RSS

Siapa Yang Lebih Berhak?


Dalam Islam, hukum memelihara anak adalah satu kewajiban ibu bapa kerana si anak memerlukan asuhan dan kasih sayang ketika dalam proses pertumbuhan hidupnya.

Persoalan yang timbul ialah siapa yang berhak memelihara dan menjaga anak jika ibu bapa bercerai-berai?

Menurut sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar,

"Bahawasanya seseorang perempuan telah datang menemui Rasulullah saw dan bertanya:

"Ya Rasulullah, bahawa anankku ini, perutkulah kandungannya, susukulah minumannya dan ribaanku rumahnya tetapi bapanya telah menceraikan aku dan hendak merampas anak itu daripada aku".

Selepas mendengar aduan itu Rasulullah saw bersabda, "Engkaulah yang lebih berhak menjaga anak itu selagi engkau belum berkahwin lain".

(Riwayat Abu Daud)

Hadith ini menetapkan bahawa ibu adalah lebih berhak terhadap pemeliharaan anak daripada ayah. Berdasarkan kepada kiasan hadith tersebut ternyata orang perempuan lebih diutamakan tentang hak pemeliharaan anak, kemudiannya barulah diikuti oleh orang lelaki. Islam mengutamakan perempuan dalam hal hadhanah ini kerana ibu lebih sayang kepada anaknya, lebih tahu bagaimana mendidiknya dan lebih sabar dalam mengasuh anaknya daripada ayah. Demikian juga mempunyai masa yang luas berdampingan dan bermanja dengan anak-anak berbanding dengan bapa yang selalu sibuk dengan tugas di luar.

Berkata Ibnul-Qaiyim: "Sesungguhnya kita menyerahkan anak kepada bapa atau ibunya adalah bertujuan untuk menjaga kemaslahatan anak. Kalau anak tinggal bersama ibunya maka kemaslahatannya lebih terjamin. Maka anak itu diserahkan kepada ibunya meskipun anak itu memilih bapanya kerana memang pilihan anak itu belum tepat acap kali tersalah pilih.

Selanjutnya Ibnul-Qaiyim berkata: "Aku dengar guruku berkata:

"Telah berselisih faham dua orang ibu bapa di hadapan hakim tentang siapa yang akan memelihara anaknya. Kemudian hakim menyuruh anak itu supaya memilih antara ibu atau bapanya. Lalu anak itu memilih bapanya. Berkata ibunya kepada hakim:"Cubalah tuan hakim tanya kepada anak itu apa sebabnya anak itu memilih bapanya? Lalu hakim bertanya kepada anak itu. Anak itu menjawab: "Ibuku menghantarku ke tempat mengaji Al-Quran tiap-tiap hari dan guru-guru acap kali memukulku. Manakala bapaku membiarkanku bermain-main bersama kawan-kawan, sebab itu aku suka tinggal dengan bapaku". Mendengar demikian, hakim memutuskan untuk menyerahkan anak itu kepada ibunya dengan menyatakan: "Engkau lebih berhak memelihara anak itu". Demikian pandangan Ibnu Qaiyim.

Manakala bagi "Penjagaan kanak-kanak tak sah taraf adalah semata-mata pada ibu dan saudara mara ibu".

Petikan dari : Abi Muslih & Mama Farhah


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

aku Rindu kamu



AKU MERINDUKAN KAMU
RINDU
itu satu anugerah Allah,
adalah nikmat terindah yg Allah berikan kpd hamba-hamba-Nya
SAYANG
ianya bukan angau
ANGAU
itu adalah lahir dpd cinta hawa nafsu dan syaithan


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kejam Nya Manusia

Bertapa kehidupan ini penuh dgn pelbagai dugaan dan rintangan yg perlu kita lalui....

Ya Allah , Ya Tuhan Kami, Perbaikilah hati kami agar dapat kami kuatkan iman dalam diri ini... Pimpinlah hati kami kearah jalan kebaikan dan hiasilah kami dgn ketaqwaan...

......cerita hati kami.....

sebak dan pilu nya hati bila mengenangkan sesuatu musibah yg berlaku kepada org yg kita rapat.. kenapa lah ada manusia yg kejam , aku tidak rasa ia adalah seoar g yg bertanggunjawab setelah melihat keperibadian yg ditunjukan kepada kami...

