah ." (QS. Adz Dzariyat:49)

" Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas(pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. " (QS. An Nuur: 32)

" Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. " (QS. Ar-Ruum:21)

Tapi jika memang kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah... berdo'alah... berpuasalah...

" Wahai kaum pemuda, siapa saja di antara kamu yang sudah sanggup untuk menikah, maka menikahlah, sesungguhnya menikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila di antara kamu belum sanggup untuk menikah, berpuasalah, kerana ssungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya " (Hadist) "

" Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. " (QS. Al Israa' :32)

Cukup cintai ia dalam diam...
bukan kerana membenci hadirnya.. .tapi menjaga kesuciannya bukan kerana menghindari dunia... tapi meraih surga-Nya bukan kerana lemah untuk menghadapinya.. .tapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..

Cukup cintai ia dari kejauhan...
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari cubaan kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan kerana hadirmu mungkin saja akan membawa kegoyahan hati-hati yang terjaga...

Cukup cintai ia dengan kesederhanaan...
memupuknya hanya akan menambah penderitaan menumbuhkan harapan hanya akan mengundang kekecewaan mengharapkan balasan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan...

Maka cintailah ia dengan keikhlasan...
kerana tentu kisah Fatimah dan Ali bin Abi Thalib diingini oleh hati... tapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi...?

"...boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. " (QS. AlBaqarah:216) "

" Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)" (QS.An Nuur:26) "

Cukup cintai ia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan...
kerana tiada yang tahu rencana Tuhan... mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikan... serahkankan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya biarkan ia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya...

" Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga. " (Umar bin Khattab ra.)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS


Cinta itu Ujian


♥ .. Perasaan cinta yang lahir terhadap seseorang bukanlah tanda kita akan memilikinya. Namun kekadang ia muncul sebagai ujian dariNya buat kita,kerana DIA ingin melihat bagaimana kita memelihara, mengawal dan mengurusnya. Perasaan cinta itu amanah, dan amanah pasti akan dihisab oleh Allah.. sama2 menjagalah hati, insyaAllah♥ .. (✿◠‿◠)



Popular Posts

My Followers