Usia tidak memberi apa2 makna .. jika dulu kita boleh berkata org yg berumur atau umur nya banyak itu lebih berpengalaman dan matang fikirannya.. jika rendah umaurnya cetek fikirannya... Segalanya itu mmng tak mmberi apa2 makna...

Lihatlah jika kita katakan umurnya msaih muda dan terlalu kecil adakah ia tidak matang dan tidak tahu apa2... mustahil.. budak2 sekarang semuanya pandai2 belaka... pndai pulak ia mencerita dan mengurusakn dirinya apabila ibunya telah menghantar ia ke pusat jagaan.. pandai pulak dia menceritakan masalah org dewasa dgn hanya melihat nya sepintas lalu...

Ramai yg mngatakan org yg berumur itu matang tapi kenapa pulak ye ia melakukan pekara2 yg bodoh dan menyakitkan... mempergunakan seorang anak kecil hanya untuk memuaskan kehendak hati mereka ataupun mengunakan anak kecil hanya untuk membuat org lain sakit hati.... janji hatinya puas..

Egonya manusia Tidak bertempat...

aku benci pada kekejaman yg berlaku... aku benci kpda orng yg menjadikan anak2 sbg mangsa permasalahan mereka...

anak2 terlalu kecil untuk diberi tekanan yg disebabkan oleh konflik ibubapa..

Susah ke nk paham hal itu!!

kalau nk bergaduh atau bertumbuk sekali pun be professional la... selesaikan cara org dewasa... bukan nya menjadikan anak sbg mangsa.... apa yg berlaku ini akan cukup memberi tekanan kepada anak2 kecil yg tak tahu apa2 ini.... anka2 adalah anugrah allah yang tak ternilai... Ia perlu di bentuk dan dididik dgn kebaikan... bukan nya diberi atau diajar dgn kejahatan...

Ini lah yg berlaku kpd sesetengah manusia ... bil kita mengatakan perangai seperti Firaun mula la nk marah....nk melenting... tapi cara mereka tu tak ubah seperti Firaun yg kejam itu...

kalau nk org anggap yg baik2 buat la peragai tu agar lebih baik... jadikan Nabi Kita Muhammad & al quran sebagai Contoh... tak perlu la nk mengasari isteri atau anak2.... tak perlu la nk menzalimi mereka denagn sikap ego yg ada...

Ya Allah Ya Tuhan Ku.....
Kau permudahkan lah segala urusan kami... Kau bantulah kami menghentikan sikap manusia yg menganiaya anak2 kecil dan orng2 yg lemah seperti kami...

Kau berikan lah pengajaaran kepada orng2 begini agar tidak ada lagi anak kecil atau sesiapa yg menjadi mangsa mereka.. Kau insaf kan lah mereka dari melakukan kejahatan atau pun kesakitan kpd org lain....

amin... amin.. amin... ya rabal al-amin





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal

Seindah sinar pagi
Ku pancarkan sinar ini
Semoga bersinar di hatimu

Selembut angin malam
Terhembus kasih untukmu
Hingga terbayang wajahmu
Percayalah sayangku
Hanya engkau ku cinta
Tak pernah aku berubah hati

Semakin hari (sayang)
Semakin hangatnya cinta
Sehingga membakar di kalbu

Jangan kau ucap selamat tinggal
Pada diriku yang setia
Tak sanggup aku untuk berpisah
Inginku hidup bersama
Cintaku hanya untukmu
Setiap hari kau ku rindu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jiwa Yg Resah


wahai jiwa yg resah... tenanglah..

tenaglah wahai jiwaku....

kenapa harus kau sedihkan bait-bait kata2 yg dilemparkan kepadamu...

tenangkan jiwamu... biarkan beribu lontaran yg dilemparkan kepadamu...

yg pasti Allah yg satu itu mengetahui apa yg ada di jiwamu...

biarkan apa sahaja lemparan yg dilemparkan kepadamu.

baik yg pahit atau yg kelat untuk diterima...

terima lah ia, redha kan segalanya...

kerana allah psti akan memberikan yg terbaik buatmu.

kerana Allah itu maha mengetahui segalanya...

Usah kau gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangi mu di dunia

tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu diakhirat

Usah kau pinta ringankan ujian,
tetapi pintalah ‘beratnya’ iman untuk menghadapi ujian itu!

Ya Allah Ya Tuhanku....
Ku bermohon hanya kepadamu...
kau kuatkanlah Iman ku Untuk mengharugi segala dugaan yg menimpaku...
Tabahkan dan kuatkan lah hati ku..
agar aku dapat melalui semuannya ini dgn sabar ..

Amin....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Semakin Rumit....



Siapa sangka.. segalanya semakin rumit ............

adakah kerana aku terlalu berterus terang akhirnya ini yang terjadi kepadaku...

Dalam hidup ini adakalanya kita semua hampir tidak bermaya kerana tewas dgn dugaan yg sering brlaku dlm kehidupan seharian kita. Perasaan yg boleh membuat kita terpesong dan buntu unt berfikir dlm mencari jalan yang sepatutnya untuk bersama dalam mengharungi laluan yang diredhai serta diingini.

Semakin aku rasa tidak berdaya untuk bernafas... Separuh nafas aku hampir kehilangan oksigen di sbbkan dugaan yang datang... begitu sukar unt aku gambarkan emosi aku di saat ini... Mungkin Allah itu masih mahu menduga hati dan perasaan ini. Aku tahu tuhan mahu aku kuat dan tabah dlm melalui kehidupan ini. Mungkin akan ada lagi dugaan yang lebih kuat untuk aku menghadapinya selepas ini... mungkin ini cuma baru sebahagian darinya sahaja...

inilah takdir yang tertulis dalam hidup,
Biarlah baik mahupun buruk,
Seperti cahaya ada panas dan redup,
Rasa itu keluar dan masuk,

Namun itulah kenyataan dalam hidup. Aku mesti bangkit untuk kehidupan dan BAHAGIA yang aku cari... mungkin aku perlu bermuhasabah diri mencari dan menilai di mana kelemahan diri agar aku lebih yakin bahawa apa yang berlaku bukan titik noktah pada sebuah kehidupan... Semoga perjalanan hidup ini diraih dengan sejuta Bahagia dan gembira... itu yang sering aku panjatkan dan doakan disetiap kali sujud pada yang maha ESA....

wahai hatiku yang satu......
Yakinlah ini hanya ujian,
Walaupun kdgkala aku seolah mahu tersungkur...
Hapuslah dan hilangkan deraian air mata yang menghangatkan pipi ku ini...
dan yakinkan lah hati mu...
Pasti ada hikmah dalam setiap kejadian yang menimpa....

andai ini yg perlu harus aku lalui...
redha la engkau dengan segalanya ketentuan Nya....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cahaya Cinta


Dia telah telah menentukannya
Kita bertemu dan bercinta
Inilah oh takdirnya
Bukan kerana harta

Inilah citra cahaya cinta

Pintu hatiku telah kau buka
Tak mampu ku menafikannya
Kejujuran diberi
Kasih datang terhenti
Ini bahagia yang ku cari

Sayangi daku
Peluklah daku
Janji dengan ku
Semai cinta nan satu

Tuhan memuji
Takkan berhenti
Hanya ku pinta
Sama setia menjaga
Hingga ke alam syurga


Ya Allah, jika dia benar untukku dekatkanlah hatinya dgn hatiku
dan Jika dia bukan miliku Damaikanlah hatiku dgn Ketentuan-Mu...
Semoga Kebahagian Itu bersama Kami
Amin ...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

raSa-raSa

Salam Pagi Jummat ~~

mula2 aku rasa mcm rindu sngt.. lepas tu pulak aku rasa macam sebak sngt...

Kenapa agaknya ng perasaan aku kan...

betul

tak betul

betul

tak betul

betul

tak betul


huhu~ tnpa sedar air mata dah membasahi pipiku ini.....

aku dh tk dpt nk berkata2 lagi....

kdgkala kita rasa dah ada jalan tp kdgkala ia juga xlah semudah yg kita sangkakan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

"Blogwalking List 2011 bersama AbgferOz"



AbgFeroZ


Jom Blogwalking Cara BETUL~~


td dpt kunjugan msg kat shoutbox aku dr
AbgferOz

jom join blogwalking list untuk 2011 :)L

c-rius aku mmng tak pndai nk guna sngt blog ni... aku mula berblog ni pun just atas sebab suka2 je... coz ati aku sllu sedih2 dulu.. jd nk tulis kat diary mmng malas nk pegang pen.. bukan nya malas kenapa tp sbb tulisan aku cantikkk sngt smpai aku sndiri xrasa nk baca... ha3

apa la aku mereben ni... nk kena buh reben kot.. kuang3... balik ke tajuk asal la

Jom Blogwalking Cara BETUL~~ kata abg feroz

abgferOz, sudah siap da!!!~ mmng senang ja kan .. simple dan mmng x mkan space p0wn.. http://www.emocutez.com


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jodoh Itu Ketentuan Allah

Jodoh xde kaitan dgn keturunan. Mybe sbb blum sampai masanya. Seolah2 mnnti jmbatan utk ke seberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat utk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Kita mudah sngt tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.

Tips:
Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni.

Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

Kdgkala bila kita dah mndpt apa yg kita inginkan itu tp ia juga dtg bersama masalah. Kita selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Dan tak mustahil pula org yg memandu kereta mewah itu terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan… Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.

Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.

Tips:
Agar mudah orang sayang.

Cuci Hati dengan mnjaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut walaupun dah puas mencuba untuk mendaki naik.

  • Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
  • Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu dan ayah, belajarlah dulu.
  • Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.
  • Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

Berkahwin….

  • Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya.
  • Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.
  • Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.
  • Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun kita juga perlu membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.


Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa- rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.

Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat. Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.

Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.


'.*¨* surah An-Nur ayat 26*¨* .'

prkahwinan itu bukan soal main2.

Bercinta hingga 10 tahun sekalipun tdk akan mnjamin kbhgiaan baitul muslim yg dibina.

Berkahwinlah krna agamanya krna itu yg akan membuatmu bhgia. Bila brlaku prtelingkahan,

psti akan adanya tolak ansur krna kedua2 suami isteri ada kefahaman agama.

Begitu jg dlm urusan mndidik anak2. insyaAllah.

mulakan sesuatu hbgn itu dgn cra yg diredhai Allah & sama2 berjihad utk cinta slps prkahwinan.

Semoga trus istiqomah.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perlu ke Makeup ??

Today awal pulak aku bagun tidur.. jam belum bunyi dh bulat mata aku terbuka..

Dok pikir2 smbil renung kat almari buruk aku tu ... nk pakai baju apa today...

nak pakai slack ng blouse ke pakai baju kurung ye... ermmm....

kalau ada uniform kan best tak perlu la aku nk pikir hari2 mcm ni...
fikir punya fikir http://www.emocutez.com last2 tengok jam dh lewat alamak!!!! t

erus je la capai baju kurung merah n skirt hitam... belasah je la kan....
(nama baju kurung tp aku pakai dgn skrit- lain sikit kan.. he3 )

Dah siap2 semua aku pun gerak la http://www.emocutez.com untuk g keje...

smpai kat kedai makan tu aku g la beli breakfst..

tetiba ada org tegur..

"merah k.cik hari ni, itu belum make up lagi.. kalau dh make up tak tau le" http://www.emocutez.com

pe la masalah!!! nk cm ne aku ni mmng xsuka makeup...

bg aku cukup le kalau simple cm n je ...

lain la kalau nk g dinner ke , majlis apa2 ka, tak pe la nk make up lebih2 pun...

kan ?? kan???



tapi mmng aku xmenafikan la.... mmng merah betul aku hari n... huhu...
apa pun aku tetap buat cool http://www.emocutez.com macam hari2 biasa

(tp sbnr nya dlm hati - merah sngt ke aku ari n, segan la pulak, bila org asyik toleh bila aku lalu ) terus la perasan .. http://www.emocutez.comala2 gitu...


nk dijadikan lagi cerita pakai baju merah ni...ada la org tnya aku...

"Lawa hari ni, hg pakai produk apa wei, bg la tips sikit... " soal nya

"hari lain tak lawa ka, huhu kesian aku" jawap dgn muka yg mmng tak malu ni...

"lawa juga ... tu nk tnya tu pakai apa ? "

"aku cuma pakai yg ni je wehh simple sngt bla..bla,...bla" kata aku..

maklumlah aku n mmng tak reti nk make up sbnrnya.. takut aku.. kalau salah makeup nnti jd opera cina lak... .. khik3... ni la dia apa yg aku selalu pakai hari2.... simple kan??

1- Foundation
2- Bedak compact
3- Lipstik





aku pilih loreal sbb kualiti dia mmng bagus...
(tulun promot la pulak... xdpt produk free ke ni..ha3)

kalau nk cuba mcm aku pakai beli la Produk Loreal di kedai2 terpilih.
tapi
jng tnya kat aku wehh!!

sbb aku tak jual.. aku beli untuk pakai je...

he3 jng marah

skdr berkongsi tips yg x seberapa

http://www.emocutez.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KERANA AKU WANITA


kerana aku wanita
pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku

kerana aku wanita
ingin disayangi itu fitrah diriku

kerana aku wanita
mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki

kerana aku wanita
emosiku selalu mengatasi logik akalku

kerana aku wanita
air mata teman setiaku

kerana aku wanita
sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi

DAN..

kerana aku wanita
aku damba pertolongan darimu Adam

peliharalah bicaramu
denganku jangan bermain kata
denganku takut rosak hatiku

kerana aku wanita
akhlakmu ukuran dimataku

peliharalah akhlakmu dan imanmu
jangan kau burukkan darjatmu pada mataku takut rosak thiqohmu

kerana aku wanita
maka peliharalah susunan kata-katamu

kerana aku mudah terasa
namun aku bukan lemah sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar

kerana aku wanita
peliharalah dirimu dari mencemuhku

saat titisan jernih mengalir dari mataku
kerana itu cara untukku meluahkan perasaanku supaya hatiku tenang kembali

kerana aku wanita
aku memang sangat peka

maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya



WAHAI ADAM,

kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool',
hakikatnya kau begitu jelek pada pandangan kami.
andai kau rasa 'usha' itu tanda kejantanan,
darjat mu telah jatuh pada pandangan kami
jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan,
maka tiada lagi hormat untukmu dari kami.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Benarkah Terkena Buatan Orang

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam Pagi Ahad dan selamat berhujung minggu (^_^). Semoga hari ini menjadi hari yg lebih baik dariapada semalam... lepas je solat tubuh pg td trpikir nk berbloger jap...

sbnrnya dok pikir betul ke terkena buatan org bila pekara pelik2 berlaku.. benar tak benar hnya Allah swt ja yg tahu.. Tapi melihat peliknya sikap ermmm.. mungkin ada juga kebenaran nya.. Wallahualam.. nk ckp pun tak de bukti kukuh tapi apa yg dialamai mmng meninggalkan kesan..

huh~ menyusahkan org betul la... kenapa la pemikiran diorang ni sempit sngt... back to normal la!!!! Allah swt itu kan ada ... Nak apa bermohon lah kepada Nya... kenapa pulak smpai nk buat guna2... ishhhh benci betul aku.... benci sngt2!!!!

Paling benci bila kesan akibat terkena pekara mcm tu, kdgkala merosakan emosi seseorang... ha!! mcm yg aku rasa skrng ni... Mcm nk g bunuh je org2 tu... apatah lagi bila insan yg masih kecil dan tak tahu apa2 ni yg menanggung kesan nya...

“Ya Allah, Engkau patah balikkanlah segala rancangan jahat makhluk-makhluk yang berniat jahat kepada aku dan keluargaku, kepada diri mereka sendiri dengan segera. amin”

kat dlm kepala otak aku ni mula la dok terfikir npe la manusia ni kejam.. Ada yg snggup menyukutukan Allah s.w.t semata2 nk memuaskan nafsu keinginan mereka sampai ada yg snggup mngunakan ilmu guna2 aka ilmu sihir (ilmu hitam pun ye kot) .. semua ni dilakukan hny untuk dptkan apa yg mereka nk..

Sedarlah wahai manusia2 yg menggunakan nya... pekara mcm ni dan mnyukutukan Allah swt dan ia adalah dosa yg paling besar tau... lebih baik la bertaubat dan ingat2... Allah swt itu maha Adil... akan smpai satu masa terbalik pada diri sendiri pulak...


************************ MUHASABAH DIRI ************************

Sbnrnya tak berapa penting untuk kita tahu sama ada kita dibuat orang ataupun mengetahui siapa yg membuat kita mnjadi mcm tu. Apa yg penting ialah merawat masalah yang dihadapi dan membina benteng diri. Jika kita berikhtiar mendapatkan rawatan atau pun merawat sendiri insyaallah masalah itu akan hilang. Dan jika kita berikhtiar mengukuhkan benteng diri, insyaallah kita akan selamat sama ada dibuat orang ataupun tidak.

Kdgkala berusaha untuk mengetahui sama ada kita dibuat orang ataupun tidak, tidak membantu kita. Tugas utama kita ialah untuk memulihkan sakit kita dan membantu kita membina benteng diri, bukannya untuk kita berbalas-balas...

Apa pun yg berlaku terimalah dugaan dgn sabar krna ia dtg unt menguji kekuatan & keteguhan iman kita.. setiap dugaan ada hikmahnya dan ia tak akan melampaui batas kemampuan kita unt menanganinya..

Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang terhadap hambanya.. Dia tak akan sesekali menyusahkan kita jika kita tak mmpu untuk menanganinya.. Apabila ditimpa bencana, hendaklah kita bersabar & redha. dekatkan diri kita kepada Nya dan insyallah hati kita akan berasa lebih tenang dan kita akan dpt menangani masalah yg dtg kpd kita...

bawa 4 sifat dlm menghadapi ujian Allah swt.

1. sifat Fikir = setiap kejadian allah Taala tidak pernah sia2.

2. sifat Zikir = sentiasa mengingati Allah dlm keadaan susah dan senang.

3. sifat Syukur = apa yg kita alami adalah sedikit ujiannya b...erbanding org lain.

4. sifat Sabar = bila kita sabar dan redha, maka Allah swt akan lipat gandakan darjat dan gantikan kehilangan dgn sesuatu yg lebih baik.


wallahuallam.......

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Solat Sunat Taubat

SOLAT SUNAT TAUBAT

Solat ini dilakukan sebagai tanda kita bertaubat kepada Allah. Tiada waktu yang tertentu ditetapkan, boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja apabila seseoarng itu rasa menyesal dan ingin bertaubat kepada Allah. Seelok-eloknya setelah kita melakukan istighfar, munajat, muhasabah diri...dan bertaubat kepada Allah di tengah malam yang sunyi.. kemudian disusuli dgn solat tahajjud dsb...

Digalakkan utk dilakukan dalam bulan-bulan haram iaitu Muharram, Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Boleh dilakukan sebanyak 2 rakaat @ lebih.

Lafaz Niat

أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja Aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah SWT

Setelah membaca surah al-Fatihah, bacalah surah al-Kafirun di rakaat pertama dan di rakaat kedua pula Surah al-Ikhlas sebanyak 3 kali.

Doa Sujud terakhir rakaat kedua.

لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنْ الظَّالِمِينَ

. فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

Tiada Tuhan melainkan Engkau, sesungguhnya aku telah menzalami diriku sendiri dengan kezaliman yang banyak.
Maka tiada siapa yang dapat mengampuni dosaku melainkan Engkau.

Istighfar-Istighfar

1. 100 kali

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ

Aku memohon keampunan Allah yang Maha Besar, tiada Tuhan melainkan Allah, Dialah yang Maha Hidup, Maha berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.

2. Tiada had

لَا حَوْل وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَظِيم


Tiada keupayaan (untuk mentaati perintahMu) dan tiada kekuatan (untuk menjauhi laranganMu) melainkan dengan keizinan Allah yang Maha Besar.

3. Ataupun dengan istighfar dan taubat yang ringkas ini

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَتُبْ عَلَيَّ

Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku.

Doa Taubat


أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ

تَوْبَةٍعَبْدٍ ظَالِمٍ لاَ يَمْلِكُ لِنَفْسِهِ ضَرًّا وَلَا نَفْعًا وَلَا مَوْتَا وَلَا حَيَاةً وَلَا نُشُوْرَا

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS


Cinta itu Ujian


♥ .. Perasaan cinta yang lahir terhadap seseorang bukanlah tanda kita akan memilikinya. Namun kekadang ia muncul sebagai ujian dariNya buat kita,kerana DIA ingin melihat bagaimana kita memelihara, mengawal dan mengurusnya. Perasaan cinta itu amanah, dan amanah pasti akan dihisab oleh Allah.. sama2 menjagalah hati, insyaAllah♥ .. (✿◠‿◠)



Popular Posts

My Followers